سم الله الرحمن الرحيم
Suasana malam yang sejuk menyelubungi sebuah rumah Allah,
Tidak ramai yang berada disitu,
kebanyakkannya sudah pulang selepas solah sunat witir,
diantara yang ramai itu kelihatannya seorang pemuda sedang duduk bersila di satu sudut,
Kelihatan dijarinya ada lilitan tasbih..
dan, bibirnya kelihatan bergerak-gerak seolah-olah mengalunkan zikir..
dan,
tiba-tiba datang huluran salam, "assalamualaikum"..terhenti bibir si pemuda tadi, jarinya yang dari tadi mengerakkan tasbih turut terhenti.. lalu berpaling si pemuda tadi ke arah huluran salam itu, "waalaikummusalam, oh adik rupanya"..
si adik yang memberi salam tadi, terus duduk di sebelah si pemuda itu, "abang, boleh saya duduk di sini"
si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, boleh saje"
si adik berkata, "abang, boleh berbual sekejap?"
si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, boleh, ada apa dik?"
si adik berkata, "abang, kita sekarang ni dah pun berada di akhir Ramadhan, kira-kira 11 hari saje lagi nak habis Ramadhan, leh bagi nasihat sikit kat adik ni, apa yang patut adik buat?"
kelihatanya sayu sahaja suara si adik ini ketika menuturkan bicaranya..
si pemuda itu tersenyum, "adik, ada 11 hari sahaja lagi, masih banyak tu, masih sempat untuk kita semua beramal ibadah kepada Allah, jangan sedih ya, insya Allah, manfaatkan sebaik-baiknya masa dan ruang yang ada ni, yang lepas, biarkan lepas, yang kini ni, kena fikirkan, kena manfaatkan, jangan ia seperti sebelum ini"
kelihatan bibir si adik tersenyum..
si pemuda itu meneruskan bicaranya, "alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dan masa kepada kita untuk memuliakan Ramadhan ini wahai adikku, manfaatkanya ruang dan masa ya adik, kena istiqomah segala amal ibadah kita dik..contohnya, andai sebelum ini, kita dah pun berzikir, teruskan berzikir..andai belum berzikir, cuba berzikir sedikit demi sedikit, mulai dengan "astaghfirullah" dan "subhanallahi wabihamdih"..kenapa?kerana kalimah-kalimah itu disukai Allah Subhanallahu wa Ta'ala..dimana ada hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim Radhiyallahu 'anhu, bahawa Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ada bersabda, yang bermaksud, "kalimah yang paling dicintai Allah adalah Subhanallahi wabihamdih"..insya Allah, semoga kita amalkan bersama ya..Andai kita mahu dicintai Allah, maka lakukanlah segala hal-hal yang boleh kita dicintai Allah Subhanahu wa Ta'ala..lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, sungguh luas pintu rahmat-Nya, pintu keampunan-Nya, pintu cinta-Nya..insya Allah"
si adik itu tersenyum, "alhamdulillah, tenang rasanya, terima kasih abang..insya Allah, adik cuba amalkan zikir itu, amal ibadah yang lain pun kena buat juga ya abang?"
si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, iya, amal ibadah lain pun kena buat, tapi buatlah sedikit demi sedikit, jangan buat dengan tergesa-gesa, kerana dibimbangi akan cepat hilang..seperti, ari ni terus sahaja berzikir 1000 kali istighfar contohnya, membaca al-Qur'an sampai 5 Juz misalnya, solah sunat witir sampai 11 rakaat misalnya, dan sebelum ni tak pernah buat pun, maka dibimbangi esok dah malas dah nak buat..maka, kita buat perlahan-lahan..sedikit demi sedikit..di mana, para ulama' ada menyebut : قَلِيْلٌ دَائِمٌ خَيْرٌ مِنْ كَثِيْرٍ مُنْقَطِعٍ
(yang bermaksud) : "sedikit yang berkekalan adalah lebih baik daripada banyak yang terputus-putus"
maka, jangan tergesa-gesa nak buat banyak, tetapi buatlah secara perlahan-lahan, tingkatkan amalan itu dari semasa ke semasa..andai nak solah sunat taubat, solah dua rakaat dahulu, kemudian esok, kalau nak tambah-tambahlah..insya Allah.."
si adik tersenyum, "alhamdulillah, begitu ya abang, jadi di malam terakhir ni adanya malam lailatur qadr ya abang, jadi kena istiqomah ya segala amalan ya?"
si pemuda itu tersenyum, "ya adikku, segala amalan itu kena istiqomah, sebab itu abang katakan kena buat sedikit demi sedikit, ia bermaksud kita mulakan dari awal lagi..sekarang ni ada 11 hari lagi, jadi bila ya lailatur qadar? itu bukan soalan yang perlu ditanya, tetapi yang perlu ditanya, apakah persediaan kita untuk mendapatkannya?maka, bermula pada detik ini, istiqomahkan segala amalan kita, jangan kurangkannya..jangan awal-awal, banyak, dan diakhirnya semakin kurang dan akhirnya tiada, itu tidak boleh begitu.. janji Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada mereka yang istiqomah adalah,
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
(yang bermaksud) : "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (yakni istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan : "janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan jannah (yakni Syurga yang mulia) yang telah dijanjikan Allah kepadamu"(surah Fussilat, ayat 30)
ayat ini menerangkan bahawa sesiapa yang beriman kepada Allah, lalu dia istiqomah pula terhadap apa yang dia ungkapkan, apa yang dia yakinkan, (seperti melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan hadirnya para malaikat ketika mana dia (sesiapa itu) nazak (yakni menjelang kematiannya), dan membisikkan ditelinganya, iaitu :
1. Janganlah kamu merasa takut..
si adik itu makin tersenyum, "alhamdulillah, begitu ya, kena bermula dari sekarang, insya Allah.. abang, contohnya kalau malam ni lailatur qadr, jadi apa yang adik perlu buat ya abang?"
si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, teruja ya adik, bagus, alhamdulillah..baiklah..
Sayyidatuna 'Aisyah Radhiyallahu 'anha pernah bertanya kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,"Ya Rasulullah, apabila aku mengetahui letaknya malam Lailatur Qadr, maka doa apakah yang hendak aku baca?"lalu, jawab ya habibi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,"Bacalah wahai 'Aisyah:

2. Janganlah kamu merasa sedih..
3. Bergembiralah kamu bahawa Syurga menunggumu..
3. Bergembiralah kamu bahawa Syurga menunggumu..
4. Kamilah pelindung-pelindungmu (yakni saksi) di dalam kehidupan duniamu dan akhiratmu..
lima, di dalam Syurga, kamu akan memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi apa yang kamu minta..
subhanallahi wabihamdih, seronoknya bagi mereka yang istiqomah di dalam mengenal Allah, di dalam mengerjakan segala amal ibadah kepada Allah, insya Allah, wallahua'lam.. jadi, apabila kita istiqomah, iaitu sentiasa beramal ibadah yakni bermula pada malam ini, detik ini, sehinggalah ke penghujung Ramadhan ini, insya Allah, kita akan memperolehi ni'mat dan rahmat yang Allah sediakan untuk kita yakni Lailatur Qadr, insya Allah, amin.."
subhanallahi wabihamdih, seronoknya bagi mereka yang istiqomah di dalam mengenal Allah, di dalam mengerjakan segala amal ibadah kepada Allah, insya Allah, wallahua'lam.. jadi, apabila kita istiqomah, iaitu sentiasa beramal ibadah yakni bermula pada malam ini, detik ini, sehinggalah ke penghujung Ramadhan ini, insya Allah, kita akan memperolehi ni'mat dan rahmat yang Allah sediakan untuk kita yakni Lailatur Qadr, insya Allah, amin.."
si adik itu makin tersenyum, "alhamdulillah, begitu ya, kena bermula dari sekarang, insya Allah.. abang, contohnya kalau malam ni lailatur qadr, jadi apa yang adik perlu buat ya abang?"
si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, teruja ya adik, bagus, alhamdulillah..baiklah..
Sayyidatuna 'Aisyah Radhiyallahu 'anha pernah bertanya kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,"Ya Rasulullah, apabila aku mengetahui letaknya malam Lailatur Qadr, maka doa apakah yang hendak aku baca?"lalu, jawab ya habibi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,"Bacalah wahai 'Aisyah:
,أللّهمّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفوَ فاعْفُ عَنّي
(yang bermaksud) : "ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai keampunan, maka ampunkanlah aku ya Allah"
insya Allah, amalkan ya.. dan, kita tak tahu bila Lailatur Qadr, maka amalkanlah doa ini bermula detik ini sehingga penghujung Ramadhan nanti, dan terlebih baik segala amalan itu terus terusan dilakukan sehingga ke penghujung usia kita..
dimana diriwayatkan oleh al-Imam Muslim Radhiyallahu 'anhu, bahawa seorang sahabat, Sofyan bin Abdullah pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "ya Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam, dengan ungkapan yang pendek tetapi padat maknya, sehingga aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain."lalu jawab Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,

قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
(yang bermaksud) : "katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah kamu istiqomah (dengannya)"
subhanallahi wabihamdih, sungguh tinggi hakikat istiqomah itu, maka teruskanlah amal ibadah kita, mulakan ya di malam ini, di detik ini, di bulan Mulia ini, dan teruskanlah ia di bulan-bulan yang lain, sehinggalah kita dijemput oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam keadaan kita tersenyum dan bahagia dengan segala jaminan Allah, masya Allah, sukanya kan kalau dapat macam tu"
si adik mengangguk, "alhamdulillah, mantap huraian abang ni, hehe, terima kasih ya abang, jadi apa yang adik dapat malam ni, kena belajar istiqomah dengan segala amal ibadah kita, kerana ia adalah senjata untuk kita dapat ni;mat dan rahmat Allah pada lailatur qadr dan juga kedudukan yang mulia di sisi Allah andai ia istiqomah dilakukan sehingga ke penghujung hayat kita, begitu ya abang?"
si pemuda tersenyum, "alhamdulillah, betul tu dik"
si adik tersenyum, "alhamdulillah, abang, rasa dah lewat ni, nak kena balik dulu, kan risau ibu dan ayah kat rumah pulak, tak balik-balik lagi malam-malam cam gini"
si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, iya, sampaikan salam kat ibu dan ayah ya"
si adik mengangguk dan berlalu pergi, "assalammualaikum abang"
si pemuda itu menjawab, "waalaikummusalam"
si adik terus berlalu meninggalkan masjid itu, dan si pemuda itu kelihatannya menyambung kembali gerakan jarinya pada tasbih itu..
wallahua'lam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan