Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 19 Mei 2012

Sebuah Perjalanan Yang Pasti

بسم الله الرحمن الرحيم

LIKU-LIKU PERJALANAN ALAM MANUSIA

Sebanyak mana dunia yang dicari?, tidak akan habisnya,
marilah tingkatkan bekalan amalan kita,
menuju destinasi kerana mati memang pasti menghampiri!


(klik pada gambar untuk besarkan)


Khamis, 17 Mei 2012

Doa Rasulullah yang tidak popular di zaman ini

بسم الله الرحمن الرحيم


Tidak ada orang mahu miskin. Semua mahu kaya, mahu rezekinya murah, mahu hidupnya mewah, mahu urusan duniawinya dipermudahkan. Tidak ada yang mahu miskin, kekurangan, apalagi melarat.

Semua mahu hidup senang di dunia, mewah dan berlebihan tanpa memikirkan apa yang menimpa terhadap dirinya dari kekayaan yang diberikan kepadanya. 


Malah sebahagian dari mereka berusaha agar boleh kaya dengan cara apapun. Dengan cara halal atau dengan cara haram. Semua cara dilakukan, yang penting boleh kaya dan mendapat duit.

Banyak sekali do'a-do'a yang diajarkan Nabi kita Muhammad saw agar boleh dapat kekayaan, murah rezeki dan hidup senang, diantaranya yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad al Qurtubi dalam tafsirnya yang menulis bahawa kebaikan di dunia sangat luas mencakupi diantaranya: 


Kesihatan, isteri yang soleh, anak dan keturunan, ilmu, ibadah dan pula harta benda dan kekayaan. Ini semua termasuk dalam kategori kenikmatan duniawi.

Di lain ayat Allah berfirman "Dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi". (Al-Qashash 77)


Di samping do'a-do'a yang diajarkan untuk rezeki murah, ada pula do'a-do'a yang tidak popular di zaman ini yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan

"Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin".


Doa diatas tadi jarang sekali dibaca tapi memang itu kenyataan doa yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan.

Suatu ketika Rasulullah pernah ditanya tentang syurga dan ahlinya, beliau menjelaskan bahAwa penghuni yang paling ramai di syurga adalah orang miskin. Yang dimaksud di sini tentu bukan semua orang miskin masuk syurga. akan tetapi kebanyakan penghuni surga adalah orang miskin yang sabar, soleh, taat kepada Allah dan banyak beribadah.

Miskin. Siapa suka miskin? Semua lari dari kemiskinan dan takut miskin. Ini kenyataan hidup sekarang ini. Tidak ada orang ingin hidup miskin. Bercadang ingin jadi miskin, bermimpi jadi orang miskin atau bertemu dengan kemiskinan atau kesusahan sahaja sama sekali tidak dibayangkan.

Tapi kalau kita teliti dengan saksama memang itulah kenyataan sebahagian falsafah hidup yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Dan baginda sendiri ternyata hidup dalam keadaan miskin. Ketika beliau wafat, tidak ada harta yang diwariskan untuk keluarganya dan diketahui baju besinya masih tergadai pula. Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam gaya hidup seperti baginda itu ?

Begitu pula para sahabat Nabi kebanyakannya mereka hidup dalam kekurangan dan kemiskinan. Hidup berlebihan atau kaya sangat jarang kita dapatkan dalam kisah kehidupan para sahabat Rasulullah. Ada diantara mereka yang kaya seperti Usman bin Affan dan Abdurahman bin Auf, tapi mereka pun berusaha menginfa'kan dan rela mengeluarkan hartanya ke jalan Allah agar jadi miskin.

Imam besar Ali RA hidup miskin dan serba kekurangan. Malah setelah berkahwin dengan Fatimah binti Rasullah beliau tidak mampu mengambil seorang pembantu. 


Ketika isterinya, Fatimah, datang kepada ayahnya minta kepada beliau seorang pembantu. Rasulullah pun berkata "Wahai anakku bersabarlah. Sesungguhnya sebaik baiknya wanita adalah yang bermanfaat bagi keluarganya"

Contoh lainnya, pernah satu ketika Rasulallah SAW datang menziarahi ke rumah anaknya, Fatimah. Ketika beliau melihat anaknya mengenakan subang dan rantai diperbuat dari perak, begitu pula beliau melihat selak pintu rumahnya diperbuat dari bahan sejenis perak, Rasulullah segera keluar dari rumahnya dan kelihatan tanda tanda kemarahan di wajah beliau. Beliau naik ke atas mimbar.

