Ukhwah Islamiyyah

Jumaat, 13 Januari 2012

Sebesar Mana Egomu?

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah kerana kita masih mampu mengerjakan apa yang difardhukan keatas diri kita dengan sebaiknya.. moga kan diterima segala amalan yang kita lakukan. Syukur atas segala kurniaan NYA.. semoga dipermudahkan segalanya dan mendapat keberkatan NYA sentiasa.

Sebenarnya, hari ini saya berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Nouman Ali Khan yang bertajuk Islam and Ego. Di sini saya sertakan link untuk video tersebut. Pada saya, tajuknya sangat menarik dan isi yang diketengahkan sangat dekat dengan situasi seharian kita. Betapa kita tidak menyedari kadang-kala perasaan ego itu hadir dalam diri kita. Contoh mudah yang diberikan ialah apabila kita merasa sakit hati atau kurang senang apabila idea dan tindakan kita ditegur oleh orang lain. Adakah kita begitu? Sama-samalah kita fikirkan.

Dalam video berkenaan ego itu, penceramah menerangkan tentang beberapa tips untuk menghilangkan rasa ego, antaranya:

*Mengingati Allah dengan ingatan yang bersungguh-sungguh bukan sekadar melafazkannya. Caranya dengan memasukkannya ke dalam hati. Pujilah Allah dengan zikir secepatnya andai kita dipuji dan dikeji. Kadang-kala kritikan atau perkataan buruk yang dinyatakan oleh orang lain adalah satu cara Allah mengajar kita untuk merendah diri dan memikirkan kembali siapa diri kita yang sebenarnya.

*Belajar untuk membantu orang lain. Berterusan untuk melakukan kebaikan (isitiqamah). Kita perlu sedar bahawa kebaikan yang kita lakukan itu hanya usaha kita, tapi ganjaran yang selayaknya hanya Allah yang boleh berikan.

*Belajar untuk bercakap hanya kepada perkara yang perlu. Cari cara terbaik untuk menegur kesilapan orang di sekitar kita. Bercakaplah secara rendah diri dalam bertindak mengingatkan orang lain. Hakikat yang perlu kita sedari ialah, orang yang memberi nasihat lebih banyak mendapat manfaat berbanding orang yang dinasihati.

Sekian dulu perkongsian saya, hanya sedikit yang mampu saya berikan. Rendahkanlah dirimu, penuhi diri dengan kesedaran tentang hakikat kejadian kita. Saya amat berharap agar sahabat-sahabat dapat sama-sama berkongsi dengan saya tentang sebarang ilmu kebaikan dan komen
agar saya dapat memperbaiki diri.

Wallahua'alam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...