Ukhwah Islamiyyah

Selasa, 9 Julai 2013

ORANG YANG KENAL RAMADAN


Orang yang kenal kepada Ramadhan.

"Orang yang bersiap awal untuk menghadapi Ramadhan, itulah orang-orang yang kenal kepada Ramadhan. Mengapa perlu bersiap awal, kenapa tidak masuk Ramadhan baru kita mula? Mengapa yang bersiap awal? Ini kerana orang yang bersiap awal itu kenal, akan mahalnya dan tingginya Ramadhan itu. Sebab itu dia bersiap awal."

"Sepertimana orang yang nak kahwin. Oh dia kata kahwin ni bukan senang. Kahwin ni hebat. Persiapannya kadang-kadang setahun sebelum dari tarikhnya itu. Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum itu dah buat persiapan. Sedangkan majlis perkahwinan itu berapa hari? Satu hari sahaja. Demi untuk menyempurnakan satu hari ini, bila persiapannya? Daripada setahun sebelumnya lagi. Perancangannya, persiapannya, berbagai-bagai keadaan disediakan demi untuk menyempurnakan satu hari."

"Sedangkan Ramadhan, 30 hari. Didalamnya mempunyai kelebihan yang tidak dapat kita gambarkan dengan penilaian kita. Sehingga ALLAH SWT mengatakan puasa itu adalah milik AKU kata ALLAH SWT, 'AKU-lah yang akan memberikan ganjaran'."

~ Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered hafizahullah ~  الَلهمَ بلَغنا رمضان
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...