Ukhwah Islamiyyah

Rabu, 7 Ogos 2013

Ramadhan Tetamuku!


Ramadhan!
Malam ini kau telah pergi meninggalkanku, dengan kesepian, kesedihan kerana sepanjang menjadi tetamuku jasamu cukup besar! Kau ajarkanku erti kehidupan, erti perhambaan kepada Yang Maha Pencipta, kau didik hatiku yang keras menjadi lembut, kau ajarku untuk menatap dan membaca al-Qur'an kerana sebelum ini aku alpa untuk menatap lambaran yang suci ini. Kau ajarku untuk berpuasa, berlapar dan dahaga dan menjaga segala pancaindera dari maksiat untuk menyahut panggilan suci memenuhi tuntutan Rukun Islam. 

Kegigihanmu melatihku untuk memiliki sifat mahmudah iaitu sifat sabar, baik sangka, takwa, tawakkal, lemah lembut, rendah diri, bersyukur dan sopan santun dan juga kau minta dijauhi segala sifat-sifat mazmumah iaitu sifat marah, suka mengumpat, sombong, bongkak, takbur, iri hati, ujub ,batu api dan hasad dengki. telah benar-benar mendidik hatiku.

Alangkah indahnya kau gerakkanku untuk bangun malam bersama-samamu bertahajjud dan berqiyamulail sepanjang kehadiranmu 29 hari di sisiku, mengadap wajah kehadrat Rabbul Jalil, di rumah Allah, hingga ku rasakan rumah Allah telah menjadi rumah ke duaku, hatiku bertambah bersih, jiwaku bertambah murni dan perasaanku bertambah cinta pada Yang Maha Berkuasa.

Inilah kali pertamaku rasakan kehadiranmu tahun ini, mendorongku untuk iftar secara berjemaah penuh dan tidak pernah meninggalkan solah berjemaah. Dan merasa cukup seronok dan terisi jiwa ini dengan tazkirah Ramadhan sebelum iftar.

Ramadhan!
Kedatanganmu membawa seribu rahmat, seribu pengampunan dan seribu pembebasan dari siksaan api Neraka. Semua makluk yang ada dibumi dan para malaikat menanti-nanti kedatanganmu, mereka mendokan kepada sesiapa sahaja diantara anak Adam yang melayanmu sebagai tetamu ,mereka akan mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat, dan terampunlah segala dosa-dosa mereka. Aku bersyukur kerana kau menjadi tetamuku yang cukup akrab dan aku tidak mensia-siakan kehadiranmu. 

Ramadhan!
Bersama-sama kehadiranmu, kau ada membawa satu hadiah yang cukup istimewa, iatu lebih baik beribadah seribu bulan. Aku menanti-nanti akan hadiahmu itu, kau rahsiakannya atas perintah Tuanmu, tidak mengapa aku tidak berkecil hati, walaupun aku tidak nampak secara zahir hadiahmu itu, tetapiku rasakan hadiah istimewamu ini ,ruh dan gelumbang kebaikannya telah terpancar pada hati, jiwa dan kehidupanku , ku harapkan do'a-do'aku diterima oleh Allah Azzawajalla.

Aku tetap bersyukur dengan jasa baikmu itu hadir ketika aku keseorangan dan perlukan bimbingan. Ku harapkan Allah s.w.t menizinkan kau menjadi tetamuku lagi pada tahun hadapan, insya Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...