Ukhwah Islamiyyah

Jumaat, 30 November 2012

Jihad Anak-anak Palestin


























Pernah suatu ketika seorang daripada aktivis Aqsa Syarif yang telah pergi ke Gaza dalam misi A2G bertanya kepada salah seorang warga di sana, setelah kagum melihat semangat kanak-kanak dan remaja mereka menghafaz Al Quran..

"Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?"

"Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid"

Subhanallah, itu motivasi mereka. tarbiyah bumi Gaza itu sendiri membentuk peribadi-peribadi yang cekal dan berjiwa besar.

****

Tahukah anda, yahudi paling takut dengan anak-anak kecil palestin. Sebab? sebab anak ini sejak dari kecik lagi sudah disemai benih jihad, dan sudah diterapkan akidah, dan sudah hafal quran sejak kecil lagi. percakapan harian anak-anak ini ialah, sudah berapa juz dihafal? umur berapa nak syahid?

BEZA dengan anak kecik melayu, dari kecik sudah diajar jihad untuk masuk ke akademi nyanyian, kalau tak boleh masuk, menangis mak. Lagu ning nak cakap pasal jihad? dari kecik tu kita semai dah anak kecik cintakan dunia!!!!

KISAH YANG MENYENTUH PERASAAN

Seorang kanak-kanak perempuan dipalestin ditembak lalu dibawa ke hospital. Sesampainya di hospital, kanak-kanak itu terus dihantar ke doktor untuk merawatnya. Beberapa ketika kemudian kanak-kanak perempuan itu menangis, doktor yang merawatnya berkata:

"sabar, saya tahu ianya memang sakit, kamu bertahan ya, insyaAllah kamu akan pulih." 

Lalu kanak-kanak perempuan itu berkata sambil teresak-esak

"saya bukan menangis kerana sakit, tapi saya menanggis kerana abi, ummi, kakak, abang juga adik saya yang lain masih berhempas pulas mempertahankan islam, sedangkan saya selesa berbaring disini."

Doktor yang merawat kanak-kanak perempuan itu menitiskan air mata medengarkan jawapan itu. Sungguh tak menyangka sungguh bersih jiwa kanak-kanak perempuan itu.

Subhanallah, maha suci Allah. sungguh jika ditakdirkan kita berada di tempat kanak-kanak tu, apa perlakuan kita. Umat islam ditindas, kita tahu tapi ramai yg lebih suka buat tak tahu. umat islam kelaparan, kita tak pernah mahu ambil tahu.

Bantulah umat islam yang lain, jika kita tak mampu membantu dengan tenaga atau duit, andai kita mendoakan itu juga dikira membantu, satu lagi yang kita dapat membantu umat islam. BOIKOT BARANGAN ISRAEL !

Sabtu, 24 November 2012

JIKA BENAR BICARA MU

بسم الله الرحمن الرحيم




Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka. 

Di mana-mana selalu nampak ayat ini. Betulkah begitu? Apa maksudnya? Kenapa pula? Kenapa pula orang lain yang buat dosa, orang lain pula yang perlu tanggung? Kita perlu kritikal membaca.

Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki :

1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya

Perlu faham.

Dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan ditanggung sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak ke jalan yang benar iaitu Islam seperti ayat 164, surah Al-An’am.

“Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; 

dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”

Dahsyatnya seorang wanita ciptaan Allah SWT yang Maha Hebat. Tangan yang menghayun buaian mampu menjadi tiket kepada lelaki sama ada ke neraka atau syurga.

TIKET KE SYURGA 

Wanita solehah tidak keluar rumah melainkan keizinan suami dan urusan mustahak. Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya sebagai langkah berhati-hati. Para sahabiyah RA tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan-jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah.

Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas. Dengan berjihad dan syahid di jalan Allah.

TIKET KE NERAKA

Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka kepada pandangan umum. Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj (berhias diri) kecuali untuk suaminya sendiri.

Firman Allah SWT : “Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah al-Ahzab : 33) 

Ya. Memang benar. Islam itu mudah, tetapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam.

Kalau kita sayang ayah atau suami. Berubahlah. Berhijrahlah ke arah lebih baik.

Wahai para suami, peringatkan isterimu. Sekiranya diri mereka terlupa untuk berhijrah ke arah jalan yang lebih baik.

kredit: muslimdoktor.blogspot.com

IMAM AL-GHAZALI BERGURU DARI PEROMPAK

























Seluruh usia muda Imam Ghazali dihabiskan dengan menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh ulamak yang terkenal pada zamannya. Segala nota dan ilmu catitan yang dipelajarinya selama ini disimpan dengan baik-baik dalam satu beg. Masanya untuk pulang ke kampung halaman sudah tiba dengan membawa sekali beg yang berisi nota-notanya. Dalam perjalanan pulang, kafilahnya telah diserang oleh perompak. Setiap bungkusan, karung dan juga beg akan diperiksa. Tiba giliran Imam Ghazali, lalu ia berkata,

"Kamu boleh ambil apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan ambil beg ini."

Para perompak mengesyaki sesuatu yang berharga di dalamnya lalu merampas beg tersebut dan menyelongkarnya. Apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu.

"Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini? "Soal ketua perompak,

"Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catitan ini aku ambil dari guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini. "Jawab Imam Ghazali.

"Jika begitu kamu adalah orang yang paling bodoh, catitan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri. "Balas ketua perompak,

Imam Ghazali terpegun mendengarkan hujah yang tepat dari seorang ketua perompak yang baik hati. Mulai dari saat inilah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya. Selepas ini tiada siapa lagi yang boleh mencuri ilmunya.

Wallahua'alam

Jumaat, 23 November 2012

Untuk Renungan Bersama: ISRAEL - PALESTIN
























Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya macam2 soalan mengenai konflik Palestine / Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu banyak soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannya ini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:

(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)









































[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YANG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. 

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikit pun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan / kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine......... 

via Bibi Intan Suraya Murat

Rabu, 21 November 2012

Rahsia Kejayaan Islam Sultan Muhammad Al-Fateh


Pesanan Sempena Hari Asyura

بسم الله الرحمن الرحيم



























Rasulullah s.a.w wafat tahun 11 hijrah bersamaan hari Isnin 12 Rabiul Awal. Tidak sampai 2 bulan sebelum Baginda wafat (selepas 10 Muharram tahun 11 hijrah itu), Baginda ada bersabda:

لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع

Kalau aku masih hidup tahun depan, pasti aku akan puasa pada 9 Muharram. Hadis riwayat Imam Muslim, daripada Abdullah bin Abbas r.a


























Ulasan: Rasulullah tidak kesampaian untuk tunai keinginannya. Apa kata kita puasa esok (Jumaat, 9 hb Muharram / 23 Nov), kita tunaikan hasrat Baginda yang tidak kesampaian itu. Tentu Baginda TERSENYUM BANGGA DENGAN KITA. Amin

Sumbangan: Ustaz Mohammad Haidzir bin Husain (Beliau adalah salah seorang penulis buku di Telaga Biru sdn.bhd)


Selasa, 20 November 2012

SELAMATKAN GAZA! Apakah peranan kita?


























Apabila mengenang nasib saudara kita di Gaza, nak bergelak ketawa sesama rakan pun rasa berat. Nak post gambar-gambar menarik pun rasa terbantut. Kalau boleh, nak post semua benda berkaitan Gaza. 

Kerana kita disini dan mereka disana. Kerana mereka berperang dengan fizikal, kita berperang dengan hati dan hawa nafsu. Ya ALLAH, hantarkanlah tenteramu bagi melindungi saudara kami di Gaza.

Kita sebagai umat islam hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa. Allah akan sentiasa mendengar doa hambanya yang bersungguh-sungguh.


Jika kita tak pergi berjihad

Mukmin yang perihatin dengan keadaan saudaranya di Gaza, Syiria dan sebagainya tidak akan sanggup menikmati makanan yang mewah dan bersedap-sedap dengan nikmat dunia sementara saudara seagamanya yang berada diseberang laut dihujani dengan peluru dan bom serta terbunuh setiap hari.

Daripada Nu'man bin Basyir RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى 

Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin yang lain pada kasih sayang dan belas kasihan serta saling tolong-menolong ialah seperti jasad yang satu. Apabila satu anggota badan mengadu sakit maka kesakitan itu akan turut dirasai oleh seluruh tubuh dan mengalami demam serta berjaga malam (sukar untuk tidur). [riwayat al-Bukhari & Muslim].

10 PERISTIWA DI SEBALIK 10 MUHARRAM


























sumber: http://mykhilafah1924.tripod.com/Bulan_Muharam.htm

Ahad, 18 November 2012

Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam?






















Apa Hujah Dr MAZA dan Ustaz Nik Amar menjawab persoalan Ust Afandi (UMNO) berikut:

Hujah 1. Pernahkah Nabi s.a.w. berdoa musnah / bala kepada sesama Islam? Hatta kepada Abdullah bin Ubay, pernahkah Nabi s.a.w. doakan bala' kepadanya?

Hujah 2. Ketika Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah bertemu dengan Firaun, bersama Nabi Harun a.s. diminta supaya pergi berdakwah kepadanya dengan cara yang baik.

Saksikan...


Satu pencerahan. Dr.Maza memang hebat dan berilmu. Cara dia berhujah tidak perlu jerit2 dan ikut emosi seperti ustaz umno yang bagi soalan tu.

Sabtu, 17 November 2012

Kisah Jihad Seorang Ulama Tua


Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah merupakan seorang ilmuan hadis dan fiqh yang tersohor. Sumbangannya dari segi keilmuan tidak dapat dinafikan. Satu ketika, beliau mendengar seruan jihad fi sabilillah. Lalu, beliau tampil untuk turut serta dalam peperangan tersebut. Akan tetapi, komander telah menolak penyertaannya memandangkan usia beliau yang telah tua bahkan telah pun buta sebelah matanya. 

Walaubagaimanapun, beliau berkeras untuk turut serta lalu berkata, "Seandainya aku tidak mampu mengangkat senjata, sekurang-kurangnya aku mampu meramaikan bilangan tentera dan menjaga barang-barang!"

Begitulah sikap Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah yang sangat ghairah memperjuangkan agama Allah. Beliau mahu terus menyumbangkan sesuatu untuk Islam sedangkan beliau sudah banyak menyumbang dari segi keilmuan.

Soalan untuk diri masing-masing, "Apa yang aku buat demi Islam?" 

(Kisah di atas disebut oleh Imam al-Qurtubi rahimahullah di dalam Tafsirnya, al-Jami' li Ahkamil Quran)

kredit: fattabiounimalaysia

Jumaat, 16 November 2012

MEREKA MEMERLUKAN DOA KITA
























Saya kongsikan kata2 Ustaz Hasrizal Abdul Jamil:

"Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.

Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.



















InsyaAllah moga bermanfaat

Khamis, 15 November 2012

Suatu Masa Dahulu..dan KINI..


























Sejarah menunjukkan bagaimana Israel merampas tanah Palestin. Doakan saudara-saudara di sana agar Allah swt terus memberi kekuatan terus berjuang menentang Israel.



























Bayangan Tragedi Gaza 2008-2009 ke atas Gaza bakal berulang kembali. Di awal tahun 1434H ini, Gaza terus dihujani muntahan bom dan peluru yang telah mengorbankan Ketua Umum Briged al Qassam dan puluhan yang lain.

Tabahkan jiwa dan bersabarlah wahai saudaraku, iringan doa dan sumbangan kami di jauhan tetap bersama anda wahai ahli Gaza.














Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu Ya Allah.

- Dr Zainur Rashid Zainuddin -

Save PALESTINE and SYRIA























Orang Mukmin sentiasa menang dalam apa suasana. Jika mati terbunuh menegakkan ugama mendapat syahid. Yang penting kita berusaha menjadi mukmin. Ini dapat di capai dengan ilmu dan disiplin. Kita kalah bukan kerana musuh kuat tetapi kerana kita lemah dan cinta dunia. Jadikan menjadi muslim, mukmin, muhsin dan muttaqin tujuan hidup kita.

Jika kita bersemangat melawan musuh tetapi musuh dalaman kita iaitu penyakit hati dan akidah, ibadah dan akhlak keluarga terdekat kita tidak pedulikan alangkah ruginya.

Jom selalu ada sifat sentiasa melihat dengan mata hati dan lihat dunia ini ladang mencari habuan di akhirat. Lebih baik kita sibuk melihat diri dan membetulkan diri dan kita sama berdoa semoga mangsa di Gaza yang terkorban mati dalam iman dan mendapat syahid di sisi Allah swt.

Jom ambil iktibar menghargai setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita mencari bekalan di akhirat nanti. Sebenarnya mereka yang berada di Gaza 'bertuah' kerana akan sentiasa ingat mati dan tidak ada masa nak buat maksiat berbanding dengan orang Islam lain yang tidak merasakan maut akan menjemput bila bila masa sahaja.

Wallahuallam.

oleh:  Prof Dr Muhaya's

Rabu, 14 November 2012

Jihad Palestin : Tuntutan Maruah Iman Dan Persaudaraan

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Memandangi wajah bayi dan kanak-kanak yang terkorban di Gaza menimbulkan perasaan amat bersalah di dalam hati kita kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saudara kita yang ditindas. Kemudian soalan-soalan datang menerjah nurani keimanan kita, apakah bentuk-bentuk bantuan yang paling relevan disumbangkan kepada mereka agar kita terlepas dari tanggungjawab sebagai muslim di hadapan Allah nanti? Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman yang menumpahkan darah kaum muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para Nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah, apakah perananmu untuk memastikan kalimah Allah tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?

Tak mampu rasanya menjawab soalan-soalan tajam umpama peluru-peluru yang mengoyak jantung hati kita. Betapa selama ini keselesaan hidup telah melayukan semangat Islam dalam diri yang lena. Sesungguhnya seluruh bumi Allah ini adalah tanggungjawab kita, di mana seorang muslim lahir disitulah tanahair kita. Tiada batasan yang memisahkan seorang Malaysia dan seorang Palestin, agama telah mengajarkan tiada perbezaan antara kulit hitam atau putih kerana yang menyatukan mereka adalah keimanan kepada Allah Yang Satu. Kita disatukan oleh iman, inilah nasionalisme Islam yang sebenar.

Amat menyedihkan, ramai di kalangan umat Islam yang jahil terhadap isu Palestin. Padahal mereka cukup bijak dalam menempa kejayaan peribadi, kerjaya dan kedudukan selesa yang seharusnya mencelikkan hati nurani untuk memandang dengan serius isu-isu kemanusiaan sejagat. Keghairahan membina masa depan sendiri telah menyuburkan egoisme dan sifat individualistik dalam diri manusia. Mengabaikan isu Palestin semudah mereka menekan butang televisyen yang memaparkan kisah Palestin ke siaran sukan atau hiburan tanpa rasa prihatin. Apakah bentuk-bentuk sokongan kepada perjuangan umat Islam di Palestin?

Bermula dari kesedaran memahami bahawa peperangan di Palestin adalah isu agama dan keimanan. Walaupun media sentiasa memaparkan perbalahan yang terjadi antara dua kubu Fatah dan Hamas yang seolah-olah mahu menunjukkan perebutan kuasa politik, ketamakan dan kotornya peperangan sesama umat Islam sendiri. Tujuan media barat memaparkan isu ini supaya umat Islam yang melihat dari kaca televisyen berputus asa terhadap masa depan Palestin dan tidak mahu lagi campur tangan dalam isu ini kerana letih melihat pertumpahan darah sesama muslim yang mencalarkan imej perjuangan mereka. Padahal isu perebutan kuasa di Gaza sebenarnya telah selesai dengan keputusan pilihanraya yang dimenangi Hamas. Yang membangkitkan peperangan lagi adalah Israel dan sekutu kuatnya Amerika yang mahu Fatah memerintah supaya terjadi konflik yang berlanjutan. Sengketa Fatah dan Hamas merupakan makar dan rancangan busuk Israel dan sekutunya untuk menciptakan ketidakstabilan politik dalam tubuh Palestin. Juga menipu mata dunia Islam supaya mereka mempersoalkan keikhlasan pejuang-pejuang Palestin tersebut. Akhirnya umat Islam seluruh dunia melupakan Palestin. Jika seorang muslim yang mengikuti dari jauh kisah-kisah perjuangan Palestin telah pun rasa bosan, tidak terdetik hati untuk berniat memberi sokongan dan pertolongan, maka dikhuatiri keadaan itu akan mencabut keimanan dalam hatinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda baginda SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorang muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Kelemahan umat Islam dalam menyampaikan maklumat yang sahih tentang isu Palestin ini dimanfaatkan oleh Zionis yang mampu memutarbelitkan fakta dalam berita yang mereka sebarluaskan melalui media masa. Mereka menyatakan tanah Palestin adalah milik nenek moyang mereka, sedangkan jika diteliti, sejarah dunia ini telah mencatatkan pembohongan mereka itu.

Asal bangsa Palestin dikenali sebagai bangsa Kan’an dan keturunannya telah mendiami tanah itu sejak 1500 tahun sebelum bani Israel menetap di sana. Islam pula telah datang dan memerdekakan Palestin dari cengkaman penjajahan dan berkuasa selama 1200 tahun. Sejarah tamadun Islam telah merekodkan pembebasan Palestin dari cengkaman Rom pada zaman Umar bin al-Khattab. Islam memberi kedamaian selama 500 tahun di mana Kristian dan Yahudi dilindungi status kerakyatan mereka sebaga kafir Zimmi yang diberi hak-hak sebagai warganegara.

Berdasarkan fakta penyelidikan seorang ahli akedemik Yahudi sendiri yang bernama Arthur Koestler, lebih dari 80% Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti Yahudi sekarang sebenarnya berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno yang asalnya bukanlah Yahudi. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 M, mereka sepatutnya pulang ke selatan Rusia bukannya ke Palestin.

Jadi, mengapa Zionis amat berminat dengan bumi Palestin? Zionis Internasional telah merangka dengan teliti tanah jajahan yang paling strategik dan berharga dengan menciptakan Negara Yahudi. Suatu ketika mereka pernah merancang memilih Uganda sebagai jajahannya tetapi di situ tidak terdapat nilai-nilai sentimental sebagaimana di Baitul Maqdis yang menyimpan sejarah bani Israel bertapak suatu ketika dahulu. Mereka juga beriman bahawa di Al-Quds akan muncul Messiah (penyelamat) dan akan mengasaskan kerajaan Yahudi yang besar sepertimana yang dibina oleh Sulaiman, menurut dakwaan dongeng mereka.

Sikap umat Islam terhadap penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Kita wajib menentang sekeras-kerasnya pembantaian dan pencerobohan ke atas kaum muslimin. Para ulama sedunia telah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada Tahun 1947, Fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagi-bahagiakan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan Negara Israel di Palestin. Tahun 1956 Fatwa Syaikul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas kaum Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara Negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.


Antara tindakan minima yang wajib dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia adalah memboikot barangan Israel dan sekutu. Mereka juga haram menjalankan hubungan dagang dan memberi apa-apa bekalan musuh termasuk, memboikot Amerika yang merupakan sekutu utama Israel. Dr Yusuf Al-Qaradawi telah menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minima yang wajib dilakukan.

Apakah fatwa-fatwa ini mampu menggerakkan umat Islam untuk menyokong perjuangan Palestin? Setiap kali kita membaca surah al-Isra dan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, muncul satu pertanyaan tentang keterlibatan kita dalam isu Baitul Maqdis, adakah cukup sokongan yang diberi untuk melayakkan kita sebaris dengan mereka yang berjihad di sana? Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanahair kita juga kerana Rasulullah SAW telah memberi amaran dalam hadis baginda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai-nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Ataukah anak-anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat tentangnya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang muslim iaitu berjihad di jalan Allah. Apabila telah terhakis semangat menegakkan agama Allah dalam diri generasi Islam tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tak peduli dengan agama, mencampakkan Al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis-hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab-kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa-bangsa lain.

Sebagai ibu bapa yang beriman dan mengharapkan keluarga menjadi keluarga mujahid semestinya maklumat dan bukti sejarah tentang perjuangan intifada menjadi bacaan wajib untuk anak-anak sebagai persedian awal memupuk semangat cintakan Islam. Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah Negara Islam merdeka. Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat ayat: 15)

Sumber :- DrJuanda.com

Salam Maal Hijrah 1434














Ya Allah, Engkau semarakkanlah semangat hijrah dalam diri ini, untukku berhijrah ke arah kebaikan sepertimana Engkau gerakkan hati NabiMu dan sahabat-sahabatnya. Aku yakin dan percaya bahawa dengan berhijrah sahajalah ku dapat membina kecemerlangan dan kegemilangan.

Justeru Ya Allah, perkuatkanlah tekad dan azamku untuk terus berjuang dan berkorban ke arah memartabatkan ummah dan negara.

