Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 22 Mac 2010

Kaitan Peristiwa 11 September 2001 Dengan Ayat Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Satu bukti yang menunjukkan mengenai kehebatan Al-Quran ditemui. Fakta ini ditemui oleh Dr. Zaghlul Najjar, seorang ulamak Mesir yang bijak di bidang sains dan pernah mengajar di Amerika Syarikat. Beliau kini telah bertugas di Arab Saudi. Ramai saintis Barat telah menganut agama Islam hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al-Quran. Kajian-kajian beliau seiring dengan kehebatan Syeikh Abdul Majid Zandani, seorang ulama dari Yaman.

Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu). Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:

Fakta Peristiwa 11 September 2001

Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9 (September)
Tahun: 2001

Fakta yang terdapat di dalam al-Quran

Ayat yang menceritakan tentang musuh-musuh Islam iaitu ayat 110 dari surah At-Taubah.

"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi punca kegelisahan dalam hati mereka kecuali jika hati mereka telah terpotong-potong. Dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana".

Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:

Ayat yang ke 110: (Bangunan WTC 110 tingkat)
Juzuk ke 11: (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke 9: (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke 2001: (kejadian berlaku pada 2001)

Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika Syarikat itu tidaklah pula kita ketahui. Oleh kerana ada persamaan fakta di antara keduanya, maka kita bolehlah mengambil iktibar bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja dan ini membuktikan salah satu mukjizat Al-Quran. Subhanallah.

1 ulasan:

Irwan Afendi berkata...

salam,
ingin saya bertnya..
apakah yg dimaksudkan "dengan huruf terakhir adalah huruf yg ke 2001"?

jzkk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...