Jumaat, 18 April 2014
Hukum Islam Telah Dijalankan Pada Zaman Dahulu di Tanah Melayu
Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.
Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.
Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.
Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.
Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti,
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
* Sumber dari hikmatun.wordpress.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan