Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 30 Januari 2014

Ikut Kata Hati


Setiap orang diberikan hati oleh Allah. Terpulang pada diri sendiri untuk mencorakkannya. Entri ini sekadar ingatan buat diri sendiri. Melihat orang lain gigih berusaha. Ingin menjadi seperti mereka, tapi angan-angan cuma. Benarlah, hidup setakat bercita-cita tapi tiada usaha, tidak ke mana. Apa pun ambil yang positif. Sebagai pengajaran tapi bukan perbandingan.

Jangan bandingkan hidup atau lebih tepat nasib hidup kita tidak sebahagia dan sempurna orang lain. Selagi kita mencari kekurangan diri sebenarnya itu yang membuatkan kita tidak bahagia. Kita kata syukur tapi dalam masa yang sama ada yang kita keluhkan. 


Semoga kita benar-benar bersyukur dan ikhlas dalam menerima takdir hidup kita. Kerana apa yang kita lalu itu adalah jalan yang kita pilih. Jika ingin bahaga.. Ada caranya. Dalam masa yang sama selari dengan tuntutan agama.

Wallahuaklam.

Rabu, 29 Januari 2014

Provokasi Kristian Atau Provokasi Munafik?


Gambar kain rentang ini dikatakan diambil oleh seorang wartawan BERNAMA di Penang dan dihantar kepada group whatapss. Sebelum anda mula beremosi, sila baca apa yang Allah kata bila terima berita sebegini;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)

Kita tidak tahu kesahihan berita ini dan jangan cepat menuding jari dan berdemonstrasi. Mari kita imbas kembali beberapa peristiwa untuk iktibar kita,

1) Lupakah provokasi Abdullah ibn Saba yang menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri hanya selepas 28 Tahub kewafatan Baginda s.a.w?

2) Ingat 11 September ciptaan Amerika sendiri yang lalu menuding jari ke pengganas lalu digunakan sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan?

3) Ingatkah kita kepala babi dibalut bendera PAS dibuang ke dalam surau?

4) Lupakah kita George Bush menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah lalu digunakannya sebagai alasan untuk menghancurkan Iraq, namun sehingga kita tiada senjata dijumpai walaupun Saddam Hussein telah mati digantung?

5) Lupakah kita Aisya, isteri Nabi dituduh berzina dengan sahabat oleh perbuatan keji Abdullah ibn Ubay ibn Salul?

Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya menjadi iktibar.. Mengecewakan apabila setelah gambar ini dihantar ke dalam whatapss group yang terdiri dari org penting dan berilmu tinggi tentang Islam mula beremosi... Andai kita ada bukti nyata dan jelas bahasa memang benar Kristian yang lakukan, saya juga akan membantah kerana sengaja melanggar perintah mahkamah dan memprovokasi keharmonian di Malaysia. Apa apapun, selidik dulu dan jangan beremosi lebih-lebih tak bertempat...

Wallahualam.

Selasa, 28 Januari 2014

Melihat Wajah Setiap Hari Takut-takut Bertambah Gelap…
































Telah berkata Al-Junaid rah.a. : Aku telah mendengar Sariyy rah.a. berkata (mafhumnya): "SESUNGUHNYA DAKU PASTILAH MELIHAT KEPADA HIDUNGKU SETIAP HARI DUA KALI KERANA TAKUT KALAU-KALAU ADALAH SESUNGGUHNYA WAJAHKU TELAH MENJADI HITAM / GELAP".

Begitulah petikan (terjemahan kasar) daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al- Imaam Al-`Aalim Jamaaluddin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a., mujallad 2, halaman 376. Hidung adalah sebahagian daripada wajah. 

Memang cahaya keruhanian akan jelas kelihatan pada wajah-wajah mereka yang dekat dengan Allah swt. Cahaya keruhanian itu adalah sebagai tempias atau gambaran daripada penerimaan Allah swt terhadap amalan-amalan mereka yang bertuah itu. Sebaliknya pula, bagi mereka yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa dan maksiat, tentulah cahaya keruhanian itu akan pudar sepudar-pudarnya.

Bagi mereka yang telah berpeluang (diberi taufiiq oleh Allah swt) bertemu secara peribadi dengan mereka yang dekat dengan Allah swt itu , tentulah dapat menilai sendiri akan betapa nur keruhanian itu terpancar dari wajah-wajah mereka itu. Orang yang seperti kita ini (terutamanya ana sendirilah) yang penuh dengan dosa-dosa zahir dan batin tentu akan merasa tersangat malu bila (diberi peluang) bertemu dengan mereka itu dan kita akan tertunduk dik kehebatan ruhani yang dianugerahkan Allah swt kepada mereka .Wajah –wajah kita yang penuh kegelapan dan kehitaman pekat ini tak sanggup untuk berdepan secara terus dengan wajah-wajah yang penuh nur lagi diberkati itu. Malah Para Sahabat r.a. sendiri merasa akan kehebatan nurani dan keruhanian Baginda saw bila mereka duduk bersama-sama Baginda saw, sampai-sampai ada yang `asyik tunduk sahaja bila berdepan dengan Baginda saw lantaran kerana malu dan merasakan kehebatan Baginda saw. 

Kembali kepada amalan harian Sariyy Saqtiyy rah.a…iaitu melihat hidungnya 2 kali sehari …. takut kalau-kalau wajahnya berubah menjadi hitam dik dosa-dosa yang dilakukan pada hari itu !!

Kita pula, bagaimana? Cermin memang banyak kat rumah….. Ada check hari-hari ke nur ruhani pada wajah kita (atau sebaliknya iaitu wajah kita yang gelap lantaran dosa-dosa yang berterusan …) ? Yang pasti, makin sehari semakin bertambah gelap wajah kita !! Atau pun kita tidak check ? Atau kalau check pun tak nampak juga? Kerana suluhan hati dah memang gelap? Gelap dalam gelap memanglah tak nampak kan ? Atau pun memang kita tidak berminat untuk buat semakan ini? Ataupun kita hanya memadai dengan melihat / menyemak hidung juga kot (tapi lagi tak nampak kot) ?

kredit: rakangroup

Isnin, 27 Januari 2014

Sayu - Mesej Terakhir Seorang Ayah kepada Anaknya di Facebook




















Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook. 

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. 

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. 

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak... 

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya." 

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Siapakah Tuan Guru Dato Harun Taib ?


Semoga roh Tuan Guru Harun Taib dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan orang-orang yang beriman dan Soleh.... Sesungguhnya pemergianmu tiada dalang gantinya dan Allah sajalah yang berhak memberi ganjaran di atas kerja-kerja dakwahmu.

Semoga rohmu aman di Syurga Amin Ya Rabbil Alamin...Al-Fatihah...

TRIBUTE BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN
[Bacalah sekadar atas kemampuan diri untuk mengenali insan ini]
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus.

Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...Al-fatihah.

( Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat)

Selasa, 21 Januari 2014

3 Jenis Sunnah Nabi Yang Perlu Anda Ketahui


























1. Sunnah SURAH : iaitulah fizikal atau luaran nabi seperti rambut nabi, janggut nabi, pakaian nabi, serban nabi, shawl nabi, selipar nabi, celak nabi dan sebagainya.

2.  Sunnah SIRAH : iaitulah aktiviti harian nabi dari bangun tidur sampai tidur balik seperti cara berjalan, cara makan, cara solat, cara pakai baju, cara naik kenderaan, cara tidur, cara beristinjak, bacaan quran nabi, solat nabi, qiamullail nabi dan lain-lain lagi.

3.  Sunnah SARIRAH : iaitulah perkara spiritual atau dalaman nabi seperti zikir nabi, pedih hati nabi, tangisan hati nabi, kerisauan nabi terhadap ummat, kepedihan hati nabi melihat kerosakan ummat, kebencian nabi terhadap kemungkaran dan lain-lain lagi.

Menurut ustaz Ibnu Battoota, Sunnah Surah (cara nabi sollallahu'alaihi wasallam BERPAKAIAN) adalah amalan sunnah PALING SUSAH diamalkan pada masa kini. Sebabnya ialah kerana majoriti ummat Islam hari ini lebih selesa mengamalkan pemakaian orang-orang kafir dan mengikuti orang Yahudi berpakaian. 

Sedangkan orang yang mengamalkan sunnah surah contohnya orang yang sentiasa memakai jubah dan serban (yang menjadi kebanggan Nabi sollallahu'alaihi wasallam) dianggap aneh, pelik, kolot dan ketinggalan zaman.

Subhanallah, tidak hairanlah Nabi sollallahu'alaihi wasallam pernah bersabda bahawa siapa yang dapat amal sunnah di akhir zaman, maka dapat pahala seratus orang mati syahid.

“Dari Ibnu Abbas ra. Bahawa Nabi SAW yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan ) sunnahku, ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada ummatku (akhir zaman). Maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi)

Dalam riwayat Thabrani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1:44)

Subhanallah. Maha Suci Allah. Besar sungguh ganjaran bagi mereka yang dapat amalkan sunnah di akhir zaman ini.

Semoga kita sama-sama dapat cuba untuk mengamalkan sunnah seberapa banyak yang mungkin, dengan istiqamah.

Selasa, 14 Januari 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H




















Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Seribu kesyukuran atas limpahan rahmat dan nikmat kurniaan-Nya.. Mudah-mudahan kita semua berada dalam keredhaan Allah SWT.

Subhanallah…secara tidak sedar, kalendar Islam 1435H telah beralih kepada bulan Rabiulawal. Bulan kelahiran kekasih Allah dan kekasih kita Rasulullah SAW. Sama-sama kita meningkatkan kecintaan kita kepada Baginda SAW. Buktikanlah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengikut segala ajaran dan sunnah Baginda.

Bukti cinta kita kepada Baginda bulan semata-mata dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan dan perlakuan juga. Kita kata bahawa kita cinta kepada Nabi SAW, tetapi kita tidak berusaha untuk berakhlak seperti Baginda.

Bagaimana kita boleh mengatakan kita cinta pada Nabi SAW, sedangkan kita hanya membiarkan musuh Islam menghina Nabi SAW tanpa sedikit pun perasaan untuk membela Baginda? Dan adakah benar kita mencintai Nabi SAW, sedangkan pada masa yang sama kita menolak Al-Quran dan Sunnah, dasar perjuangan Nabi SAW ??? Tepuk dada tanya hati dan iman!!

Firman Allah SWT yg bermaksud,

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali ‘imran:31)

Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai idola kita kerana baginda merupakan Qudwah Hasanah bagi kita. Di samping itu, contohilah akhlak baginda kerana akhlak Baginda adalah akhlak yang terbaik.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(al-Ahzab:21)

Dalam ayat yang lain pula Allah SWT menyatakan,

“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)

Saidatina ‘Aishah r.a. pernah ditanya tentang akhlak Nabi s.a.w. Lalu beliau menyatakan: “Akhlak Rasulullah s.a.w adalah al-Quran.”
(Hadith riwayat Ahmad dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Khamis, 9 Januari 2014

30 KEAJAIBAN SELAWAT


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Selasa, 7 Januari 2014

Kerajaan Tidak Bebankan Rakyat


Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran pada Ilahi di atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

Sebenarnya kerajaan telah berjaya mengurangkan beban rakyat. Cuma rakyat sahaja yang tidak berapa perasan sebab sibuk sangat hentam kerajaan.

Cuba kita imbau balik. Dulu dulu kalau kita pergi pasar bawa RM50 macam macam barang kita boleh beli sampai terbeban kita nak bawa balik rumah.

Tapi sekarang tidak lagi. Dengan RM50 yang sama kita sekarang tak akan terbeban lagi kerana dengan RM50 itu tak banyak barang yang boleh kita beli.

Terbukti dengan jelas dan fakta bahawa kerajaan telah berjaya meringankan beban kita rakyat Malaysia hendak mengangkat barang yang dibeli.

Ahad, 5 Januari 2014

Lima Dosa Yang Mengundang Lima Bencana

SEBAB HARGA BARANG NAIK & HUJAN TURUN AIR TAK ADA:


Di penghujung usia dunia ini, pada saat akhir zaman, perkara mungkar dan maksiat yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai tanda dan alamat hampir Kiamat telah banyak dilakukan oleh manusia. Yang amat menakutkan, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya semasa di dunia ini lagi.

Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka meilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri." [HR Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978].

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemerosotan ekonomi.


3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula!

Lihat Video di: Hujan Banyak Air Tak Ada

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!

5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.

Semoga Allah SWT selamatkan kita semua dari bala dan kemurkaan-Nya.

“DAN apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.”(AS SYURA: 30)

HURAIAN

Allah s.w.t. menerangkan bahawa bencana-bencana dunia yang menimpa manusia seperti peyakit, kebuluran, bencana alam dan bermacam lagi itu adalah sebahagian daripaa balasan dan hukuman bagi umat manusia yang melakukan dosa, maksiat dan kemungkaran di dunia ini. Allah s.w.t. menjadikan dosa-dosa sebagai sebab-sebab yang menghasilkan akibat-akibat yang menimpa hamba-Nya yang berdosa tersebut.Apabila terdapat orang yang melakukan maksiat di suatu tempat itu,maka Allah menurunkan bala bencana di kawasan tersebut. Ini kerana akibat perbuatan dosa oleh segelintir manusia, maka manusia lainnya juga menanggung kesusahan yang sama.

Tetapi tidak dinafikan pula, ada yang berbuat kemungkaran dan dosa tetapi boleh hidup senang lenang tanpa sebarang musibah yang menimpa mereka. Namun kita perlu ingat bahawa hukuman atau balasan itu kemungkinan dalam bentukyang lain seperti sakit, dibenci manusia, pergolakan rumahtangga dan sebagainya ataupun ditangguhkan sampai hari kiamat kelak. Di padang mahsyar nanti semuanya akan dihitung dan masing-masing akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Sesungguhnya Allah akan menghukum mereka atas dosa-dosa yang dilakukan dan jika dikehendaki, Dia akan mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya setelah mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan segala dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan.

KESIMPULAN

Segala bencana dan musibah yang dialami ini antara sebabnya adalah hasil perbuatan dosa dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia. Sesungguhnya Allah berkuasa memberi hukuman terus di dunia dan jika Allah menghendaki, Dia mengampunkan dosa-dosa tersebut. Allah menurunkan bala untuk menyedarkan umat manusia supaya menjauhi kemungkaran dan bertaubat daripada melakukan maksiat dan dosa.

sumber: http://abuanasmadani.blogspot.com/

Jumaat, 3 Januari 2014

Pengertian Bughah Menurut Islam


Pengertian bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah (pemberontak) ialah sesiapa sahaja yang melampai batas yang sepatutnya dipatuhi. Di dalam istilah Bahasa Arab asal perkataannya bermaksud “zalim”. Secara umum, bughah ialah sekumpulan umat Islam yang menentang pemerintah Islam dan melanggar arahannya, atau menghalang hak Allah ataupun hak manusia.

Bughah dari perkataan al-baghyu bermaksud melampau. Keluar dari ketaatan pemimpin yang sah iaitu tidak mentaati pemerintah dalam urusan kewajipan yang benar seperti membayar zakat, berjihad, dan yang seumpamanya. Sedangkan hal ini sangat jauh daripada situasi perhimpunan.

Antara Dalil Tentang Bughah Menurut Al-Quran & As-Sunnah : 

Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;

“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan” 

Sementara dalil al-Sunnah terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;

- Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; “Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Syarat Untuk Membasmi Pemberontak : 

1. Pemberontak tersebut mestilah mempunyai kekuatan dan ketahanan tersendiri, samada bilangan yang ramai atau mempunyai kubu untuk menentang pemerintah.

2. Pemberontak itu mestilah benar-benar di luar kawalan pemerintah disebabkan kekuatan mereka. Sekiranya masih dalam keadaan terkawal, maka sudah tentu tidak perlu diperangi. Cukup sekadar menangkap sahaja.

3. Mestilah mempunyai tafsiran yang dibenarkan dalam ruang ijtihad bahawa mereka ini pemberontak dengan alasan yang kukuh iaitu menentang pemerintah.

4. Pemberontak tersebut mempunyai tokoh yang ditaati, yang menguatkan pengaruh mereka. Walaupun bukan sebagai pimpinan tertinggi, tetapi pandangannya dijadikan sebagai “sandaran”.

Kesimpulan : 

-Peserta himpunan bukanlah golongan yang menentang kewajipan agama yang diperintahkan pemerintah.
-Peserta himpunan tidak membawa senjata.
-Peserta himpunan tidak bertujuan menggulingkan kerajaan.
-Peserta himpunan tidak memberi ancaman besar kepada keselamatan umum.

Dan seandainya pun berlaku pemberontakan bersenjata, pihak pemerintah perlu terlebih dahulu menghantar utusan untuk berbincang guna menghuraikan kekusutan. Barangkali pemberontakan berlaku disebabkan kezaliman pemerintah yang tidak menunaikan hak terhadap rakyat. Maka pemerintahlah yang perlu melaksanakan kewajipan dalam urusan keadilan terlebih dahulu.

