Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 20 Mac 2010

Fakta Tentang Azan


بسم الله الرحمن الرحيم

Diriwayatkan
dari sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan bahawa kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai seorang yang beriman kita wajib menghormati azan. Jika lagu Kebangsaan negara berkumandang, kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, takutlah kepada larangan Allah yang mana lidahnya akan dikelukan ketika nazak.

Kita bimbang dengan kelunya lidah semasa ajal hampir tiba maka sudah tentu kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka.

Subhanallah...Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Kita mulakan dari Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 200 juta.

Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dan proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu setengah jam. Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bersambung pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang pula di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai Timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 setengah jam. Belumpun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu solat, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Bayangkan jika setiap kawasan di seluruh dunia boleh memasang pembesar suara yang kuat, akan bergegarlah satu dunia dengan laungan azan yang tidak putus-putus. Allahu Akbar!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...