Ukhwah Islamiyyah

Jumaat, 18 April 2014

Hukum Islam Telah Dijalankan Pada Zaman Dahulu di Tanah Melayu























Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.

Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.

Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti,

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” 

* Sumber dari hikmatun.wordpress.com

Selasa, 15 April 2014

Peperangan Akhir Yakjuj dan Makjuj

Assalamualaikum wbt Apa khabar? Diharap para pembaca semua sihat walafiat serta sentiasa dirahmati Allah swt hendaknya. Saya percaya, tentu anda seringkali terdengar mengenai perihal kedahsyatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Akan tetapi, adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka?

Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia? Untuk entri kali ini, saya akan merungkaikan secara amat terperinci mengenai sejarah asal usul bangsa Yakjuj dan Makjuj sebagai santapan pengetahuan buat anda semua!

Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah 

Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan’an dan Yafis.
  1. Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam. 
  2. Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam. 
  3. Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj. 
  4. Kan’an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir. 

Dari kiri adalah bangsa Arab Romawi, tengah adalah bangsa
Zangi, manakala kanan pula adalah bangsa Mongol (Yakjuj)

Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan Auj pula mempunyai anak bernama Unuk.

Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini).

Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain! mungkin ketinggian badan Unuk lebih tinggi daripada menara Burj di Dubai (wallahualam).

Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti mana orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

Untuk pengetahuan semua, Nabi Nuh a.s mempunyai umur yang sangat panjang iaitu menjangkau 950 tahun! Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s,

Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam). Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini. Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah.

Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.

Mungkin beginilah keadaannya ketika Unuk ingin
berjima’ dengan patung gadis tersebut.
 

Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk.

Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi.

Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj, pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek mereka. Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci!

Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya? Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam). 

Gambar rajah Tembok Besi Zulkarnain di Fergana yang kini
telah pun dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj 

Apa-apa pun, pegangan yang paling tepat sekali hanyalah Al-Quran dan Hadis kerana itulah sumber yang paling sahih.
Senarai rujukan yang digunakan oleh penulis. Entri ini merupakan
sinopsis terhadap buku-buku ini 

Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj 

Berbalik semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu.

Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.

Si laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan Freemason/Illuminati,
manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap anggota kumpulan Khilafah.

Setelah Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam!

Kini terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya.

Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dahsyat berbanding si terkutuk Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!

Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat
si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak 

Cuba bayangkan betapa dahsyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi.

Asap itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke bumi (wallahualam).

Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran.

Asap dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad Ahmad 3:140)

Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh
lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu
kala (zaman Rasulullah saw).
 

Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka? 

Menurut sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan). 

Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic).

Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.

Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh
bangsa-bangsa di asia tengah 

Lihatlah semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu, negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi sangat-sangat lemah.

Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan Asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam).

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?

Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!

Ketika Asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh!

Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menuju ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.

 Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa
Yakjuj dan Makjuj sehingga kering 
Ketika Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dahsyat di muka bumi ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka.

Terlalu ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.

Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan
Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya
Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit Tursina, Mesir.

Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.

Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian
Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah
Menurut pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu adalah sejenis virus yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai.

Untuk membersihkan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai).

Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.

Para pengkaji Islam percaya bahawa ‘ulat merayap’ yang akan menyerang
 leher dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus
atau bakteria yang mudah berjangkit.
 
Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan
sendiri oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat 
Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai Yakjuj dan Makjuj. 

Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui. Jika diberi kesempatan, insyaallah saya akan update lagi entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.

sumber: http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/03/15/peperangan-akhir-yakjuj-dan-makjuj/

Khamis, 10 April 2014

Berdoa Minta Pertolongan Hendaklah Sepanjang Masa Bukan Ketika Berdepan Musibah.























RAMAI yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah SWT. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah SWT.

Mereka bergantung kepada manusia dan berharap mendapat manfaat daripadanya sehingga melupakan kuasa Allah SWT yang memberi manfaat dan mudarat. Perbuatan sebegini boleh menyebabkan iman seseorang terjejas. Seolah-olah mereka hilang kepercayaan kepada Allah SWT, padahal Dialah yang menggenggam ubun-ubun setiap makhluk.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan cucunda Umar bin Al-Khattab, seorang warak, zuhud lagi alim bernama Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab. Kedua-duanya berada di Baitullah. Khalifah bertanya: “Apakah kamu mempunyai hajat kepadaku, wahai Salim?” Salim menjawab: “Wahai Sulaiman tidakkah engkau malu mengatakan itu padahal engkau berada di Baitullah? Kemudian Salim keluar dan Sulaiman menunggunya di luar Baitullah dan kembali bertanya: “Apakah kamu mempunyai keperluan kepadaku?” Salim bertanya juga: “Keperluan dunia atau akhirat, wahai khalifah?” Sulaiman menjawab: “Keperluan dunia.” Salim berkata: “Adapun tentang keperluan dunia, kepada yang memilikinya pun aku tidak pernah meminta, bagaimana mungkin aku memintanya kepada yang tidak memilikinya?

Kepada Allah SWT yang memiliki dunia dan segala isinya pun beliau tidak meminta kecuali untuk kepentingan akhiratnya saja, apatah lagi kepada manusia yang hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Begitu kuatnya hubungan orang mukmin kepada Allah SWT melebihi hubungan sesama manusia di dunia ini. Keyakinannya kepada Allah SWT terpacak kukuh dan tidak mungkin digoyah oleh kuasa apapun.

Orang mukmin berpegang kepada satu keyakinan, iaitu hanya kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’am: 17)

Apabila syaitan pernah meminta kepada Allah SWT dan permintaannya dimakbulkan, mengapa ramai manusia tidak yakin dengan doanya kepada Allah SWT seterusnya berhenti berharap, berputus asa daripada rahmat-Nya dan mencabut akar keyakinan daripada hatinya kepada Allah SWT? Sedangkan iblis diberi peluang, inikan pula manusia makhluk pilihan paling mulia. 

Sebagaimana yang terakam di dalam surah Al-A’raf: 14-15, maksudnya: “Iblis berkata: Beri tangguh kepadaku sampai waktu mereka (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

Sehebat dan sekuat apapun, manusia tetap makhluk yang tidak berupaya melawan takdir-Nya. Dia memerlukan pertolongan Allah SWT, menyandar pada rahmat-Nya, bergantung hidup kepada limpah kurnia-Nya dan mengharapkan belas kasihan ketika menghadapi sebarang musibah.

Namun begitu, ada juga yang bergantung kepada Allah SWT ketika susah saja, jika sudah berakhir kesusahannya dia kembali berpaling. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12) 

Mengapa cepat sekali hati berubah? Sekejap ingat sekejap lupa, iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang dipakai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.” (Hadis riwayat Muslim) 

Perubahan iman yang berlaku sebegini pada asasnya disebabkan renggangnya hubungan manusia dengan Allah SWT, lemahnya keyakinan mengenai sifat-Nya dan kejahilan yang disengajakan. Secara sengaja mereka menolak kebenaran al-Quran dan Sunnah, berdolak-dalih mencari alasan untuk meninggalkan agama ke tepi. Pandai berputar belit menafikan ayat-ayat Allah dan semua itu dilakukan kerana mereka lupa siapa diri mereka sebenarnya. Jika mereka berpijak pada bumi nyata, mereka akan menghayati kelemahan diri. Mereka memerlukan Allah SWT untuk selamat sampai ke tujuan.

Jika mereka diliputi kesulitan hanya kepada Yang Maha Kuasa saja tempat bergantung. Apabila tiada lagi kekuatan dalam diri yang boleh menyelamatkan maka mereka menjerit mencari Tuhan Yang Maha Perkasa. Sebagaimana jeritan Qarun dan Firaun, kaum ‘Ad dan Tsamud. Sedangkan Nabi Musa merayu kepada Bani Israil setelah berkali-kali dikecewakan dengan kekufuran mereka:

Walau diri pernah ternoda oleh dosa dan maksiat, tetaplah berharap kepada Allah SWT. Sesiapa yang memutuskan hubungan dengan Allah maka dia akan terputus daripada kesenangan dunia dan di akhirat pula menanti azab yang kekal selama-lamanya. Doa dan harapan kepada Allah adalah senjata yang paling tajam untuk membunuh iblis dan syaitan. Doa seorang hamba melemahkan semangat iblis untuk menyesatkannya dari jalan Allah. Disebabkan tangisan, ketakutan, harapan dan cemas mengiringi doa seorang hamba membuat iblis berputus asa seketika.

Apatah lagi mendengar ketulusan seorang yang menyerahkan segala permintaannya menurut ilmu Allah SWT bukan menurut kehendak diri sendiri. Sebagaimana doa Nabi Nuh AS saat melihat darah dagingnya sendiri tenggelam ditelan banjir besar. Firman Allah yang bermaksud; “Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud ayat: 47)

Bolehkah kita menghadirkan sangka baik kepada Allah SWT dalam keadaan seteruk apapun dan mempersembahkan doa yang paling tulus? Belum terlambat untuk mengetuk pintu langit dengan bahasa yang paling indah dan lembut diiringi dengan harapan dan keyakinan kepada janji Allah SWT. Sesungguhnya tidak akan ditolak doa orang yang berpuasa. Amin ya Allah, ya rabbal ‘alamiin.

Oleh Mufti Perlis Yang Sekarang

http://rezekihalal.com/ingat-allah-setiap-masa-bukan-masa-susah-sahaja/

Ahad, 6 April 2014

Cetusan Hati: Dunia






















Setiap hari bila kita bangun dari tidur apa yang kita selalu fikir? Kalau seorang suri rumah akan fikir nak masak apa. Kalau seorang peniaga fikir bagaimana hendak meningkatkan jualan pada hari itu. Seorang petani akan fikir bagaimana hendak menjalankan aktiviti pertaniannya agar bertambah maju. Seorang pelajar akan berfikir bagaimana hendak mengulangkaji pelajaran dan berjaya dalam peperiksaan. Kesimpulannnya kita semua apabila bangun dari tidur, fikir yang ada dalam otak kita adalah fikir dunia. Itu yang selalu atau kebiasaannya bagi mereka yang normal, kalau orang gila tak tahulah apa yang ada dalam fikiran mereka? 

Setiap hari apabila kita bangun dari tidur, pergi belajar atau bekerja samada dirumah, dipejabat, disekolah, dikedai, diatas kapal terbang, dipasar atau dimana jua didalam fikiran kita sentiasa dipenuhi agenda bagaimana hendak menjadi seorang yang berjaya didunia. Kita mahu menjadi semakin kaya, mewah dan mengumpulkan harta sebanyak mungkin sebelum kita tua. Setiap hari kita berangan mahu kaya, kita usaha sungguh, kita simpan wang, kita buat pelaburan dan kita lihat penyata kewangan kita setiap hari dan lihat angka dalam simpanan kita.

Walaupun fikir ini tidak salah dari segi hukum dan syarak namun fikir ini adalah fikir yang sempit dan tidak berfikir panjang. Kerana apa? Kerana dunia ini adalah sementara dan kita semua tahu bahawa kita akan meninggalkan dunia ini dan segala apa yang kita miliki akan kita tinggalkan. Apabila kita masuk kedalam kubur kita hanya membawa bersama kita sehelai kain kapan untuk dililit ditubuh kita. Segala apa yang kita telah usaha selama ini akan menjadi milik orang yang kita tinggalkan. Memang berguna untuk mereka tetapi untuk kita adalah tiada yang berguna melainkan ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh. 

Kita sentiasa rasa tidak pernah cukup dari segi keduniaan dan sentiasa mahu mengubah tahap dunia kita menjadi semakin baik dari hari ke hari. Itu yang kita fikir, kita cakap dan kita usahakan setiap hari. Namun selalukah kita fikir bagaimana aku mahu meningkatkan ilmu agama, iman dan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Dari sudut agama, kita selalu merasa cukup dan puashati serta tidak mahu berusaha untuk memperbaiki mutunya dan meningkatkan iman dan amal kita. Kita berasa senang walaupun kita masih ditahap yang sama dan ditakuk yang lama.

Dari segi dunia kita akan bandingkan dengan orang yang lebih hebat dan lebih kaya berbanding kita dan kita bercita-cita menjadi seperti mereka. Merekalah idola kita, merekalah mentor atau sifu kita dan kita mahu mengikut jejak langkah mereka. Bagi kita jika mereka mampu kita juga mampu. Tiada yang mustahil dengan keazaman, kegigihan dan usaha yang berterusan. Kita akan berkorban tenaga dan masa yang banyak untuk menjadikan impian kita satu kenyataan. Sampai bila kita akan puas hati, kita sendiri tidak tahu. Kita lihat mereka yang sudah ada sejuta ringgit mahukan sepuluh juta. Yang sudah millionaire mahu pula menjadi billionaire, bagi mereka kekayaan itu tiada hadnya.

Betul apa yang Nabi SAW bagitahu, kalau seorang itu mempunyai segunung emas pun, pasti dia akan mahu sebuah gunung emas lagi, Dia tidak akan puas sehinggalah tanah dimasukkan kedalam mulutnya, bererti sehingga dia masuk kedalam kubur. Itulah hakikat dunia yang penuh tipudaya, kalau kita tertipu dan tenggelam dalam arus dunia maka kita akan menyesal diakhirat nanti. Perkara yang patut kita selalu fikir, cakap dan usaha adalah agama dan akhirat kerana itulah yang kekal dan akan kita bawa bersama apabila kita mati. Namun kita sentiasa membandingkan dengan mereka yang lebih rendah apabila masuk bab agama atau ibadat. Sepatutnya kita membandingkan dengan mereka yang lebih hebat barulah kita akan sentiasa berusaha meningkatkan tahap ilmu, iman dan amal kita agar kita berjaya dari ertikata sebenarnya didunia dan diakhirat.

Tidak salah berusaha untuk dunia, namun jika kita tidak mampu lebihkan akhirat berbanding dunia, maka kita harus menyeimbanginya. Dan yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, dunia yang lebih dan bekalan untuk akhirat amat kurang masa dan harta yang kita beri sedangkan akhirat itu kekal dan tempat tinggal bagi kita buat selama-lamanya.

Jumaat, 4 April 2014

Coretan buat MH370






























Siapa kita ? kenapa kita dilahirkan sebagai hamba Allah? kenapa manusia? kenapa bukan Malaikat, Jin, Haiwan mahupun Tumbuh-tumbuhan?

Kadangkala Allah turunkan satu musibah, kerana Allah sayangkan hamba-hamba-NYA. Menegur dalam kasih sayang, tanpa kita sedar. Manusia adalah khalifah dan sebaik-baik mahkluk di muka bumi. Kita tidak sedar. Malaikat pun tidak dapat menandingi darjat manusia. Dimana hati seorang manusia atau muslim? 

Banyak sangat tanda tanya. Sehingga sekarang, masih tiada siapa dapat merungkai kisah misteri kehilangan #MH 370. '' siapa kita hendak menidakan kuasa Allah? Tuhan mana yang kita dustakan? ''

Bukan Allah menzalimi manusia. Tetapi manusia yang diberikan akal dan fikiran yang berbunuh-bunuhan sesama sendiri, penindasan berlaku kerana butanya hati seorang manusia. Tidak kira dimana kita, siapa kita, rupa kita, pangkat kita. Hidup dan mati, Garisan takdir, kekayaan dan keindahan semua milik Tuhan. Iaitu #ALLAH

Kita bernafas sebagai manusia, berdiri di dunia sebagai hamba Allah. kita adalah HAK #ALLAH. DIA boleh menghidupkan kita dan mampu mematikan kita, kerana DIA Sang Pencipta yang Maha Hebat. Di zaman yang konon-konon maju ini, teknologi yang diciptakan manusia. Adakah teknologi yang kononya maju dapat melangkaui kekuasaan Sang Pencipta.

