Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 16 Disember 2010

Bila Lihat Keburukan Orang

سم الله الرحمن الرحيم

Kita memang mudah melihat keburukan orang lain. Dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita.

Sebenarnya perkara sebegini sering berlaku dalam kehidupan seharian. Mungkin kita sedar atau mungkin kita tidak sedar.

Sebagai contoh seorang hamba Allah ni datang ke masjid. Sedang dia duduk di masjid datang seorang pemuda dan solat. Jadi dia pun lihat pemuda itu solat tak khusyuk badannya goyang sana goyang sini.

Lalu hati hamba Allah pun berkata: "Apa la mamat ni, solat tak khusyuk."

Pada masa yg sama dia lupa yang dia sendiri pun solatg tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun dia boleh fikirkan masa tengah sembahyang.

Oleh itu, wahai sahabatku ingatlah...

Apabila kita terlihat keburukan orang lain, Hendaklah kita pastikan yang kita pun tidak melakukannya. Jika kita lakukan sekalipun. Maka hendaklah kita perbaiki diri kita dahulu.

Rasulullah menggalakkan kita melihat kebaikan orang lain.

Walaupun kita ni kuat ibadah. Tidak semestinya kita paling kuat ibadah ada orang lain lagi. Yang lebih baik dari kita.

Walapun kita lihat orang lain tu buat kerja kotor. Tidak semestinya dia tu kotor zahir dan batin. Kalau sekalipun die tu kotor mungkin hanya luaran sahaja. Dalaman, hatinya mungkin lebih mulia daripada kita disisi Allah. Mungkin dia kerja kotor untuk mencari rezeki yang halal.

Bagi keluarga dia kan..

Jadi kita mesti melihat dari sudut yang baik (Husnu Zon)

Bagi contoh mamat tadi pula, sekiranya kita melihat kebaikannya hati kita akan berkata:
"Bagus mamat ni rajin ke masjid. Aku ni jarang-jarang je datang. Sembahyang Jumaat je aku selalu datang "

Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut.

Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul."

Pada masa yg sama, kita lupa yang kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain.

Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an." Banyak lagi contoh-contoh lain.

Bila kita lihat kebaikan orang, InsyaAllah akan datang sifat tawadduk dalam diri kita.

Lihat kelemahan diri dulu

KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah.

Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu
negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah
pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.

Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak
pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.

Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun
hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri
sendiri ia akan menjadi hampa.

Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.

Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita
hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap
sekiranya tapak tidak kita bina.

“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya.
Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang
yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani
membincangkan kelemahan diri sendiri.

Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.

Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan.
Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.

Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah.
Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita
mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam
mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil
jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan
mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin
bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika
dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi
degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum
diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga
sebati dengan diri.

Petua Untuk Mengelak Tabiat Mengumpat

Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat.

Selalunya orang akan bercakap begini:

  1. Aku bukan nak mengata … tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia..”
  2. “Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar..”
  3. “Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan…”

Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?

Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.

Petua Mengelak Mengumpat

Ibnu Abbas pernah berpesan -

1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.” 4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

IMPLIKASI atau PADAH akibat Mengumpat

i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.

ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.

iii. Perpecahan ummah.

KENAPA SESETENGAH ORANG SUKA MENGUMPAT?

a. Ingin Melenyapkan Kemarahan – Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

b. Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

c. Dengki – Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang (capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

d. Saja Suka-Suka – Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.

e. Menghina Orang – Iaitu menganggap hina, rendah/lemah terhadap orang lain. Ini disebabkan kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.


Wassalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...