Fatimah pun mengetahui maksud kemarahan ayahnya. Maka ditanggalkan subang, rantai dan selak pintu yang terbuat dari perak dan segera diserahkannya kepada Nabi di atas mimbar seraya berkata "Jadikanlah semua ini di jalan Allah, ya abati".
Ya Allah Ya Robb, adakah lagi perempuan perempuan sehebat Fatimah RA di zaman ini ??

Wahai kaum muslimin, seandainya dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, maka tidak ada seorang orang kafir diberi minum setitis pun"

Jadi, mengapa Rasulullah SAW mengajarkan doa jadi miskin? Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam doa dan contoh yang beliau berikan ?

Orang kaya yang hanya memikirkan diri sendiri, serakah, tamak, dan kedekut, orang semacam ini dikategorikan orang kaya tapi berjiwa miskin. Sebaliknya orang miskin yang menerima nasib, bersabar, tabah dengan segala musibah yang menimpah dirinya, dan redha serta bersyukur dengan apa yang telah diberikan Allah, ia adalah orang miskin berjiwa kaya.

Rabu, 16 Mei 2012

Siapa Kita Disisi Allah


بسم الله الرحمن الرحيم


Ada orang yang disukai banyak orang, ada orang yang dibenci banyak orang, ada yang dikenal banyak orang (idola), ada yang tidak dikenal seorang pun.

Ada yang selalu dipuji oleh banyak orang, ada yang selalu diumpat dan dicaci orang banyak.

Kita sedih apabila ada yang membenci diri kita, kita sedih apabila kita sendirian, tiada teman disisi. Kita senang bila banyak kawan disisi kita, kita gembira bila dipuji dan dipuja, disebut-sebut segala kebaikan kita.

Inikah manusia termasuk diri ini? bergelimang dengan kelalaian dan kealpaan? Pernahkan kita berfikir apa tanggapan Allah kepada kita?

Ketika kita menunda-nunda waktu solat, ketika kita terlambat solat subuh, ketika kita melewatkan waktu sepertiga malam dengan perkara yang sia-sia. Bila kita terjepit kesulitan, kita mendesak Allah untuk segera mengabulkan doa kita, dan ketika kita mendapat rezeki berlimpah ruah, tiada ucapan terima kasih dan syukur pada-Nya.

Kita terlalu sensitif dan mengambil berat apa yang manusia lain nilai tentang diri kita, sedangkan penilaian Allah, kita abaikan dan sia-sia kan.

Kita tahu, walau bagai mana besar darjat didunia ini, suatu hari nanti pasti kembali ke perut bumi. Kita tahu, bahwa bermegah-megahan dan melakukan maksiat dibumi ini, suatu hari nanti pasti diazab dalam perut bumi.

Kita tahu, walau banyak manapun tertawa di muka bumi ini, suatu haru nanti akan menangis diperut bumi. Kita tahu, bahwa memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuh pasti akan menjadi makanan ulat.

Kita tahu, berapapun banyaknya harta yang kita kumpulkan, satu hari nanti akan musnah jua harta itu.

Kita tahu, walau berapapun lampu yang kita gunakan ber watt-watt kekuatanya, agar menjadi penerang dalam rumah kita, satu hari nanti kita akan tetap hidup dalam gelap gelita di perut bumi.

Kita tahu, betapapun berlagak dan bertakabur diatas muka bumi ini, satu hari nanti akan tetap dihina dalam perut bumi.

Kita tahu, berapapun banyaknya sahabat yang kita miliki dimuka bumi ini, satu hari nanti pasti akan sendirian dalam perut bumi

KITA TAHU, WALAU SADAR HATI MEMBACA TULISAN INI, tak mudah untuk MERUBAH DIRI. Lalu, mari kita jawab, Siapa Kita Disisi ALLAH?


Dinukil dari kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang-orang Yang Lalai):

Siapa yang pagi-pagi sudah memikirkan dunia, maka dia pagi-pagi telah murka Allah kepadanya.

Siapa yang mengeluh kerana ditimpa musibah, maka dia mengeluhkan Tuhannya.

Siapa yang tidak hirau dari mana datangnya rezekinya, maka Allah tidak hirau dari pintu mana dia akan masuk neraka.

Sesiapa yang berbuat dosa sambil ketawa dia akan masuk neraka sambil menangis.

Sesiapa yang sibuk memuaskan nafsu syahwat semata-mata, maka Allah akan mencabut daripada hatinya takut akan akhirat.

Sesiapa yang merendah kepada orang kaya kerana kayanya, maka selalu terbayang di ruang matanya kemiskinannya.

Pedih bukan, bila mengenangkan sejauh manakah reputasi kita sebagai seorang 'hamba' disisi Tuhan kita? Namun ramai sekali manusia di dunia ini tidak merasa apa-apa pun dan ada juga yang terlupa langsung untuk menilik-nilik kedudukan dan melakukan semakan terhadap tahap prestasi sendiri di sisi Allah SWT.

Bagaimana cara mengukurnya?

Jikalau kita hendak mengetahui sejauh mana kita di sisi Allah, lihatlah kepada sejauh mana Allah di sisi kita. Allah SWT berfirman: "Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu."

Jadi, sejauh mana kita mengingati Allah, selama itulah Allah mengingati kita. Apabila kita ambil peduli pada Allah, Allah akan peduli pada kita. Bila kita bergantung harap padaNya, Dia akan membantu kita. Bila kita cinta padaNya, Dia akan menyintai kita. Bila kita takut padaNya, Dia akan melindungi kita.

Dan, bagaimana kita mati nanti adalah bergantung kepada bagaimana hidupnya kita. Kalau semasa hidup kita sering mengingati dan menyebut nama Allah, demikianlah pada saat-saat kematian nanti. Jangan pula apabila tiba saat itu, kata-kata dan ingatan tidak baik yang menerjah dan terzahir keluar dari diri kita lantaran ketika hidup dahulu kita ini jenis yang tidak pedulikan Tuhan!

Na'uzubillahi min zalik.

Isnin, 14 Mei 2012

Ahad, 13 Mei 2012

Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus Di Masjid As Salam Puchong Perdana dan Masjid Negeri Selangor Pada 26 dan 27 Mei 2012 Jam 8.00 - 10.00 Malam.

بسم الله الرحمن الرحيم







AUDIT PRESTASI DAN DIDIK DIRI

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini manusia begitu teruja dengan audit. Audit kewangan, audit prestasi kerja dan macam-macam lagi. Daripada audit, barulah dapat dikesan kelemahan dan puncanya. Seterusnya langkah pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan. Ini budaya yang bagus! Orang Islam seharusnya sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Bagaimana pula dengan audit diri? Sejauh mana usaha yang kita lakukan dalam mendidik diri? Sudahkah dikesan kesilapan untuk dibetulkan, atau kelemahan untuk diperbaiki? Jom, sama-sama kita lakukan audit prestasi didik diri!

PANDUAN: Penyataan di bawah berkaitan tanggapan anda tentang usaha mendidik diri. Nilai tahap usaha anda, berdasarkan skala berikut:

1.  Tidak berkaitan langsung  2. Kurang berkaitan 
3. Lebih kurang  4. Agak berkaitan 5. Sangat berkaitan  

SOALAN:
1-Saya sentiasa berasa bersyukur dan teringat bahawa setiap perkara yang diperolehi nikmat Allah.[___]
2-Saya tidak keberatan untuk menolong  apabila ada orang memerlukan bantuan.[___]
3-Setiap perkara yang akan dilakukan, saya sentiasa ikhlaskan niat kerana Allah.[___]
4-Saya sentiasa memohon ampun dan taubat kepada Allah.[___]
5-Setiap kali berlaku perkara yang tidak diingini, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya bersabar.[___]
6-Setiap kali berfikir untuk melakukan perkara yang tidak baik, saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa Allah sentiasa memerhati.[___]
7-Setiap kali keluar rumah, saya tidak lupa untuk bertawakal kepada Allah.[___]
8-Saya sentiasa memulakan salam ketika bertemu, baik kepada orang yang dikenali atau tidak dikenali.[___]
9-Saya ada satu amalan baik(contoh:sedekah RM1.00 setiap hari), biarpun kecil tetapi saya tidak pernah lupa untuk melakukannya.[___]
10-Setiap kali terlintas untuk melakukan satu kebaikan, saya akan segera berusaha sehingga berhasil.[___]
11-Setiap kali melihat orang yang tidak bernasib baik, saya sentiasa berasa kasihan dan ingin menolongnya.[___]
12-Saya sentiasa mengaitkan setiap perkara yang saya lakukan, biarlah ada saham untuk saya di akhirat nanti.[___]
13-Saya berjanji akan menjaga ibu bapa saya sebaik-baiknya apabila mereka tua nanti.[___]
14-Rahsia kawan sentiasa saya simpan, aib mereka sentiasa saya tutup dan maruah mereka sentiasa saya jaga.[___]
15-Saya sentiasa berusaha mencari ilmu. Ada sahaja buku baru yang akan dibaca, tazkirah yang akan didengari  dan program ilmmu yang akan dihadiri.[___]
16-Saya sentiasa cuba mengajak orang disekeliling saya untuk melakukan kebaikan.[___]
17-Saya ingin dekat kepada Allah dan sentiasa berusaha ke arah itu.[___]
18-Saya sentiasa sedar setiap kali melakukan satu-satu dosa atau kesalahan.[___]
19-Saya sentiasa ingatkan diri supaya merendah diri.[___]
20-Saya sentiasa berusaha memperbaiki akhlak saya dari  semasa ke semasa.[___]
Totalkan semua mata yang ada perolehi.

KESIMPULAN:

20 KEBAWAH- AMAT MEMBIMBANGKAN
Anda mungkin tidak memberi perhatian langsung dalam soal mendidik diri sebelum ini. Jadikan kebimbangan ini sebagai pencetus kepada perubahan.

21 HINGGA 59- MEMBIMBANGKAN
Diri anda begitu mudah dipengaruhi. Boleh jadi baik dan jahat pada bila-bila masa. Ambillah kesempatan pada diri anda yang mudah terpengaruh ini dengan mendekati ilmu dan orang berilmu.

60 HINGGA 79- USAH BERPUAS HATI
Ada perkara boleh dibuat biasa-biasa sahaja, tetapi tidak dalam soal mendidik diri. Selagi hayat dikandung badan, teruskan usaha mendidik diri.

80 HINGGA 89-TERUSKAN USAHA
Sebahagian besar diri anda sudah dididik dengan sebaiknya. Namun kekalkan keazaman dan tingkatkan usaha dalam mendidik diri menjadi lebih baik. Seorang Mukmin tidak akan berpuas hati dalam berbuat baik.

90 HINGGA 100- ALHAMDULILLAH
Diri anda boleh dikatakan sudah terdidik. Namun syaitan tidak pernah putus asa untuk membiadabkan kita. Berwaspadalah! Mungkin syaitan sedang menjerat anda dengan jeratan ujub, “baiknya aku.!”

-Ujian ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada aspek diri yang perlu dididik. Untuk panduan didik diri yang lebih menyeluruh, bolehlah merujuk kitab Riyad al-Salihin, susunan Iman al-Nawawi. Lakukan audit ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Didiklah diri, Insya-Allah syurga Allah akan menanti-

sumber: majalah al-Ustaz

Sabtu, 12 Mei 2012

Keadaan Hati Dan Ubatnya

بسم الله الرحمن الرحيم


Rasulullah s.a.w berpesan kepada Abdullah bin Umar : "Jadikanlah (hidupmu) di dunia ibarat seorang tamu atau pengembara yang sedang singgah di tengah perjalanan." (Riwayat Bukhari)..

Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar..Ubat bagi penyakit ini ialah kesabaran.

Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, ...lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

Rabu, 9 Mei 2012

Allah Memberikan Apa Yang Kita Perlu

بسم الله الرحمن الرحيم


Kita selalu fokus kepada apa yang kita mahu, dan berdoa kepada Allah agar diberikan apa yang kita inginkan. Apabila Allah belum makbulkan, yakinlah bahawa Dia lebih tahu. Sesungguhnya, Dia memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, sekalipun kita sering meminta apa yang kita mahukan.