Sewaktu aku menaip ini, hati aku kosong. Merenung nasib kita di mata DIA. Apakah di akhir zaman yang teruk ini, masih ada yang beriman kepada Allah. Jari aku hanya menaip mengikut gerak dan rentap tari jemari ku. Hati ku di pagut pilu. Masihkan ada hati-hati yang tidak insaf melihat kekuasaan NYA?

Aku tak mampu berkata-kata kepada dunia, di sini aku melahirkan rasa. Dalam hati tidak putus-putus mendoakan kebaikan dari musibah ini. Hampir menitis air mata, tatkala membaca berita demi berita. Spekulasi yang tak berasas, dan tak kurang pula bersorak riang atas kedukaan orang lain. Ya Allah, Sedarkan hati mereka yang riak, takbur dan khilaf itu.

Aku berharap, jauh dilubuk hati aku. Masih ada secebis keikhlasan dan ketakwaan. Yang terpahat di dalam hati yang paling dalam. Tatkala menulis ini, aku tak mampu melahirkan rasa yang sebenarnya. Kesedihan yang mengunung. Aku bukanlah salah seorang waris, kawan mahupun sahabat yang terlibat. Tapi dari kejauhan aku turut merasa impak yang sangat dasyat berlaku dalam diri ini. Berdiri di muka bumi yang fana sebagai hamba Allah bukan mudah. #Allah permudahkan urusan kami

Rabu, 2 April 2014

Kalaulah Anda Tahu Betapa Besar Impak Tragedi MH370





















Kalaulah anda tahu betapa besar impak tragedi MH370 ... anda tidak akan komen sesuka hati ... anda akan jadi sangat takut ...

Kerana impaknya bukan sekadar kesedihan kepada waris mangsa dan simpati kita semua ... Tetapi jauh dari itu nampaknya yang bakal berlaku mungkin mencakupi :-

1. Ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas tentang bangsa cina dan rakyat cina

2. Hubungan ekonomi

3. Pejabat MAS di Beijing telah di arahkan tutup faktor keselematan.

4. Ancaman keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja.

5. Ancaman serangan siber ke website sistem perbankan, keselamatan negara dan website kerajaan oleh cyber troopers negara cina.

6. Pemulauan barangan Malaysia .

7. Pemulauan dan kesan ekonomi kepada tarikan pelancong .

8. Kuasa besar ekonomi moden dunia iaitu cina mampu secara halus atau kasar menekan MAS dan Malaysia secara legal melalui tuntutan berbilion ringgit.

9. Harga barang di Malaysia akan bertambah naik lagi kesan tekanan ekonomi akibat dari tindakan undang-undang, gantirugi, kos luar budget dll ...

10. Kestabilan politik makin tergugat kesan dari penglibatan antarabangsa.

11. Kelemahan sistem ketenteraaan / udara dan laut malaysia terbongkar. 

12. Dan banyak lagilah ...

Semuanya boleh membawa kita ke zaman gelap, anak-anak susah nak sekolah, nak makan pun susah, pengangguran meningkat, kerja susah dan banyak lagi.

Oleh kerana itulah. ...

Bermuhasabah lah diri kita masing-masing ... ada lidah cakap benda baik-baik jangan mengapi-apikan permusuhan ...

Jika salah mohon maaf dan bertanggungjawablah ... Sayangi negara kita ... dan sama-sama kita kembali dekat dengan Allah ...

Sehebat mana teknologi yang kita ada ... Allah lagi hebat ...

Cukup-cukuplah apa yang telah berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...