Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

سم الله الرحمن الرحيم



Seperti yang telah diwar-warkan malam ini akan terjadinya fenomena gerhana bulan penuh. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas pada Jun 2010, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Bulan mula memasuki Penumbra : 7.32 malam
Bulan mula memasuki Umbra : 8.46 malam
Permulaan gerhana Penuh : 10.06 malam
Waktu gerhana Maksima : 10.31 malam
Tamat gerhana Penuh : 10.57 malam
Bulan meninggalkan Umbra : 12.18 tengah malam
Bulan meninggalkan Penumbra : 1.31 pagi

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Apabila berlakunya gerhana bulan penuh atau gerhana matahari, umat Islam di galakkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari dan panduan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari itu anda boleh saja rujuk di sini

>>CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN..<<

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah" (HR. Bukhari no. 1044)

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

sumber: sini dan sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...