Ukhwah Islamiyyah

Selasa, 14 Disember 2010

Sibuk Rasulullah VS Sibuk Kita

سم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu , tak sempat hadir usrah, tak sempat nak baca Al-Quran dan lain-lain lagi. Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah S.A.W. sibuk kerana:

  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)
  • Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

  • Kerja
  • Berhibur
  • Termenung
  • Menghabiskan Duit
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang ...
  • Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula ;

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah swt.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah swt.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.

Kata Imam Al Ghazali  “rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja”. Bagaimana pula dengan kita… apa yang kita sibukkan..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...