سم الله الرحمن الرحيم
Aku harap sangka baik orang kepadaku
Adalah doanya
Sedangkan apa yang disangka oleh mereka tidak ada padaku
Aku amat malu mendengarnya
Sangka baik mereka moga-moga pahala bagi mereka
Jangan pula jadi bala kepadaku
Ampunkan dosa-dosaku Tuhan, apa yang mereka tidak tahu
Jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka
Berilah pahala kepada mereka kerana sangka baiknya
Bantulah aku untuk dapat melaksanakan apa yang mereka kata
Kerana aku malu kalau aku tidak berbuat apa yang mereka sangka
Jangan pula Engkau murka apa yang mereka kata
Setiap apa yang mereka kata berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya
Dan jadikanlah ini satu pendorong buat aku melakukannya
Kalaulah mereka tahu kelemahanku
Bukan sahaja mereka tidak memuji, bahkan lari dariku
Bukan sahaja mereka tidak memuji bahkan akan mencaciku
Aku telah terperangkap dengan kata-kata mereka
Kalau aku tidak berbuat, orang menyangka aku berbuat
Jika aku hendak berbuat, adakalanya tidak mampu
Dengan rahmat-Mu berilah aku kekuatan untuk mengerjakannya
Moga-moga apa yang mereka katakan aku mampu membuatnya
Manusia dan Kehidupan
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia
supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya
kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu
bukanlah teguran atau nasihat
melainkan suatu kecemaran yang memalukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan