Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 18 Ogos 2011

Bagaimana Elak dari Makanan Yang Haram

سم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan.

Hati mempunyai kebolehan memandang dan mengenal sesuatu, merasa senang susah, lahir atau ghaib khususnya Allah SWT. Inilah kelebihan manusia daripada haiwan-haiwan iaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenarnya hingga ia menjadi hamba Allah yang benar-benar takutkan Allah. Ini difirmankan Allah: Apabila disebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka. (Al AnfaaI: 2)

Hati yang terang-benderang begini dimiliki oleh para ‘ariffin, muqarrobin dan solehin. Hati mereka nampak dan kenal betul sifat-sifat keagungan Allah. Sebab itu mereka dapat benar-benar menghambakan diri kepada Allah SWT. Sebaliknya ada juga manusia yang hatinya gelap (buta) tidak nampak dan tidak kenal Allah. Ini juga ada difirmankan oleh Allah SWT: Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu benar sama seperti orang yang buta (mengetahui)? Hanyalah orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran.

Firman Allah lagi: Mereka itulah orang-orang yang hatinya, pendengarannya dan penglihatannya telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalui. (An Nahl: 108)

Dari Umar bin Al Khattab, Rasulullah SAW ber sabda yang bermaksud: Cap penutup hati tergantung di kaki arasy maka bila larangan Allah dilanggar dan yang diharam kan-Nya dianggap halal, Allah mengirim cap penutup hati ini lalu hati para pelanggar dikena kan cap ini.

Bila hati sudah buta, sudah dikunci mati oleh Allah SWT, tidak dapat lagilah ia mengenal Allah.

Begitulah hati orang-orang kafir dan munafik yang menyebabkan mereka menolak kebenaran. Walaupun kita umat Islam, hati kita juga masih buta. Buktinya ialah kita masih tergamak membuat dosa (kecil atau besar). Orang yang masih buat dosa ialah orang yang tidak takutkan Allah. Orang yang tidak takutkan Allah ialah orang yang tidak kenal siapa Allah. Tidak kenal Allah ialah lantaran kerana hati telah buta.

Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya seorang mukmin apabila melakukan dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya, maka jika dia bertaubat dan berusaha membuangnya selamatlah hatinya, dan kalau bertambah dosanya bertambahlah terkunci hatinya.

Sabda baginda lagi yang maksudnya: Orang yang membuat satu dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.

Kalau mata kita buta, kita tidak dapat melihat, tidak mengenal malah tidak dapat berjalan lagi. Begitulah kalau hati buta, kita tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menempuh jalan syariat lagi. Kita tidak takut, tidak redha, tidak tawakal, tidak yakin, tidak berharap kepada Allah, tidak cinta, tidak yakin dengan janji-Nya iaitu Syurga, Neraka, Hari Hisab, seksa kubur, dan lain-lain lagi. Dan bila ama- lan itu tidak ada di hati kita maka datanglah penyakit hati.

Firman Allah: Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.(Al Baqarah: 10)

Mereka akan terseksa di dunia dan di Akhirat. Di dunia mereka kecewa, putus asa, keluh kesah, tidak tenang. Di akhirat lagi pedih. Antara penyakit hati yang Allah maksudkan itu ialah hasad dengki, dendam, buruk sangka, tamak, gila dunia, bakhil, pemarah, penakut, riak, ujub dan sombong. Langkah pertama yang wajib diambil untuk mengubat penyakit hati kita ialah mengubat hati yang buta itu. Bila hati tidak buta lagi penyakit-penyakit hati lainnya akan hilang dengan sendirinya. Kalau mata buta, kita pergi ke pakar mata. Mungkin dicuci, dibedah dan sebagainya. Kalau hati yang buta, kita kenalah membuat rawatan yang sesuai pula untuknya. Untuk itu mari kita lihat dulu apakah sebabsebab hati terhijab? Antaranya adaiah memakan makanan haram dan makanan syubahat, sama ada sedar atau tidak.

Bersabda Rasulullah SAW bermaksud: Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan.

Hati kita ialah seketul darah yang mengandungi sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Se1 dan zat-zat itu datangnya daripada makanan yang kita makan. Kalau makanan kita bersih (halal mengikut syariat Islam) maka sel dan zat itu juga bersih maka hati kita juga turut bersih. Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu kotor (haram dan syubahat) sama ada benda itu haram atau duit yang digunakan untuk membelinya haram maka se1 dan zat-zat besi, zat-zat yang membina hati itu kotor, busuk dan gelap. Hati seperti wadah yang terdedah. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik Allah sebab Allah tidak akan beri taufik dan hidayah kerana taufik itu sangat tinggi harganya. Umpamanya, kita tidak akan memasukkan makanan ke dalam pinggan yang kotor. Bila hati tidak boleh nampak kebenaran, tidak terasa kebesaran, kehebatan, kasih sayang, didikan dari Allah, tidak terasa anugerah Allah, penjagaan Allah, pengawasan Allah, pembelaan Allah (intisari Islam ialah rasa zauk. Kalau hati tidak merasa, maka kita tidak dapat hidayah dan taufik lagi) maka jadi- lah kita orang yang sesat dan sentiasa terlibat melakukan maksiat dan mungkar.

Bersabda Rasulullah SAW: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik daging itu baiklah selu ruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati. (Riwayat: Al Bukhari dan Muslim)

Firman Allah: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezeki kan kepadamu d an bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.(Al Maidah: 88)

Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan kita sedar ianya haram maka kita akan berdosa di samping hati kita turut gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubahat itu kita makan, tanpa diketahui ianya haram dan syubahat maka tidak berdosa tetapi hati kita yang terbina dari makanan itu tetap akan gelap.

Atas dasar inilah Sayidina Abu Bakar Al Siddiq mengorek balik hingga muntah-muntah makanan yang telah ditelannya setelah dia tahu yang makanan itu sumbernya adalah syubahat. Amirul Mukminin itu cukup takut kalau-kalau makanan itu akan membu- takan hatinya. Setelah mengorek makanan itu kerana bimbang kalau-kalau ada saki-baki makanan yang tinggal dalam perutnya, maka beliau pun berdoa: “Ya Allah, jangan Engkau bertindak atasku akan apa yang telah jadi darah dagingku. ”

Begitu Sayidina Abu Bakar menjaga hatinya. Sebab itu hatinya jadi terang-benderang. Jadi, tidak hairanlah beliau cukup kuat keyakinan dengan Allah.

Rasulullah SAW sendiri memuji beliau dengan sabda baginda: Kalau ditimbangkan iman Abu Bakar dengan iman seluruh manusia kecuali Nabi dan Rasul nescaya dia masih lebih. Imam Nawawi semasa hidupnya tidak makan buah-buahan di Damsyik kerana merasakan syubahat. Dia menjaga hatinya. Hati yang terang-benderang akan mempunyai basirah (pandangan batin) yang tajam yang dapat menembus alam ghaib dan alam kerohanian. Bila alam ghaib yang hebat itu ternampak oleh kita maka alam benda ini sudah tidak bererti apa-apa.

Bandingannya begini: Katakanlah suatu hari kita dijemput menjadi tetamu raja maka masuklah kita ke istana. Di sana kita akan dilayan dengan layanan istimewa, dengan pakaian dan makanan, peralatan dan perhiasan yang tidak pernah kita jumpa. Alangkah gembiranya dan rasa-rasa tidak mahu balik lagi ke kampung kita. Sebab kampung kita sudah tidak berharga apa-apa lagi dibandingkan dengan kehidupan indah di istana.

Begitulah keadaan mereka yang nampak kehebatan alam ghaib, alam yang ada ini sudah tidak ber harga lagi. Kerana itulah Sayidina Abu Bakar r.a boleh mengorbankan semua harta bendanya kepada jihad fisabilillah hingga tiada apa-apa lagi untuk anak isterinya. Beliau mahu menebus kehidupan di alam ghaib yang maha hebat itu dengan menggadaikan seluruh harta benda dunia yang murah ini. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain dan mujahid-mujahid Islam semuanya, telah mereka korbankan dunia yang sedikit ini untuk membeli kehidupan akhirat yang agung di alam baqa nanti.

Firman Allah: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.(At Taubah’: 111)

Mari kita ubati hati kita dengan mengelak dari memakan yang haram. Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari makanan yang haram ialah:

• Jangan makan benda yang zatnya jelas haram seperti arak atau makanan yang dicampur arak atau daging yang tidak disembelih.

• Jangan makan makanan yang bernajis sama ada sifatnya najis (kerana dibuat dari bahan yang tidak halal) atau kerana cara menyuci- nya tidak betul yakni tidak menurut syariat, menjadikan ia tetap najis (tetap tidak halal).

• Jangan makan daging sembelihan yang tidak halal dan pembersihannya tidak menurut syariat.

• Jangan makan makanan yang dibeli dengan duit yang haram (sekalipun makanan itu halal). Duit yang haram adalah seperti rasu- ah, duit riba, duit curi dan tipu.

• Jangan kita makan dari usaha yang haram seperti riba, pelacuran, judi, nombor ekor dan lain-lain.

Adapun makanan syubahat ialah makanan yang kita ragui halal atau haram dan duit syubahat ialah duit yang sumbernya kita ragui halal atau haram. Kedua-dua makanan dan duit yang syubahat itu wajib dielakkan supaya kita berpeluang memperolehi kejer nihan ‘batin untuk mengenal Allah dengan pengenalan yang sebenarnya.

Hari ini banyak makanan di kedai-kedai makanan yang menulis perkataan “HALAL” dan “ISLAM” untuk tanda perniagaan mereka. Kita harus hati-hati juga sebab musuh Islam telah melacurkan kata “HAL.AL” dan “ISLAM” itu untuk keuntungan perut dan poket mereka sahaja. Mereka tidak langsung takut pada Allah dan tidak ingin untuk mencari keredhaan-Nya. Makan makanan yang halal tetapi berlebihan juga satu lagi faktor penentu kepada corak hati kita.

Sabda Rasulullah SAW: Wadah yang paling dibenci oleh Allah ialah perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Allah benci kepada perut yang penuh dengan makanan sebab perut yang ketat itu akan melemahkan kegiatan hati yakni tidak kuat untuk memandang pada alam ghaib. Bila hati lemah maka manusia jadi lalai dan malas (mahu tidur sahaja). Malas beribadah dan mudah terjebak dalam maksiat. Atas dasar inilah para solafussoleh hanya sedikit makannya. Rasulullah SAW selalu berlapar perut. Baginda pernah meletakkan batu di perut dan kemudian mengikat perutnya dengan kain agar dengan itu tidak terasa kekosongan perut yang memang kosong. Baginda jarang kenyang. Tiga hari berlapar, satu hari kenyang. Dan selalunya satu hari baginda ber puasa, satu hari berbuka.

Nabi Sulaiman a.s yang kaya-raya itu juga begitu hidupnya. Selalu berpuasa dan kalau makan hanya roti kering dan air sejuk. Nabi Yusuf a.s ketika menjadi menteri Mesir pun sehari puasa sehari berbuka. Bila ditanya mengapa baginda berbuat begitu, jawabnya, “Di hari aku lapar, aku dapat merasa aku adalah hamba yang memerlu- kan pertolongan Allah. Di hari aku kenyang aku dapat bersyukur pada Allah SWT yang memberikan rezeki.” Begitulah cara hidup Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, orang-orang muqarrobin dan orang-orang soleh. Mereka berjuang dengan nafsu untuk membersihkan hati supaya merasa diri sebagai hamba Allah yang lemah dan hina dina. Dan cara hidup mereka itulah yang wajib kita contohi. Kita mesti sentiasa berperang dengan nafsu yang sentiasa mengajak kita lalai dari Allah.

Mari kita ubati hati kita dengan cara mengurangkan makan. Antara langkah-langkah praktik yang mesti diambil untuk mengurangkan makan ialah:

1. Hidangan makanan kita janganlah lebih dari dua jenis lauk. Ini adalah amalan Sayidina Umar. Beliau tidak makan lebih dari dua jenis lauk. Sebab bila lauk sudah bermacam-macam jenis, nafsu kita tambah besar untuk merasa semua jenis lauk.

2. Makanan itu biarlah sederhana, jangan terlalu sedap. Sebab kalau terlalu sedap kita tidak mampu mengawal nafsu dari makan lebih.

3. Jangan simpan berbagai lebihan makanan da lam rumah, sebab bila ada makanan kita sentiasa berfikir untuk makan. Sebaliknya kalau tidak ada simpanan makanan, nafsu kita tidak akan mengajak kita fikir makan sahaja.

4. Cuba banyakkan puasa sunat seperti di hari Isnin dan Khamis atau paling kurang tiga hari dalam sebulan.

Harus difahami bahawa langkah-langkah di atas ialah untuk membersihkan hati dan membuatkan hati kita terasa kita hamba Allah yang lemah dalam serba-serbi hal kita.

Sumber: Usaha Taqwa

Rabu, 17 Ogos 2011

Muhasabah Cinta Al Quran di Bahtera Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم



Tatkala kita melayari bahtera Ramadhan, Al Quran akan menjadi “menu” utama kepada umat Islam untuk menatap dan membacanya berbanding dari bulan-bulan yang lain. Menelaah Al Quran bererti kita sedang menyuluh kehidupan kita kepada petunjuk yang sahih dan benar. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah:185)

Tidak ada kitab yang memiliki pengaruh yang besar, baik isi mahupun bacaannya kepada kehidupan manusia selain Al Quran. Sepanjang sejarah Islam, tidak pernah surut manusia mempelajari, mengamalkan dan memperjuangkan isi Al Quran. Inilah kitab penyelamat, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Memuatkan cerita orang-orang sebelum kamu dan mengkhabarkan orang-orang sesudah kamu. Ia merupakan hukum di antara kamu. Pemimpin yang meninggalkannya akan dihancurkan Allah, siapa yang mengambil petunjuk selainnya, akan Dia sesatkan. Ia merupakan tali yang amat kuat, peringatan Al-Hakim, dan jalan yang lurus. Dengannya hawa nafsu tidak akan tergoncang dan lisan tidak akan ceroboh. Ulama tidak akan kenyang memakannya, keajaibannya tidak akan pernah luntur. Siapa berucap dengannya maka akan benar. Siapa mengamalkannya akan mendapat pahala. Siapa yang menggunakan hukumnya bererti adil dan siapa yang mengajak kepadanya, akan ditunjukkan Jalan yang lurus”. (HR Tirmidzi)

Bercinta Dengan Al Quran…

Ramadhan adalah bulan imarahnya cinta bersama Al Quran. Rasulullah SAW ada bersabda mengenainya; “Puasa dan Al Quran itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Quran akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafa’at untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Persoalannya kini sudah sejauhmana kuasa cinta itu menyerap pada diri kita? Apakah Al Quran yang kita baca telah melahirkan umat yang memiliki Aqidah yang benar, sepertimana yang telah dilahirkan oleh generasi pertama saat memulakan dakwah ini, kuasa dan pengaruh cinta mereka kepada Al Quran amat luarbiasa sehingga menggoncangkan dunia.

Persoalan inilah yang sering bermain-main di minda saya. Masih terlalu kerdil usaha saya bercinta dengan Al Quran. Teringat akan kata-kata seorang murabbi saya;

“Al Quran perlu menjadi manhaj hayah (sistem kehidupan) dalam diri kita. Tanpa al Quran bererti kita mengambil sistem yang lain sebagai pacuan kehidupan. Beruntunglah manusia yang mahu dan mampu berinteraksi dengan Al Quran dan rugilah manusia yang mensia-siakan dan meninggalkan Al Quran. Tidak ada dakwah tanpa Al Quran. Dan tidak akan ada keberkatan serta keaslian suatu jamaah atau organisasi dakwah tanpa interaksi mendalam dengan Al Quran”.

Kata-kata beliau menyebabkan saya berfikir, bercinta dengan Al Quran bermula dengan mem”besar”kan Allah SWT dalam setiap saat kehidupan kita dan dalam setiap aktiviti dan kegiatan harian kita, bukan sekadar di bulan Ramadhan kita cakna dengan Al Quran. Al Quran mencairkan dan melenyapkan nilai-nilai ketuhanan yang lain dan memperakui hanya sanya Allah SWT Rabb dan Illah yang satu. Menjadi hamba Allah di setiap bulan dan tahun yang kita lalui, bukan hanya di bulan Ramadhan. Inilah persoalan besar yang di bawa oleh Al Quran, menyelesaikan persoalan Aqidah, membina nilai keimanan yang total hanya kepada Allah SWT. Mungkinkah saat ini kita dan umat sedang menghadapi krisis keimanan? Krisis aqidah yang tidak bulat kepada Allah SWT.? Krisis cinta kepada Allah SWT.?

Aqidah Melahirkan Aksi Umat

Kata Imam Hasan Al Banna, kita akan mendapati bahawa Al-Quranul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia mampu mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahawa Allah SWT adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhirat, agar setiap jiwa dihisab tentang apa sahaja yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. Jika kita menamati ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Quran, nescaya kita mendapati bahawa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Quran. Allah SWT berfirman dalam surat Al-Baqarah,

“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.” (Al-Baqarah: 21-22)

Allah SWT juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,
“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.” (Al-Mukminun: 84-90)

Allah SWT juga berfirman

“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.” (Al-Mukminun: 101-103)

Allah SWT juga berfirman,
“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (Az-Zalzalah: 1-8)

Allah SWT berfirman lagi,
“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3)

Dalam surat lain Allah berfirman,

“Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.” (At-Takatsur: 1-4)



Al Quran bicara kepada kita persoalan aqidah, keimanan dan akhirat. Dan dengan persoalan ini telah melahirkan generasi pertama yang disebut sebagai generasi Al Quran yang unik. Aqidah yang satu telah melahirkan generasi yang “bekerja” untuk Islam, untuk dakwah dan untuk memenangkan Islam. Ya! Generasi amilin, pekerja Islam!

Kekuatan aqidah yang kita harus faham ialah aqidah yang melahirkan tindakan dan aksi dari ummat. Sabda Rasulullah SAW;

“Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan ‘amal”.

Evaluasi Realiti Umat

Mungkinkah “dibenarkan dengan amal” masih tidak power aksinya dari umat Islam? Mari kita jujur merenung sebentar keadaan umat! Apa yang dapat anda rumuskan, situasi umat di Timur Tengah, di Palestin, di Sudan, di Indonesia, di Bosnia, di Iraq, di Selatan Thai dan di bumi tercinta Malaysia.

Saya memetik kata-kata Al-Ustaz Abu A’la Al-Maududi;

“Kita semua menamakan diri kita orang-orang Muslim, dan kita yakin Allah melimpahkan rahmatNya kepada orang-orang Muslim. Tetapi marilah kita buka mata kita dan kita lihat apakah rahmat Allah dilimpahkan kepada kita atau tidak. Apa pun yang terjadi di akhirat, itu adalah urusan nanti, tetapi yang penting marilah kita lihat kedudukan kita di dunia ini. Kita kaum Muslimin yang miliki bilangan yang cukup besar di dunia ini. Jumlah kita demikian besar sehingga bila masing-masing kita melemparkan sebuah batu, maka tumpukan batu itu akan menjadi sebuah gunung. Tetapi di negeri yang begitu banyak orang-orang Muslimnya ini, pemerintahan dunia berada di tangan orang-orang kafir. Tengkuk kita berada dalam cengkeraman tangan mereka, dan mereka memutar kepala kita ke arah mana saja yang mereka sukai. Padahal seharusnya kepala kita tidak kita tundukkan di depan siapa pun juga kecuali Allah, tetapi sekarang tertunduk di hadapan manusia-manusia yang sama seperti kita juga. Kehormatan kita yang mestinya tidak boleh dinodai oleh siapa pun juga, sekarang belumuran tanah. Tangan kita yang selama ini selalu di atas sekarang berada di bawah dan menadah di hadapan orang-orang kafir. Kebodohan, kemiskinan dan hutang telah merendahkan darjat kita di mana-mana”.

Bukankah solusinya kita seharusnya kembali kepada Al Quran? Dan di sepanjang Ramadhan muncul, apakah kita masih tidak menjumpai jalan keluar akan kelesuan umat ini? Sebenarnya Al Quran sudah memberikan jawapannya, namun yang menjadi penghalang besar adalah sikap kita kepada Al Quran dan memberi respon kepada Al Quran tidak sama sebagaimana sikap dan respon para sabahat RA terhadap Al Quran.


Sikap Umat Pada Al Quran

Saya memetik kata-kata Al-Ustaz Abu A’la Al-Maududi lagi;

“Kita adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini, kerana kita memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur tangan manusia. Setiap kata-kata yang ada di dalamnya masih tetap sama dengan waktu ia diturunkan kepada Rasulullah SAW. Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini, kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh berkat dan manfaat Wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu. Al-Quran diturunkan Allah kepada mereka agar mereka membacanya, memahami isinya dan berbuat menurut petunjuknya. Dan dengan pertolongan Kitab ini, mereka disuruh untuk menegakkan pemerintahan di muka bumi Allah ini yang berfungsi sesuai dengan hukum Allah. Al-Quran datang untuk memberikan kepada mereka kebesaran dan kekuasaan. Ia datang untuk menjadikan mereka Wakil Allah yang sejati di bumi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa bilamana mereka (umat Islam) berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam Kitab ini, maka Kitab ini akan memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka imam dan pemimpin dunia.

Tetapi sekarang, kegunaan Al-Quran bagi mereka hanyalah untuk disimpan di rumah untuk mengusir jin-jin dan hantu-hantu. Mereka menuliskan ayat-ayat Al-Quran pada lembaran-lembaran kertas lalu menggantungkannya pada leher mereka, atau mencelupkannya ke dalam air dan kemudian meminum airnya, dan mereka membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut tanpa memahami ertinya, namun mereka mengharapkan untuk dapat memperoleh sesuatu berkat daripadanya. Mereka tidak lagi mencari petunjuk daripadanya untuk mengatur masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai pertimbangan untuk mengetahui apa yang harus mereka percayai, apa saja yang harus mereka kerjakan, dan bagaimana mereka harus melakukan transaksi-transaksi. Mereka menjauhi Al-Quran dalam menentukan hukum-hukum apa yang harus mereka ikuti dalam mengikat tali persahabatan dan membuat permusuhan, hak-hak apa yang dimiliki sesama manusia atas diri mereka dan juga hak-hak mereka sendiri atas sesama manusia.

Mereka menjauhi Al-Quran dalam dipatuhi perintahnya dan siapa pula yang harus ditentang perintahnya, dengan siapa mereka harus memelihara hubungan dan dengan siapa tidak, siapa teman mereka dan siapa musuh mereka, di mana letak kehormatan, kesejahteraan dan keberuntungan mereka, dan di mana letak kehinaan, kegagalan dan kerugian mereka?

Kaum Muslimin tidak lagi memeriksa masalah-masalah ini dengan Al-Quran. Mereka sekarang meminta petunjuk tentang masalah-masalah tersebut kepada orang-orang kafir, orang-orang musyrik, orang-orang yang sesat dan hanya mementingkan diri sendiri, kepada suara-suara iblis yang ada dalam diri mereka sendiri, dan mereka mengikuti apa saja yang dikatakan oleh unsur-unsur tersebut. Kerana itu mereka ditimpa bencana, yang pasti akan datang, menimpa siapa saja yang melupakan Allah dan yang mengikuti petunjuk selain dari petunjuk-Nya.”

Kuasa Al Quran

Kata Al Maududi lagi, Al-Quran mampu memberikan kepada anda manfaat apa pun yang anda inginkan dan sebanyak apa pun yang anda mahu. Kalau dari al-Quran, yang anda cari hanya manfaat yang kecil dan remeh, seperti untuk mengusir jin dan hantu-hantu, ubat untuk orang sakit batuk dan demam, kemenangan dalam pengadilan dan berjaya dalam mencari kerja, maka yang anda peroleh, memang, hanya hal-hal kecil itu saja. Bila yang anda cari hanya kekuasaan di atas dunia dan penguasaan terhadap alam semesta, maka anda juga akan memperolehnya. Dan kalau anda menginginkan untuk mencapai puncak kebesaran rohani, Al-Quran juga akan membawa anda ke sana. Ini hanyalah soal kemampuan anda untuk mengambil manfaat daripadanya. Al-Quran adalah bagaikan lautan: anda hanya mengambil dua titis air daripadanya, padahal, sebenarnya ia mampu memberikan air sebanyak lautan itu sendiri.

Subhanallah, apa perasaan anda sekarang? Tariklah nafas kita dalam-dalam. Ternyata kerja kita masih banyak untuk berterusan mentadabbur Al Quran dengan teguh dan benar. Dengan Al Quran kita perbetulkan salah faham umat. Harapan masih ada. http://www.blogger.com/img/blank.gifTernyata kita masih boleh bangkit dengan kekuatan sebenar tatkala cinta kita kepada Al Quran adalah cinta yang asli dan jujur. Cinta yang akan menemukan kita dengan formula kebangkitan umat. Rasulullah SAW dan para sahabat telah mencontohkan kepada kita. Sultan Al Fateh, Tariq Bin Ziad dan Salehuddin Al Ayubi pernah menemuinya, maka kini tiba giliran kita, para pemuda generasi baru. Binalah cinta suci terhadap Al Quran. Berilah sepenuhnya cinta kita kepada Al Quran kerana tanda kita cinta kepada Allah adalah dengan mencintai Al Quran. Mulakan dengan keaslian aqidah kita yang tetap, benar, diyakini dan dibuktikan dengan “total action”. Ya, iman yang bukan mandul, tetapi iman dan aqidah yang melahirkan “total action”, berprestasi untuk Islam! Cinta yang melahirkan natijah, bukan sekadar cinta romantika palsu!

Semoga Ramadhan kali ini memberi kita kesempatan untuk akrab dan faham Al Quran dan mendapat manfaat yang besar darinya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabb.

Petikan tulisan penulis di Langitilahi.com

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ini Bukan Seloka, Ini Kenyataan Ramadhan Akhir Zaman

سم الله الرحمن الرحيم



Tertipunya manusia-manusia di akhir zaman,
Salah satunya ketika menyambut Bulan Ramadhan,
Waktu berbuka umpama pesta makanan dan minuman,
Perut yang berkeroncong segera didahulukan,
Solat Maghrib tidak pula disegerakan,
Ramai yang melaksanakannya selepas pukul lapan (Malaysia),
Ramai juga yang lupa untuk menunaikan,
Dek kerana asyik melayan lauk pauk dan hidangan..

Sembahyang terawih pula sekadar syarat Ramadhan,
Namun batinnya tidak diselit rasa kehambaan,
Yang Hafiz bacaannya dikormesilkan,
Yang Imam sibuk mensyaratkan bayaran,
Yang menderma minta dihebah-hebahkan,
Habis terawih, asap rokok berkepul-kepulan,
Yang muda dan yang tua berbual tentang dunia dan hiburan,
Yang wanita berbincang tentang raya dan persiapan,
Kanak-kanak yang memerhati pula menjadikannya teladan..

Katanya bulan ibadah.. Bulan Ramadhan,
Sepatutnya perlu bersifat tawadhuk serta penuh kesedaran,
Bulan yang sepatutnya hilai tawa dikurangkan,
Agar dapat melaksanakan ibadah dan merasai kenikmatan,
Sungguh hiba bila fungsi Ramadhan disalahgunakan,
Dan dikuasai nafsu walaupun tanpa syaitan,
Semua perkara dibuat bukan kerana Tuhan..

Apakah akan ada maghfirah yang bakal dikurniakan?
Jika ini sikap kita, adakah pahala akan digandakan?
Lailatul Qadar yang bakal menjelang mampukah dikejarkan?
Atau hanya dosa dan laknat Allah S.W.T yang akan ditimpakan?
Fikirlah, fikir-fikirkan....

Penerbangan Terakhir Tidak Kembali lagi

سم الله الرحمن الرحيم


http://img131.imageshack.us/img131/4917/tripzp4.jpg

Maklumat Peribadi

Nama: Manusia. Bangsa: Tanah. Alamat : Bumi.

Maklumat Penerbangan

Terminal Berangkat : Bumi

Destinasi : Akhirat ( Tarnsit dalam Kubur ).

Masa Penerbangan : Tidak ada siapa yang dapat menentukan.

Masa Berangkat : Apabila Sakartul Maut menjemput.

Keperluan Yang Dibenarkan Bawa Bersama

2 meter kain putih dan amal soleh serta amal kejahatan.

Keperluan Yang Boleh Digunakan Setelah Sampai Destinasi

1-Sedekah Jariah.

2- Doa dari anak yang soleh.

3- Ilmu yang memberi manfaat.

4- Amal kebajikan yang dikerjakan oleh orang lain yang diajarinya.

Penerbangan Ini Amat Menakutkan Buat Mereka Yang Tidak Mematuhi Arahan Dibawah

1- Mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis.

2- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.

3- Berbakti kepada ibu bapa dan berhubung Silatul Rahim.

4- Berlumba-lumba mengerjakan ibadat-ibadat puasa, bebajikan dan amalan sunat.

5- Makan dan minum dari sumber yang halal.

6- Tidak panjang angan-angan.

Kepada mereka yang sudi dan tidak sudi meneruskan penerbangan ini, semuanya mesti membuat persediaan.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW serta Ilmu Allah SWT.

Talian untuk tempahan anda adalah percuma di seluruh dunia.


Selasa, 9 Ogos 2011

Bonus Raya Vs Bonus Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, nampaknya kakitangan awam bakal menerima bonus (duit raya) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 seperti yang telah diumumkan PM dan bakal diterima pertengahan Ramadan nanti. Berita gembira juga buat pesara Kerajaan yang bakal menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500. (Sumber dan berita penuh dari sini)

Gunakanlah duit tersebut ke arah kebaikan dan bukannya ke jalan keburukan dan pembaziran. Tunaikanlah zakat, moga dengan bonus tersebut juga kita beroleh takwa seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183.


Bagimana pula dengan bonus yang tetap dijanjikan oleh Allah sedari dulu sehingga kini kepada umat Muhammad s.a.w. yang berpuasa???

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1:
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripad kesturi di sisi Allah.

Bonus 2:
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

Bonus 3:
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4:
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Bonus 5:
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."
(Riwayat Ahmad)

(Sumber dan info penuh dari Solusi Ramadan)

Pengajian Kitab & Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

سم الله الرحمن الرحيم





Jumaat, 5 Ogos 2011

Puasa Adalah Latihan Yang Menyihatkan

سم الله الرحمن الرحيم


BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.


Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

· Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

· Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

· Mengulangi makanan sepanjang malam.

· Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

· Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )

– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

Berbuka Puasa Cara Nabi Muhammad SAW

سم الله الرحمن الرحيم


Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa.

Antara adab-adab itu ialah:
a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)
– Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata:

“Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-
Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)”

– Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir,
membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan
berbuka puasa.”

– Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.


Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis.
Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w.

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab.
Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.”

– Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib
setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah
didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.”

– Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208:
“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”
– Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.


Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin,
anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah.

Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”
– Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.

Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...