Ukhwah Islamiyyah

Ahad, 20 Januari 2013

Alkisah sebotol ubat…


Setelah berkahwin 20 tahun, akhirnya sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata.

Anak lelaki itu menjadi fokus kehidupan Pak Jamal dan Kak Ros Hitam.

Satu hari, ketika Musa berusia dua tahun, Pak Jamal terlihat sebotal ubat tidak tertutup di atas meja.

Oleh kerana Pak Jamal sudah terlewat dengan kerja, Pak Jamal memesan isterinya untuk menutup botol ubat tersebut dan meletakkan kembali ke dalam almari.

Kak Ros Hitam yang sibuk dengan kerja-kerja rumahtangga terlupa akan pesanan suaminya.

Musa melihat botol itu dan tertarik dengan warna ubat telah mengambil botol itu dan minum semua ubat. 

Ubat itu berupa racun dan hanya boleh dimakan orang dewasa pada kadar yang kecil.

Musa pengsan, Kok Ros Hitam menjadi panik dan terus memandu kereta melanggar pagar rumah terus ke hospital.

Setiba di hospital, muka Musa amat keputihan, anaknya sudah berada dalam keadaan koma.

Kak Ros Hitam tersangat terkejut dan takut. Bagaimana saya nak menghadapi suami saya?

Pak Jamal yang sayu tiba di hospital melihat anaknya sedang diselamatkan di dalam bilik pembedahan.

Pak Jamal melihat Kak Ros Hitam yang penuh dengan air mata dan ketakutan.

Sebelum Kak Ros Hitam ingin menjelaskan apa-apa, Pak Jamal terus memeluknya dan berkata, “Abang sayang Ros,” sambil mencium dahinya.

Kak Ros Hitam terkejut dengan sikap suaminya yang tidak berang kerana kecuaiannya tidak menutup ubat botal seperti yang disuruh.

“Ayang yang salah. Abang salahkan sayang saja. Ayang lupa pesan abang tutup botol ubat. Sekarang ayang rasa amat menyesal dan bersalah menangguhkan kerja,” kata Kak Ros Hitam yang mengharapkan suaminya memarahinya supaya dia boleh merasa lega atas kesilapannya.

“Ayang. Anak kita di dalam koma. Tak guna kita mencari siapa yang salah. Kalau abang tadi ambil masa 30 saat untuk tutup semula botol ubat tadi, semua ini pun tak akan terjadi. Tiada gunanya mencari siapa silap apabila perkara sudahpun berlaku. Kita hanya boleh berdoa memohon ampun Allah dan mengharapkan terbaik daripada Allah sekarang,” jelas Pak Jamal.

Kak Ros Hitam sangat tersentuh dengan kata-kata Pak Jamal lalu memeluknya dengan erat sambil memegang tangannya menunggu keputusan dari doktor.

Setelah 6 jam bertarung, doktor memaklumkan pada Pak Jamal dan Kak Ros Hitam, anak mereka Musa dapat diselamatkan….

Pengajaran: Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, manusia lazimnya suka menghabiskan banyak waktu untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan – samada di tempat kerja, dalam hubungan keluarga, suami isteri mahupun persahabatan – sehinggakan kita terlupa pentingnya silaturahim antara manusia perlu dipellihara.

Ramai terlupa, memaafkan seseorang sebenarnya perkara yang paling mudah di dunia daripada menyimpan dendam dan marah. Manusia perlu belajar menghargai apa yang ada. Jangan lipat-gandakan kesakitan, keperitan dan kesengsaraan dengan berpegang kepada sikap sudah memaafkan.

Lepaskan segala rasa dengki, cemburu, tidak rela memaafkan, mementingkan diri sendiri, ketakutan pada perkara yang tidak tahu dan anda akan mendapati segala perkara di dunia ini sebenarnya mudah.

Seperti Pak Jamal, dia mengetahui apa yang Kak Ros Hitam perlukan pada waktu anaknya sedang koma dan diselamatkan oleh para doktor ialah kasih sayang dan ambil berat dan sokongan dan bukannya seorang suami yang menyalahkan dia atas kecuaiannya.

Senyum. P.S Byk pengajaran di sini – boleh lihat dari politik juga.

Senyum by : Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...