Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 3 Februari 2011

Sebab Ke Syurga - Tidak Percaya kepada Sial

سم الله الرحمن الرحيم

Bulan Safar untuk renungan

Artikel ini adalah kutipan yang dipetik dari kuliah Maghrib oleh ustaz Zawawi Yusof, yang disediakan oleh Abu Azzam al Yamani. Semoga maklumat ringkas mengenai bulan safar ini boleh kita kongsi bersama. Insyaallah

Adakah ada sial dalam bulan safar?
Dari Abu Hurairah r.a. Sabda Rasulullah s.a.w:

Tidak boleh berjangkit penyakit, tiada ada tiyarah, tidak boleh mempercayai haamah dan tiada sial dalam bulan safar dan larilah daripada kusta sebagai kamu lari daripada singa.

Bukhari dan Muslim

Syarah Hadis

  • La'adwa - tidak boleh menjangkitkan penyakit kepada orang
  • La tiyarah - tidak boleh mempercayai kesialan pada burung dan sebagainya
  • La haamah - tidak boleh mempercayai bahawa roh orang mati dibunuh akan datang sama ada dalam bentuk asalnya atau berubah menjadi burung untuk mencaci tuannya
  • La safar - tidak boleh mempercayai wujudnya sial dalam bulan safar

Kesimpulan Hadis

  • Tiada doa, solat, mandi khusus untuk menolak bala dalam bulan safar
  • Doa Rasulullah s.a.w menolak bala memang ada dalam hadis tapi bukan dalam bulan safar
  • Tidak menjadi satu kesalahan untuk melaksanakan walimah dalam bulan safar
  • Kepercayaan kepada wujudnya SIAL menjadi sebab untuk terhalang dalam kelompok 70 ribu yang akan dimasukkan syurga tanpa hisab
  • Suatu amalan mestilah bersumberkan kepada Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w
  • Adat dan tradisi boleh dipraktikkan selagi mana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan hadis
  • Tinggalkanlah adat yang khurafat dan berpegang teguhlah dengan petunjuk rabbani dan penuntun nabawi




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...