بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika mereka tidur pun tak lena, tiba-tiba anaknya menangis meminta susu. Lalu ditolehkan muka ibunya kearah sebotol tin susu yang kosong. Ayahnya terus menjadi sebak, merenung lama ke bumbung langit,
Ya Allah, tolonglah kami...
Sedar atau tidak, kita sudah lama merdeka dan sudah lama Islam bertapak di muka bumi ini. Tapi, jelas kedengaran suara-suara pilu di hening malam di corong-corong rumah usang.
Menjadi pemimpin bukan sesuatu yang agung untuk dilihat, tetapi lebih kepada tanggungjawab dan amanah kepada rakyat. Jelas kita diajar dari kecil, betapa besarnya tanggungjawab pemimpin.
Kesilapan menjaga amanah oleh pemimpin PASTI ada azab menanti disana.
Kita lihatlah, betapa besar jurang diantara pemimpin Islam terdahulu berbanding dengan sekarang. Hanya beberapa orang pemimpin sahaja yang benar-benar menjalankan tugas dengan seadilnya. Selebihnya, makan duit rakyat sehingga buncit perut.
(petikan dari ustaz zaharuddin)
Akhir kata: Jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.. semoga segala usaha kita menjadi berkat dariNya..

Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..
Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..
(dipetik dari Dr Asri)
Isu amanah seorang pemimpin bukan terhad kepada kepimpinan negara sahaja, tapi termasuk juga kepada kepimpinan keluarga, KEPIMPINAN ORGANISASI di universiti dan lain-lain lagi.
Bertanding bukan kerana nama, pangkat mahupun wang tapi atas dasar kecintaan kepada Allah untuk menegakkan kalimah Allah.
Berfikirlah kaum pemerintahan dan bani kepimpinan yang nampaknya semakin lama semakin hancur ditelan waktu. Apalah ada dengan istilah kereta MEWAH jika suatu hari, kepimpinan yang kita terajui nanti akan dicampak ke neraka?
Begitu juga dengan organisasi dakwah yang menyebarkan Islam. Walau tujuan dan matlamat itu jelas dan benar, tapi janganlah membuat sesuatu program ibadah hanya untuk sekelompok individu dan jangan membandingkan diri terlalu hebat agama sehingga menyisihkan insan yang ingin belajar agama.
Renung-renungkan sebentar petikan dibawah..
Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata :
"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka
dari kesejukan dan panas"
(petikan dari ustaz zaharuddin)
Akhir kata: Jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.. semoga segala usaha kita menjadi berkat dariNya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan