سم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..
Pada suatu petang yang tenang, awan kelihatan menutupi matahari.. aku sedang mengalunkan beberapa ayat dari surah at-Taubah di beranda rumah..
Tiba-tiba, adikku muncul di sisiku, dan duduk di kerusi yang bersebelahan dengan kerusiku..
aku memandangnya dan tersenyum.. aku kemudiannya, menghabiskan ayat yang dibaca..
"sodakallahhul azim, alhamdulillah" aku menutup al-Quran dan meletakkan di atas meja yang berdekatan.. kemudian, aku kembali memandang adikku, "ya adikku, ada apa ni? tiba-tiba aje duduk ditepi abang ni?"
adikku tersenyum, "tak boleh ke abang?"
aku tersenyum, "abang tidak kata tidak boleh, abang tanya kenapa aje"
adikku tersenyum, "tak adalah abang, kita ni dah nak masuk bulan Zulhijjah ya"
aku tersenyum, "alhamdulillah, benar adikku.."
adikku bertanya lagi, "apa yang perlu kita buat untuk sambut ia?"
aku tersenyum, "bulan Zulhijjah merupakan bulan yang mulia wahai adikku, orang yang beriman, apabila masuk sahaja bulan ini, mereka akan gembira, kenapa mereka gembira wahai adikku?"
adikku mengeleng..
aku tersenyum, "kerana di bulan Zulhijjah terdapatnya 10 hari yang mulia dan di rahmati Allah S.W.T..
daripada Sayyidina Ibnu Umar R.A, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud :
"Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang paling dikasihi pada-Nya untuk beramal dalamnya melainkan hari-hari yang sepuluh ini (yakni hari-hari 10 pertama bulan zulhijjah), maka hendaklah kamu memperbanyakkan di dalamnya ucapan-ucapan tahlil, takbir dan tahmid"
Riwayat Imam Ahmad.. wallahua'lam..
Alhamdulillah.. maka, orang yang beriman gembira dengan hal ini, gembira dengan kurniaan Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Allah Tuhan Yang Maha Penyayang.. maka, kita juga jangan terlepas dari mengambil manfaatnya, insya Allah"..
adikku mengangguk, "alhamdulillah.. selain itu, apa lagi bang?"
aku tersenyum, "alhamdulillah.. adik ni tak sabar-sabar ya.."
adikku tersenyum..
aku meyambung, "setiap amal ibadah yang dilakukan di dalam 10 hari yang pertama di bulan Zulhijjah, ganjarannya akan dilipat gandakan sebanyak 700 kali ganda"
adikku terkejut, "ya ke bang.. kalau kita berzikir sekali, ibaratnya seperti 700 kali berzikir, begitu ke bang?"
aku tersenyum, "ya adikku, hal ini ada di dalam Sahih Bukhari.. kalau kita solah 1 rakaat di dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah, ibaratnya seperti 700 rakaat.."
adikku mengangguk, "alhamdulillah, patutlah ulama' dulu, sangat gembira bila masuk bulan zulhijjah ya bang?"
aku tersenyum, "ya adikku, orang yang beriman menyambut bulan yang mulia ini dengan amal ibadah kepada Allah, bukannya dengan mercun"..
adikku tersenyum..
aku menyambung, "mercun itu perkara yang sia-sia wahai adikku, atau seumpama dengannya.. sebaiknya, kita sambut ia, yakni pada malam 1 Zulhijjah, dan seterusnya sehingga 10 zulhijjah, atau seterusnya 1 bulan zulhijjah dengan amal ibadah kepada Allah S.W.T.. kan adik?"
adikku mengangguk..
aku tersenyum, "alhamdulillah, begitulah hebatnya bulan zulhijjah wahai adikku.. di mana Allah S.W.T memberi ganjaran yang hebat di bulan zulhijjah, maka rugi kalau kita tidak mengambilnya.. sudahlah kita ni tidak beramal sangat di bulan yang lain, takkan bulan Zulhijjah ni pun tak nak ambil.. ulama' Ahlul sunnah wal jamaah dulu, melihat bulan-bulan ini seperti melihat waktu perniagaan"..
adikku kehairanan, "melihat waktu perniagaan, maksud abang?"
aku tersenyum, "ya lah dik, kan perniagaan ni kadang-kadang ada waktu rugi, ada waktu untung.. contoh, ada suatu majlis di satu padang itu, ceramah politiklah katakan, maka para peniaga pasti akan membuat gerai-gerai, kenapa? sebab di situ adanya keuntungan yang lebih, pasti ramai yang membeli.. maka hal ini sama juga dengan amal ibadah.. waktu-waktu yang untung seperti 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini adalah waktu-waktu yang untung untuk beramal ibadah, ia dilipat gandakan sebanyak 700 kali dik, ibarat berniaga biasa, hanya dapat untung RM1 sahaja, tetapi bila berniaga pada waktu majlis yang penting, untungnya menjadi RM 700.. subhanallah, pemurahnya Allah S.W.T, kan dik?"
adikku mengangguk, "betul tu bang, kalau kita tak ambil manfaatnya lagi, tak tahulah"
aku tersenyum, "insya Allah, semoga kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah, dan mendapat setiap anugerah-Nya yang bernilai, amin ya rabbuna"..
adikku mengangguk..
wallahua'lam..
Ayuh kalian, kita kutip peluang keemasan di hari-hari 10 terawal bulan Zulhijjah ini dengan semaksima mungkin. Sekiranya kita hanya suka meraikan hari-hari Tahun Baru dan pesta-pesta perayaan yang lain, apa salahnya untuk kita pungut mutiara-mutiara yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya demi sebuah nikmat yang lebih besar dari keseronokkan dunia.
Jiwa Hamba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan