Ukhwah Islamiyyah

Jumaat, 1 Mac 2013

AL FATIHAH UNTUK MEREKA YANG GUGUR - LAHAD DATU

Sumber gambar: kingofgoblok.blogspot.com



































1. Akhirnya pasukan keselamatan negara menggempur tentera Kesultanan Sulu pagi ini, bersamaan hari Jumaat, hari yang paling mulia dalam kalender Islam.

2. Tembakan pertama dilepaskan tepat jam 11.10 pagi.

3. Jumlah kematian di kalangan askar Kesultanan Sulu mungkin ramai (10) orang dan dikalangan pasukan keselamatan, dua anggota dari pasukan polis terbunuh (MUNGKIN 4 POLIS)….200 pengikut sultan sulu menyerah diri.

4. Kematian di kalangan polis dan orang-orang Sulu ini saya sambut dengan rasa sedih kerana manusia hilang nyawa dan darah tertumpah.

5. Wajarkan kita menyalahkan pasukan keselamatan negara, sudah tentu tidak kerana mereka telah diberi ruang, dipujuk dan dilayan dengan baik supaya keluar dari kawasan kubu mereka sebelum menghadapi tindakan undang-undang.

8. Mungkin ramai yang berasa puas hati kerana penceroboh ini sudah diserbu tetapi apa yang mereka tidak nampak, akan ada lebih banyak darah ditumpahkan selepas ini.

9. Saya sengaja tidak mahu update perkara-perkara yang berlaku semasa kepungan ini kerana banyak perkhabaran yang kebenarannya saya tidak dapat hendak dipastikan.

10. Yang paling saya berasa sedih, majoriti umat Islam dari pembacaan saya dalam Facebook, forum dan blog-blog tempatan mahu penceroboh ini dibunuh..

11. Tetapi berapa ramai pula yang mengkaji isu-isu luar dan bakal berbangkit dari insiden ini? 

PEPERANGAN DARI SUDUT ISLAM 

12. Berapa ramai pula yang mengkaji hukum dan syarat peperangan dalam Islam?

13. Antara yang saya pelajari… musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

14. Pesalah atau musuh negara diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika engkar…hukuman yang keras-sekerasnya akan dijatuhkan.

15. Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.

16. Soal peperangan itu sendiri, adakah ia mendapat sokongan rakyat atau tidak?

PATUTKAH ORANG-ORANG SULU INI DIPERANGI? 

17. Jika ditanya pada saya…sewajarnya memang YA kerana amaran dan nasihat sudah dikeluarkan. 

18. Sudah jelas kerajaan melalui agensi pasukan keselamatan biasanya akan memberi amaran dan nasihat sebelum tindakan keras dibuat dan ini sudah wujud sejak dari dahulu lagi, bermula dari Memali, Sauk, perhimpunan haram sehinggalah ke insiden di Lahad Datu.

SITUASI DI LAHAD DATU SEKARANG INI. 

19. Saya tidak pasti jika darurat sudah diistiharkan di Lahad Datu atau tidak.

20. Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang hari ini (1 Mac).

21. Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 3 hari lepas.

22. Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”. 

23. Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat dan mereka yang hendak menggunakan laluan udara terpaksa pergi ke Tawau. 

24. Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikuasai pasukan tentera. 

25. Berlaku penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sudah bertambah sejak beberapa minggu lepas.

26. Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan kembali pelajar-pelajar ke sekolah di kawasan sekitar akan dibuat secara berperingkat.

kredit: http://militaryofmalaysia.net

1 ulasan:

Srikandi permata berkata...

Allahurabbi..macam2 keadaan sekarang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...