Ya Allah, hijrahkanlah hati, amalan dan fikiranku ke arah kebaikan, hijrahkanlahku dari maksiat kepada taubat dan keinsafan. Hijrahkanlah aku dari kufur kepada bersyukur, hijrahkanlah aku dari jahil kepada berilmu dan hijrahkanlah aku daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah mengikut petunjuk dan pimpinanMu Ya Allah.......ameen.

Isnin, 12 November 2012

Jangan Tutup Pintu Hati Jika Hidayah Datang

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada diri manusia terdapat tiga kekuatan yang dibekalkan Allah untuk menghadapi kerasnya ujian di dunia. Selain akal fikiran yang cerdas, tubuh badan yang sihat dan hati yang berfungsi sebagai pengeluar bermacam-macam perasaan, ada benci, rindu, kasih sayang, dendam, sedih, gembira yang kesemuanya mengawal gerak tubuh manusia.

Kecerdasan akal tidak akan sempurna tanpa hati yang cerdas. Berapa banyak orang cerdik pandai jadi sampah masyarakat kerana ilmu yang dimiliki dikawal oleh hati yang rosak sehingga dengan ilmunya ia banyak memudaratkan orang. Demikian juga kekuatan tubuh badan tidak akan sempurna kecuali dengan hati yang kuat. Jika hati sihat nescaya tidak ada fenomena penganggur yang berbadan sihat. Betapa berpengaruhnya hati pada diri manusia.

Untuk dapat memiliki kecerdasan dan kekuatan hati yang sentiasa menyala hendaklah dipastikan agar pintunya selalu terbuka untuk mendapat hidayah Allah. Ada empat hidayah Allah yang dicurah pada tasik hati manusia. Jika mereka menutup pintunya maka hidayah itu tidak dapat meresapi dasar hati.

Pertama,
Buka pintu hati ketika ilmu Allah datang. Kesedaran menuntut ilmu di kalangan kaum muslimin hari ini semakin meningkat. Majlis-majlis ilmu yang dibuka semakin ramai peminatnya. Demikian halnya dengan program-program dakwah di televisyen dan radio cukup mewarnai nuansa keilmuan umat Islam. Tetapi adakah kepelbagaian cara dan konsep yang diajarkan itu berkesan pada peribadi individu muslim yang belajar? Jawapannya ialah bergantung pada keikhlasan yang bersumber dari hati ia akan menyerap ilmu menjadi kuasa hebat yang merubah peribadi sesorang. Jangan tutup pintu hati ketika ilmu datang, terimalah kebenaran itu dengan sikap ketaatan mutlak kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Amalkanlah apa yang kita pelajari kerana ilmu Allah itu bukan untuk makanan otak sahaja tetapi ia lebih diperlukan oleh hati orang beriman, kerana tanpanya hati akan mati. Jangan beralasan bahawa belum masanya kita berubah, kenapa biarkan hati terhijab oleh nafsu dan kepentingan diri? Allah SWT berfirman:

" Tidaklah patut orang yang beriman apabila datang ketentuan Allah dan Rasul-Nya mereka mengambil hukum yang lain daripada itu....

Kedua,
Buka pintu hati ketika sahabat yang soleh dan solehah ingin berkenalan. Jangan memisahkan diri dengan orang yang mengingatkan kita kepada Allah. Terimalah nasihat orang-orang yang salih dengan hati terbuka. Firman Allah SWT:

”Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang mengajak ke jalan Tuhanmu di pagi dan petang hari kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya. Dan janganlah pandanganmu berpaling dari mereka kerana inginkan perhiasan dunia. Dan janganlah kamu taat kepada mereka yang telah kami palingkan hatinya dari mengingati Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan sesungguhnya keadaan mereka itu amatlah melampaui batas.” (Al-Kahfi: 28)

Ada beberapa sifat yang dimiliki oleh seorang sahabat yang baik.

  • Pertama, beriman dan sentiasa mahu kita mempertingkatkan iman. 
  • Kedua, rajin bekerja dan beramal soleh, suka membantu kita dalam berbuat baik. 
  • Ketiga, amat berminat kepada ilmu agama. 
  • Keempat bersifat jujur dan ikhlas dalam bersahabat. 

Jika kita memiliki sahabat yang berciri-ciri seperti ini maka bukalah pintu hati untuk mengambil manfaat daripadanya, kerana sahabat kita itu akan mencorakkan hati, perasaan dan pemikiran kita menjadi lebih baik daripada sebelum kita berkenalan dengannya.

Ketiga, Buka pintu Hati ketika gerak taubat semakin kuat, jangan ditunda lagi. Ilmu yang merupakan hidayah dari Allah dan sahabat yang menguatkan iman kita rupanya belumlah cukup untuk memperbaiki diri kita selagimana dorongan hasrat tidak benar-benar kuat. Orang yang menunda taubat biasanya berfikir masih ada modal untuknya menyelamatkan diri iaitu masa. Tunggu sampai anak besar baru hendak sembahyang, tunggu sampai kaya baru hendak sedekah, tunggu masa lapang baru hendak belajar agama, tunggu rambut telah gugur nanti baru bertudung, tunggu masa tua baru bertaubat. Akhirnya tragedi anak Nabi Nuh berulang lagi, peluang taubat di hadapan mata tetapi kerana masih berasa ada modal menyelamatkan diri ke gunung yang tertinggi ia menjadi buta hati. Begitu juga dengan nasib si penunda taubat lama kelamaan hatinya menjadi buta disebabkan terlalu banyak berdosa. Maka terhijablah antara dirinya dengan hidayah Allah. Sepertimana firman Allah menegaskan:

”Mereka itu sama sahaja kamu beri peringatan atau kamu tidak beri peringatan mereka tetap tidak mahu beriman.” (Yasin )

Demikianlah tiga usaha memperoleh hidayah Allah iaitu dengan ilmu, sahabat yang soleh dan cepat bertaubat. Semua itu bermula dari hati. Dengarlah bisikannya kerana kata hati itu adalah kebenaran. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

”Dosa itu ialah perasaan ragu-ragu dalam hatimu dan engkau tidak suka orang lain mengetahuinya.”

Hati yang cerdas dan kuat adalah hati yang memiliki sensitiviti yang tinggi dengan dosa dan maksiat. Perasaan bersalah dan kemurungan akan berlaku apabila berbuat dosa. Sedih bila terlepas sembahyang subuh, murung apabila tidak sempat membaca al-Quran. Risau apabila terlepas lidah mengumpat kawan, takut dengan dosa hari ini dan pilu dengan amal yang sedikit. Begitulah kata hati yang sihat dan selamat sesuai dengan firman Allah SWT:

”Pada hari itu (hari kiamat) sudah tidak berguna lagi harta benda dan anak-pinak kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat (bersih). (Al-Syuara: 88-89)

sumber

Muhasabah Jiwa Hamba


Jumaat, 9 November 2012

Ucapan Terbaik Dari Pierre Andre di Anugerah Skrin 2012
























Pelakon dan Pengarah muda yang berbakat, Pierre Andre telah memberi ucapan yang terbaik sebagai pesanan kepada artis-artis didalam dunia hiburan tempatan. Anugerah Skrin 2012 kali ini mencetus pelbagai kontroversi termasuk isu Rosyam Nor dan Zizan yang hangat diperbualkan didalam laman sosial.

Semestinya ramai yang menonton secara live rancangan itu di dalam kaca TV. Namun pesanan yang paling bernilai untuk kita semua sedar akan kebesaranNya diungkapkan oleh seorang pengarah muda Pierre Andre. Alhamdulillah Pierra Andre mengambil kesempatan ini untuk memberikan pesanan yang sangat mendalam kepada kita semua. Beliau berkata :

 "Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".

Ini mengingatkan kita semua, tidak kira betapa besarnya anugerah atau pangkat yang kita terima di dunia ini adalah bersifat sementara. Yang hakiki ialah di Akhirat kelak.

Saksikan videonya...


Renungan

Yang baik pada hari semalam, belum tentu syurga dalam tangannya
Yang jelik pada hari semalam, belum tentu juga neraka dalam tangannya..

Hidayah itu milik Allah. Kamu cari hidayah, kamu dapat. Itu kuncinya. Sepertinya, kamu datang kepada Allah dalam keadaan berjalan, Allah datang berlari. Kamu datang berlari, Allah datang lebih berganda ganda lajunya dari berlari. Tidakkah itu satu keajaiban? Dari Allah untuk hambaNya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...