Ukhwah Islamiyyah

Rabu, 12 Oktober 2011

Sakit Itu Ujian Dari Allah


 بسم الله الرحمن الرحيم

Kita berterima kasih kepada Allah SWT, yang memberikan kita sakit 
kemudian membangkitkan kesedaran dalam jiwa kita...

Lama saya tidak mencatat sesuatu hingga saya sendiri segan. Dari mana harus saya bermula?

Biarlah saya memulakan bicara dengan satu kalimah maaf. Maafkan saya kerana lama meninggalkan Jiwa Hamba sepi, tanpa perkongsian terbaru. Sebabnya hanya satu. Saya ditimpa kemalangan.

Sedaya upaya akan saya kongsikan pengalaman-pengalaman berharga semasa saya kemalangan yang menjadi ujian terhadap diri saya.

Pada hari Jumaat dua minggu lalu saya tulis Mahar ke Syurga mengenai tentang kematian, tak sangka saya ditimpa kemalangan. Ia membuatkan saya terlantar di atas tilam selama 7 jam. Mungkin ada yang anggap ia tulah kerana bercakap tentang kematian, tetapi saya rasakan ia cuma satu kejadian yang memang sudah ditakdirkan untuk berlaku.

Dan jujurnya, entri ini kembali memuhasabahkan diri saya tentang apa yang menimpa diri saya sebelum ini. Alkisahnya, saat saya ditimpa kemalangan, saya sangat bersyukur kerana saya masih diberi nyawa. Sewaktu di hospital, saya sangat-sangat terasa bahawa Allah ingin memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam jalan ini. Sejurus sahaja selepas kemalangan, saya masih teringat, saya terlantar di atas rumput, muka yang masih penuh dengan darah, sewaktu itulah saya terasa, bahawa Allah masih mahu melihat saya berjuang di jalan ini.

Selepas kemalangan, kecederaan fizikal yang saya alami agak cuba membakar semangat yang saya ada. Maklumlah bila ada bahagian fizikal yang cedera akan lebih membataskan pergerakan. Program tak boleh pergi, kerja tak boleh buat dan sewaktu itulah, baru saya terasa betapa saya cintakan jalan ini !

Saya bukan sengaja mahu menceritakan kisah ini. Cuma untuk tauladan pembaca. Moga ada yang tersentuh dan kembali muhasabah cinta pada dakwah ini !

Bila kita kata kita berada dalam jalan dakwah ini, niatkanlah untuk menyedeqahkan segalanya untuk jalan ini. Hidup, harta, meskipun nyawa !

Dan kemanisan tarbiyyah itu tidak akan terasa selagi kita tidak menghayati tarbiyyah yang diberi. Saya yang juga menulis, hanya mampu menulis, tidak mampu untuk menggerakkan pembaca, mungkin hanya meningkatkan semangat, tetapi selagi pembaca sekalian yang tidak mahu menghayatinya, sampai bila penghayatan itu tidak akan datang, apatah lagi untuk mengaplikasikannya !

Singkaplah kenangan selagi ada, kenanglah ia selagi ada, kelak pabila ianya hilang, ibarat jiwa sudah tidak punya apa.

Namun, janganlah terlalu melewati kenangan yang dikenang kerana takut dilekakan dan menjadi seorang yang terlalu-lalu berpegang kepada kenangan. Hidup ini perlu diteruskan langkah ke hadapan bukan ?

Simpanlah kenangan selagi jiwa masih luas, pemikiran masih lagi lapang untuk menyimpannya. Pelajarilah sesuatu dari kenangan yang dikenang, kerana kenangan itu tidak datang begitu sahaja.

Lihatlah sang awan, yang juga menyimpan beribu kenangan menyaksikan manusia, namun mereka terus berarak…

Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.

Pertama
, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.

Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.

Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.

Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.

Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…

Ceritawara

Saya bukannya menulis untuk menulis cerita yang sedih-sedih belaka. Anggaplah anda harus belajar sesuatu di sini. Kerana saya juga suka belajar daripada pengalaman dan kisah-kisah teladan yang ada.

Hidup seperti program, selesai program, kita buatlah post-mortem. InsyaAllah, faedahnya besar kerana Allah takkan turunkan sesuatu yang sia-sia…

Saya juga perlu ubah prinsip berkerja. PUSH TO THE LIMITS tidak boleh digunapakai lagi. Saya perlu belajar rehat dan relax.

Saya berasa lega apabila mengeluar apa yang tersulam di minda ini. Sesungguhnya kekusutan terkadang terlerai begitu sahaja dengan penulisan spontan… Kalaupun seperti bercerita pada orang yang tidak faham, pun tak mengapa… Saya ikhlas bercerita…


mak sakit gigi...mak nak susu...mak abang pukul.... itulah suara anak2 bila mengadu. Apabila meningkat dewasa manusia yang mengenali Tuhannya masih terus mengetahui di mana tempat mengadu...Selalu mengharap dan mengadu kepada Allah menyebabkan jiwanya tenteram...hidup terasa selamat.. jiwanya besar..

Jiwa Hamba

2 ulasan:

Srikandi permata berkata...

Assalamualaikum,
Alhmdulillah, bgos entri ni..mnyntuh jiwa..
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih.

Jiwa Hamba berkata...

waalaikumussalam...terima kasih kerana sudi membaca blog jiwa hamba..
ya betul tu..samada kita kaya atau miskin, sihat atau sakit, kuat atau lemah...kita tetap akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan hidup untuk menguji tahap keimanan kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...