Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 12 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Sempena sambutan Maulidurrasul 15 Feb 2011M bersamaan 12 Rabiulawal 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul, Syukran Jazilan dan jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat pembaca blog Jiwa Hamba semoga amalan yang lalu diterima Allah.

Segala keampunan saya mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan saya membuatkan sahabat-sahabat rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama saya untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina untuk diri saya yang faqir ini.

Sempena perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1432 H / 2011 M kepada sahabat-sahabat saya serta seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

Semoga kita dapat menghayati sirah tentang perjuangan nabi kita Muhammad S.A.W. dan mengambil banyak iktibar tentang perjuagan beliau yang mengharungi berbagai cabaran -* (mostly beritahu pada diri saya sendiri) moga-moga kita dapat jadikan diri kita sebagai seorang insan cemerlang dari setiap sudut pekerti, minda, halatuju, kekeluargaan semoga dengan itu umat Islam di dunia ini akan menjadi satu umat yang terbilang dari segala segi.

Kecintaanmu kepada umat ini selalu engkau contohkan dalam sunnahmu ya Rasulullah, untuk menyelamatkan manusia dari kekufuran engkau korbankan apa saja, Ya Allah baginda Rasul tidak menuntut apa-apa dari pengorbanan beliau, beliau melakukan semua ini hanya ingin menyelamatkan manusia dari kekufuran, Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mencintai beliau hanya itulah cara terbaik umat ini untuk menyedari betapa cintanya
Rasul kepada kita….

Jiwa Hamba

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...