Kita inginkan kesihatan yang berpanjangan. Namun, jika kesakitan itu lebih kita perlukan agar kita kembali ingat kepada Allah, maka Dia akan mendatangkan kesakitan. Kita mahukan kekayaan. Jika kekayaan itu buruk bagi kita dan membuatkan kita lupa kepada-Nya, maka Dia mendatangkan pula kesusahan. Sebagai seorang hamba, begitulah kita seharusnya menyikapi ketentuan Allah.


"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)

Betapapun anak kecil meraung-raung meminta agar ibubapanya menunaikan sesuatu yang sangat ia inginkan, ibubapa takkan menunaikannya jika ternyata ia berbahaya dan tidak mendatangkan manfaat. Sebaliknya, ibubapa akan memberikan kepada anak mereka apa yang ia perlukan. Apatah lagi kita sebagai hamba. Jauhnya kita daripada pengetahuan Allah tentang diri kita. Dia bahkan paling tahu apa yang kita perlukan, sekalipun kita merintih-rintih memohon kehendak kita ditunaikan.

Jika doa kita belum dimakbulkan, yakinlah bahawa Allah tidak akan menzalimi. Bahkan rasakanlah di dalam hati, bahawa Allah sangat mencintai melihat kita merintih kepada-Nya. Mungkin yang diperlukan oleh kita adalah saat-saat merintih tersebut, berbanding apa yang kita pohon dalam rintihan. Ketika kita merintih, kita begitu dekat dengan Dia. Mungkin tatkala Dia menunaikan apa yang kita pinta, kita semakin menjauh. Na'udzubillah.

Saya ingin mengajak kita berfikir tentang hadith ke 19 daripada kitab Hadith 40: "Jagalah Allah, Allah pasti menjaga kamu", begitulah pesan Rasulullah SAW. Tunaikan hak Allah, pasti Allah menunaikan hakmu. "Apabila kamu memohon sesuatu, mohonlah kepada Allah, apabila kamu meminta tolong, minta tolonglah kepada Allah", demikian pesan Rasulullah lagi. Tidak ada yang dapat menyempurnakan keperluan kita selain Allah. Dia lebih tahu tentang kita lebih daripada apa yang kita tahu tentang diri sendiri. Maka mengapa kita masih ragu-ragu akan apa yang Allah tetapkan untuk kita?

Bila Allah mencintai kita, Dia akan memberikan apa yang kita perlu. Boleh jadi apabila kita mendapatkan sesuatu yang kita minta, kita menjadi makhluk yang semakin sesat dan melupakan Allah. Bila Allah tidak memberikan apa yang kita minta, bersabarlah. Bahkan, bergembiralah kerana di sana ada CINTA-NYA!


Ketika Allah rindu pada hambaNya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi Allah berfirman: " Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah b'bagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya " ( HR Thabrani dari Abu Umamah )

Selasa, 8 Mei 2012

Yakin! Di sisi kita : ALLAH SWT

بسم الله الرحمن الرحيم


Iman itu indah
andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat.

Islam itu indah
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya
dan menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.

Teman itu mulia
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepadaNya dengan benar.

Wanita itu cantik
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,
menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda..

Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.

Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.

Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya..

Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...

Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah tenanglah

Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...


sumber: halaqah.net

Isnin, 7 Mei 2012

Berjaya: Penilaian Siapakah Yang Kita Utamakan?


بسم الله الرحمن الرحيم


“Beruntunglah badan.  Wajahnya cantik, dipujai ramai pula!”

“Hebat sungguh dia.  Sudah pakai kereta BMW…!”

“Kau dah tengok rumah dia?  Dahsyat!  Besar betul rumah dia.  Bangga aku jadi kawan dia!”

“Kau nak tahu tak, gaji dia sekarang sudah 5 angka!  Pangkat besar dia sekarang ni.  Berjaya betul dia!”

“Bahagia betul dia tu kan.  Asyik melancong je.  Tiga bulan lepas ke Australia.  Minggu lepas ke London pula”

Begitulah penilaian manusia kepada manusia lain.  Hebat, berjaya atau beruntungnya seseorang semuanya dinilai pada rupa, wang, pangkat dan harta.  

Makin cantik rupa, makin banyak wang, makin tinggi pangkat dan makin melimpah harta, maka berjayalah seseorang itu pada pandangan manusia.  Jika tidak mempunyai salah satu darinya, maka akan dinilailah seseorang itu sebagai orang yang rugi dan tidak berjaya.  Itulah kejayaan definisi kebanyakan manusia.

Penilaian ALLAH `Azza wa Jalla yang merupakan TUHAN yang mentadbir dan memiliki alam seluruhnya ini tidak begitu.  ALLAH menilai manusia bukan kepada rupa, wang, pangkat atau harta.  DIA, TUHAN Yang Maha Agung menilai manusia berdasarkan iman, amalan dan taqwa yang dipunyai oleh seseorang manusia itu.

Ciri-ciri orang yang berjaya dan beruntung di sisi ALLAH telah disenaraikan di dalam al-Quran dalam banyak ayat.  Antaranya ialah di dalam surah al-Baqarah, ayat 2-5.  Di dalam ayat tersebut, ALLAH mencirikan orang yang berada di atas jalan hidayah ALLAH dan berjaya ialah orang-orang yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan dan petunjuk.  Merekalah orang-orang yang bertaqwa, iaitu yang beriman dengan sungguh-sungguh dengan hal yang ghaib, mendirikan solat, menginfaqkan sebahagian kurniaan yang telah ALLAH berikan, beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam serta apa yang diturunkan kepada para nabi sebelum Baginda.  Mereka juga sangat-sangat yakin dengan adanya kehidupan dan pembalasan Hari Akhirat lalu berusaha mendapat balasan yang baik pada hari tersebut.

Di dalam surah al-Mukminun ayat 1-11 pula, tersenarai lagi beberapa ciri orang-orang yang berjaya untuk kita lekatkan pada diri kita.  Mereka yang berjaya ialah orang-orang yang beriman yang khusyuk di dalam solatnya, yang menjauhkan diri mereka dari perkara-perkara yang tidak berguna, yang menunaikan zakat, yang menjaga kemaluannya, yang menjaga amanah dan janjinya serta orang-orang yang menjaga solatnya.

Orang yang khusyuk dan menjaga solat adalah antara ciri orang yang berjaya pada pandangan ALLAH.
Orang-orang mukmin yang menyeru kepada kebaikan, yang menyuruh kepada hal-hal yang ma`ruf dan yang mencegah dari perkara-perkara yang mungkar juga termasuk di dalam orang-orang yang berjaya.  Hal ini telah disebut oleh ALLAH Jalla wa A`la di dalam ayat 104 dari surah ali-`Imran.

Surah al-A`la dan asy-Syams pula menyebut orang yang beruntung pada pandangan ALLAH ialah orang-orang yang menyucikan jiwanya dengan beriman bersungguh-sungguh kepada ALLAH.

Dan di dalam surah yang biasa kita baca iaitu surah al-`Asr, ALLAH `Azza wa Jalla telah menyebut semua makhluq yang dinamakan manusia berada di dalam kerugian.  Ya, semua dalam kerugian.  Yang tidak rugi ialah manusia yang beriman kepada ALLAH, yang beramal dengan amalan yang soleh, yang nasihat-menasihati dengan kebenaran dan juga supaya tetap dalam kesabaran.

Nah, itulah antara ciri-ciri orang yang berjaya dan beruntung yang telah disebut oleh ALLAH Ta`ala di dalam al-Quran.  Cuba bandingkan dengan kayu ukur penilaian-penilaian manusia.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah adakah selama ini kita pernah menitik beratkan penilaian ALLAH dalam menilai diri kita?  Atau adakah selama ini kita terperangkap dengan penilaian manusia lalu berlumba-lumba menaikkan nilai rupa, wang, pangkat dan harta untuk dinilai berjaya pada sisi pandangan manusia?

Penilaian siapakah yang sepatutnya kita kejar dan utamakan?

Terpulanglah kepada masing-masing.  Kerana kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan kita.  Pada Hari Akhirat nanti kita masing-masing akan dibangunkan untuk dihisab terhadap semua perbuatan kita ketika hidup di dunia.

Jika keberjayaan dan keberuntungan pada pandangan manusia yang kita kejar selama hidup di dunia, maka nasib kita akan diserahkan kepada manusia-manusia itu pada Hari Akhirat nanti.  Bagaimana nasib akhir kita?  Fikirlah sendiri!