Tidak boleh mudah-mudah menghalalkan darah manusia. Rakyat bangkit bersebab. Rakyat bangkit sebab kezaliman pemimpin. Selesaikan kezaliman pemimpin dulu, barulah rakyat tidak bangkit. Inilah sifir Fiqh Bughoh. 

“Bahkan kebangkitan rakyat bukan atas dasar pemberontakan, tapi atas jalan menasihati” 

SUMBER : -Azman Syah Ibnu Alias (ASIA)
( BA Syariah Islamiah Al-Azhar University )
-Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
( BA Usuluddin Al-Azhar University ) 
-Al-Quran Dan Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
-Kitab Kifayah Al-Akhyar Fi Hilli Ghayah Al-Ikhtisar

IMAM NAWAWI Mengkritik Pemerintah






















Adakah Imam Nawawi seorang Bugha seperti kenyataan seorang.......

Imam Nawawi antara Ulama Ahli Sunnah yang berani menegur Sultan Zahir Baibras. Beliau pernah menegur Raja Zahir untuk tidak mengambil harta Rakyat bagi membantu kerajaan menangani masalah kewangan Negara pada masa itu sekalipun harta Baitul mal sudah mulai kekurangan bagi membeli alat-alat peperangan untuk menghadapi musuh iaitu tentera TARTAR. Manakala Para ulama negeri Syam memberi fatwa boleh mewajibkan pungutan terhadap rakyat untuk membantu Sultan dan tentara dalam memerangi musuh dan untuk mengatasi kekurangan yang diperlukan. Fatwa membolehkan harta rakyat di ambil dengan jalan wajib dengan alasan kepentingan dan keperluan.

Pada ketika itu Imam Nawawi tidak ada dalam mesyuarat tersebut lalu Sulthan bertanya, Masih adakah Ulama yang tidak Hadir dalam mesyuarat ini, maka berkata mereka itu “Ya. Iaitu Syeikh Muhyiddin An-Nawwai.” Kemudian beliau diminta hadir dan beliau pun datang. Sultan berkata kepadanya: “Berikan tanda tangan anda bersama para ulama lain!” Tapi Syeikh itu tidak bersedia. Sultan menanyakan apa alasan penolakannya. Syeikh itu berkata: “Saya mengetahui bahwa dahulu Sultan adalah hamba sahaya dari Amir Bunduqdar, anda tak mempunyai apa-apa, lalu Allah memberikan kekayaan dan dijadikannya Raja, saya mendengar anda memiliki 1000 orang hamba, setiap hamba memiliki pakaian kebesaran dari emas, dan anda pun memiliki 200 orang jariyah, setiap jariyah mempunyai perhiasan, apabila anda telah nafkahkan itu semua dan hamba-hamba itu hanya memakai kain wol saja sebagai pengganti pakaian indah itu, begitu pula jariyah-jariyah itu hanya memakai pakaian-pakaian saja tanpa perhiasan, maka saya berfatwa boleh memungut biaya dari rakyat.

Sultan Zahir pun marah atas kata-kata Syekh itu dan ia berkata: “Keluarlah dari negeriku Damaskus! Syekh itu menjawab: “Saya taati perintah Sultan.” Dan pergilah beliau ke Nawa.

Para ahli fiqh berkata kepada Sultan, beliau itu adalah ulama besar, rakan kami dan ikutan orang. Lalu Syeikh itu diminta kembali ke Damaskus, tetapi beliau menolak dan berkata: “Saya tak akan masuk ke Damaskus selagi Dhahir ada di sana.” Sebulan kemudian Sultan pun mati.

Di antara tulisannya yang ditujukan kepada Sultan Zahir Baibras yang berisi nasihat mengatakan dengan jelas apa yang dikehendaki hukum syara’. Ia berkata: “Tidak halal memungut sesuatu dari rakyat selagi dalam baitul maal masih ada uang atau perhiasan, tanah atau ladang yang dapat dijual, atau hal-hal selainnya.” 

Sebegitu tinggi contoh tentang teguhnya ulama Ahli Sunnah yang sebenar dalam menegakkan kebenaran Islam walau di hadapan penguasa yang ditakuti oleh banyak orang. Keteguhan ulama yang seperti itulah sebenarnya yang pantas diteladani, dan sangat diharapkan di setiap masa. Imam Nawawi wafat pada 676 H, Dia telah memeragakan dengan indah:" Jihad yang paling utama adalah kalimat haq yang diucapkan pada raja (penguasa) yang zalim"(HR Abu Dawud & Tirmidzi).

Wallahuaalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...