Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 2 Januari 2012

Rahsia Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalammu'alaikum untuk semua sahabat...


Kesempatan ini izinkan saya berkongsi kisah untuk dijadikan pedoman bersama..(KISAH BENAR)

Kisah seorang bekas pesara guru (ustaz sekolah rendah) bersama isteri (surirumah sepenuh masa) dan 7 orang cahayamata (3 lelaki dan 4 perempuan).

Setelah bersara dari dunia perguruan, ustaz meneruskan khidmat kepada masyarakat setempat dengan ditauliahkan sebagai imam satu di kawasan kediaman beliau. Manakala isteri beliau hanya menjual kuih muih secara kecil-kecilan. Sejak muda dan setelah berumahtangga, ustaz dan isteri mengamalkan kehidupan yang sederhana. Anak-anak dibekalkan dengan ilmu dunia akhirat yang mencukupi. Ustaz dan isteri amat disenangi oleh penduduk setempat dan saudara mara.

Kini, ustaz dan isteri sudah tersenyum puas dengan kejayaan anak-anak mereka. Seorang bergelar DOKTOR, 2 orang JURUTERA, 2 orang PENSYARAH, seorang PENGANALISIS KOMPUTER dan seorang PEGAWAI BANK. Anak-anak ustaz bukan saja cemerlang akademik tetapi juga cemerlang dari segi akhlak. Baik hati, lemah lembut, bertanggungjawab dan amat menghormati orang.

Walaupun anak-anak beliau berjaya dalam kerjaya, tetapi mereka tidak bermewah dari segi pakaian, barangan emas jauh sekali. Ustaz juga mempunyai 10 buah rumah yang dibeli tanpa pinjaman bank. Setiap tahun ustaz dan isteri akan ke tanah suci Mekah menunaikan umrah dan mengerjakan Haji di musim Haji. Tetapi mereka tetap mengamalkan kehidupan yang sederhana. Ustaz dan isteri juga pernah dianugerahkan Ibubapa Mithali peringkat daerah.


Tentu sahabat semua tertanya-tanya apa rahsia ustaz tersebut boleh memperoleh semua kesenangan di dunia yang setiap kita impikan.... sebagai orang yang dekat dengan ustaz, hasil pemerhatian saya dan apa yang dicerita sendiri oleh ustaz.... renung-renungkan.

Sejak saya mengenali ustaz 8 tahun yang lalu beliau seorang yang kuat beramal ibadat, merendah diri, pemurah, berlemah-lembut dalam percakapan, penyayang, baik hati, amanah dan beliau juga sangat cintakan ilmu - beliau boleh berbahasa arab dengan fasih walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam subjek tersebut. Dan apabila ditanya apa rahsia beliau mendapat kemurahan rezeki (harta, anak yg baik dan berjaya serta kesihatan tubuh badan, umur beliau hampir 70thn). Ini jawapannya...

1) Ikut suruhan Allah (ibadat wajib)

2) Solat malam (sering ditekankan, ustaz & isteri tidak pernah meninggalkan solat malam sejak muda )

3) Membaca Al-Quran (sejak thn 84, beliau telah khatam sebanyak 200 kali. Beliau sentiasa bersama
Al-Quran di masa lapang)

4) Mengeratkan silaturrahim (sering menziarahi sanak saudara, pada hari raya wajib bagi ustaz sekeluarga berkonvoi ke rumah saudara mara dan juga tanah perkuburan)

5) Berpuasa Sunat

6) Memuliakan tetamu (belum sampai 5 minit tetamu sampai, ustaz dan keluarga akan pastikan sekurang-kurangnya air tersedia di hadapan tetamu. Apa saja makanan yg ada dalam simpanan, akan dikeluarkan untuk tetamu-asalkan makanan tersebut masih boleh dimakan)

7) Menjaga hati jiran tetangga

8) Tidak memburukkan dan membuka aib orang lain

9) Bersedekah (terutama kpd kanak2)

10) Menghargai rezeki yang Allah kurniakan (walaupun hanya sekeping biskut)

Inilah petua dan nasihat yg sering ustaz tekankan di setiap sessi ceramah beliau ataupun dalam perjumpaan keluarga.

Moga ianya menjadi pedoman dan panduan buat kita semua. Wassalam.

sumber: www.Halaqah.net
Pengirim : aisyahkhadijah
Editor : PenaHalaqah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...