Manakala jika keberjayaan dan keberuntungan pada pandangan ALLAH yang kita kejar selama hidup di dunia yang sementara ini, maka nasib kita akan diserahkan kepada ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.  Dan sebaik-baik diserahkan urusan kita ialah kepada ALLAH `Azza wa Jalla!
ALLAHU A`LAM.

oleh: Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com

Sabtu, 5 Mei 2012

Mat Rempit Insaf Selepas Mendengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus


Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu
(Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)
Sebagai MAT REMPIT berjaya…aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek (minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA (hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.
SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang…apatah lagi nok GI surau bala atau majlis ilmu.. JAUH…Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende (buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa…tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..
Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik.. Ayoh aku sengelen (sengaja) pasang kuat…nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau (padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan…jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR…
” Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,, jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r..”
satu agi..
“Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH…tapi dengan syarat…mung letok ayah orang puan tu tengoh2…”HAHA
Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara.. JAHAT…dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT…Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO (beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh…tapi kene semayang…kene gi sura bala ( surau dan balai).. BULEH TAHAN GOK USTAZ NI.. lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM.. aku jadi ketagih.. Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2…aku bluetooth.. letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo).
Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku…Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu…Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)…batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu…aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh…sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa…
Hok paling aku suke…awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) …siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku…sebab aku kate ker dyer…lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r.. jangan jupe tempat tak dop orang…sebab mung nok uat bini kam…kene jage r MARUAH bakal bini mung…InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia…jeput mari belake neh…rumah depan Keda Sabasun..hahaha
GituLA serba sedikit kisoh aku…PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat.. bayangkan pok sedare aku ( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar…kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar…siap dapat kawin dengan ustazah agi…dapat pulop kerje sedap…BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA’…berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario (sekadar sebut beberapa nama)…akhir kata..JOM GI KULIAH…kikikiki…
dop seke pando gok aku uat karangan…spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..
Ya Allah Ya Tuhanku…banyok dosaku PadaMu ya Allah…Aku Mohon Keampunanpu YaAllah…Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini…setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah…Matikanlah aku dalam iman…AMIN (mohon sahabat doakan)
sumber: pascawanganpulaukerengga.blogspot.com

Khamis, 3 Mei 2012

Punca Masalah Ialah Tidak Kenal Tuhan Dan PerananNya

بسم الله الرحمن الرحيم
 

Ada masalah di dalam kehidupan
bukanlah satu masalah
Masalah memang sudah menjadi Sunnatullah
di dalam kehidupan di kalangan insan
yang menjadi masalah, bukan masalah itu
tetapi yang jadi masalah
orang tidak tahu peranan Tuhan

Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya
Itulah yang sebenarnya masalah
Jadi sudah jadi 2 masalah
yang bukan masalah jadi masalah
yang masalah memanglah masalah
Apabila tidak kenal peranan Tuhan
masalah itu memanglah jadi masalah

Dua kali masalah
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah
kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah
Kalaulah masalah itu adalah masalah
Rasul, Nabi, Tuhan tidak akan
timpakan mereka masalah
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah
kepada kekasih-Nya
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah
kerana itulah mereka ditimpakan masalah

Pada mereka masalah itu adalah ibadah
Masalah itu adalah pahala dan Syurga
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah
Kerana itulah maslah itu
mereka tidak jadikan masalah
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah
Dengan masalah, rasa kehambaan mereka bertambah
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka
Pangkat dan darjat di dalam Syurga

Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-
bagai masalah
Tuhan bertambah cinta kepada mereka
Dengan masalah, yang mereka anggap
Bukan masalah tetapi ibadah
Maha Suci Tuhan daripada menyiksa kekasih-kekasih- Nya
Orang yang bodoh sahaja
yang tidak faham kerja-kerja Allah
Pada Tuhan maslah yang ditimpakan
kepda keksih-kekasihnYa
bukanlah masalah
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja
mereka bermasalah
dengan maslah-masalah itulah
mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga
Sungguh pelik kerja Tuhan
payah hendak difaham oleh orang biasa

artikel: http://cahayamukmin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...