سم الله الرحمن الرحيم
Berada di 2,3 malam terakhir Ramadhan ini, sangat-sangat memberi kesyahduan pada diri.
Ya ALLAH, Ramadhan bakal berakhir! Apakah sempat aku menemuinya lagi?
Dengan keadaan Adilfitri yang bakal menjelma, suasana seluruh negara hari ini telah mula meraikan kedatangannya hingga menenggelamkan detik-detik akhir Ramadhan ini. Siapa lah kita ingin menyambut Aidilftri ini? Tak layak rasanya, baru-baru ini saya mula bertanya kembali pada diri, selama berada dalam madrasah Ramadhan ini, apakah yang telah saya lakukan? Amalan apa yang telah saya kumpul? Tilawah? Tarawih? Sedekah? MasyaAllah, sedikit benar apa yang saya lakukan...
Jika difikirkan andai ini Ramadhan terakhirku, betapa sedihnya diri ini telah mensia-siakan segala peluang yang ALLAH berikan sedangkan bulan ini khusus ALLAH berikan kepada ummatnya untuk mengumpul seberapa banyak pahala.
Bagaimana untuk ku melepaskan Ramadhan ini dalam keadaan begini? Sepatutnya, berakhirnya Ramadhan ini, maka kita graduan hasil daripada institusi Ramadhan ini akan menghadapi dua kemenangan, iaitu kemenangan bertemu dengan Tuhannya dan kemenangan setelah berjaya menghadapi peperangan dalam bulan Ramadhan, iaitu berperang dengan diri, hawa nafsu. Namun, sedih sekali apabila kita tiada perubahan dalam diri, seperti hanya melalui masa Ramadhan ini sebagai trend berpuasa tanpa ada kesan pada diri. Astaghfirullah...
Sepertimana saya petik dari risalah Hilal Asyraf erti Eidul Fitri itu apa sebenarnya?
Makna Aidilfitri dan hakikatnya
Perkataan ‘Aid’ atau (‘id) pada awal kata Aidulfitri adalah berkmaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di dalam bahasa arab, saya sering menyebutnya dengan ejaan begini: ‘idulfitr. Perkataan ‘id + al-fitr.
Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Mengapa namanya demikian?
Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah kegunaan Ramadhan?
Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.
Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain.
Itulah maknanya Aidilfitri.
Persoalannya, adakah kita benar-benar mengisi Ramadhan kita sehingga selayaknya kita meraikannya kelak di Aidilfitri? Maka tidak layak untukku bergembira tika ini... Seperti nya kita bergembira dengan pemergian RAMADHAN... Secara jujurnya, dalam bulan tarbiyah ini, banyak mengajarku erti kesabaran dan mendidik hatiku untuk setiap ujian yang mendatang, pasti akan ku rindui kedatangan bulan mulia ini. MasyaAllah.. Syahdunya pemergian mu...
Kita perlu berfikir kembali.
Aku berpuasa dalam Ramadhan, tapi masih melakukan maksiat, apakah ibadahku diterima?
Aku bertilawah, tetapi hatiku masih sukar memaafkan sahabt, masih suka mengumpat, apakah puasaku ini hnya menahan lapar dan dahaga?
Aku bertarawih, tetapi masih berpegangan tangan, berbonceng motor lelaki dan perempuan, apakah ibadah Ramdhan ini tidak ada apa untukku?
Ya ALLAH, hambaMu ini masih belum berjaya berperang dengan nafsu, masih tunduk pada nafsu.. Astaghfirullah... Maka layakkah untuk hambaMu ini meraikan kemenangan di Aidilfitri? Sedangkan ini juga ummat yang semakin meraikan pemergian Ramadhan, dan bersungguh-sungguh menyambut kedatangan Syawal...
Marilah kita kembali koreksi diri dalam kesyahduan Ramadhan ini...
Hari-hari yang ku lalui,
Terasa benar-benar berbeza dalam madrasah ini,
Namun insan hina ini gagal membina segunung ibadah,
Malahan selautan kelalaian pula yang di berikan,
Tika mata-mata keinsafan membasahi bumi,
Sujud, tunduk merasai kebesaran ilahi dalam syahdu Ramadhan ini.
Apakah kesempatan ini dapat ku miliki?
Jangan biarkan hati-hati ini kaku dalam kealpaan,
Jangan biarkan kami gembira dalam dosa,
Berilah kesedaran ini walaupun ia pahit untuk ditelan,
Ya ALLAH!
Apakah sisa Ramadhan ini bakal ditempuhi,
Dengan membawa sekeping hati yang suci,
Moga masih ada ruang waktu untukku,
Agar hadiah yang ku terima kelak di Aidilfitri benar untukku.
JALAN MUJAHADAH MENUJU CINTA ILAHI TERASA AMAT PAYAH, NAMUN HANYA KERANA ENGKAU DESTINASI CINTA KU, MAKA PERJUANGAN YANG PAYAH INI TERASA MANIS DAN DOAKU MOGA HATI INI KEKAL DAN THABIT DI ATAS JALAN INI.
2 ulasan:
Assalammualaikum...
Kpd empunya blog JIWA HAMBA yg dirahmati Ilahi, insyaAllah. Salam aidilfithri diucapkan. Mohon ampun maaf atas salah silap sy yg sering copy paste artikal2 blog ini.. Atas dasar kebenaran apa yg diperkatakan dlm blog ini, makanya sy kongsikan mana2 artikal yg memberi menfaat buat semua.. Mohon maaf sekali lg..
Diharap empunya blog ini mengizinkan segala apa yg telah sy copy paste selama ini..
Waalaikumussalam...
Selamat Menyambut Eidul-Fitr, TaqabbalaLLahu minna wa minkum.!
Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani: "Dalam al-Mahaamiliyat dgn isnad yg hasan drp Jabyr ibn Nufair, dia berkata:
"Apabila para sahabat Rasulullah SAW. bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian lainnya "TaqabbalaLLahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan (amalan) daripada kamu).” [Fath al-Bari 2:446]
Silakan share artikel2 di blog jiwa hamba.. Semoga anda sentiasa dalam naungan Allah s.w.t.”
Catat Ulasan