Ukhwah Islamiyyah

Selasa, 9 Ogos 2011

Bonus Raya Vs Bonus Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, nampaknya kakitangan awam bakal menerima bonus (duit raya) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 seperti yang telah diumumkan PM dan bakal diterima pertengahan Ramadan nanti. Berita gembira juga buat pesara Kerajaan yang bakal menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500. (Sumber dan berita penuh dari sini)

Gunakanlah duit tersebut ke arah kebaikan dan bukannya ke jalan keburukan dan pembaziran. Tunaikanlah zakat, moga dengan bonus tersebut juga kita beroleh takwa seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183.


Bagimana pula dengan bonus yang tetap dijanjikan oleh Allah sedari dulu sehingga kini kepada umat Muhammad s.a.w. yang berpuasa???

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1:
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripad kesturi di sisi Allah.

Bonus 2:
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

Bonus 3:
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4:
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Bonus 5:
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."
(Riwayat Ahmad)

(Sumber dan info penuh dari Solusi Ramadan)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum jiwa hamba. suka betol sy dpt baca blog awk ni.. lme dh sy x bukak, igt kn x de dh.. hehe... awk ape kabar? dh jmp teman hidup ke? sory.. tertanya soalan terjah plk.. he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...