Ukhwah Islamiyyah

Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Februari 2013

Haram Melakukan Kezaliman




















"Allah sendiri mengHARAMkan ZALIM kepada sifatNya, justeru itu Allah haramkan zalim sesama kita... Zalim = letakkan sesuatu tak kena pada haknya. Zalim paling BESAR ialah menSYIRIKkan Allah...

Sabda Nabi; '..apabila (manusia) lihat orang zalim buat zalim sedangkan dia tak ambil tindakan dengan tangan (kuasa)nya (tak buat apa), hampirlah Allah akan meratakan mereka itu dengan azab dan bala... / kena doakan kapal (orang jahat) karam kerana apabila ia karam, kita (orang baik) boleh selamatkan mereka (ikut bersama) ke kapal kita ;)... / lawanlah kezaliman hingga yang berKUASA hanyalah AL-QURAN & HADITH...

JIHAD paling afdhal = bercakap BENAR cegah kemungkaran di hadapan pemimpin2 yang zalim... (di Akhirat) Nabi tak akan mengaku orang yang buat zalim sebagai UMATNYA... / jadilah orang bermaruah yang memandang keBESARan itu ialah AKHIRAT... / perkataan BURUK yang diSUKAI Allah DOA orang yang dizalimi (Nabi; takutilah ia kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah)... / jadilah orang yang suka berikan KEMAAFAN walaupun pernah dizalimi..

Kita BERJUANG bukannya untuk puaskan hati... / sunnah sebarkan MIMPI yang BAIK adalah untuk motivasikan  / segarkan MINDA (sahabat)..."

 – ustaz Uda Kassim
(Ada 7 video klip / rakaman di bawah)

Sabtu, 15 Disember 2012

‎Lelaki Bercahaya Berjaya Dirakam Di Masjid Nabawi


Ada yang kata rakaman yang menampakkan seorang lelaki bercahaya sewaktu khutbah Jumaat didalam Masjid Nabawi ni, hanya edit semata-mata. Mulanya kami ingatkan silauan matahari atau lampu spotlight dalam Masjid Nabawi. Tetapi apabila di’play’ semula secara perlahan-lahan, cahaya itu memang datangnya dari sosok lelaki yang berada ditepi tiang sekali.

Lihat video - http://www.harian-metro-online.com/video-lelaki-bercahaya-berjaya-dirakam-di-masjid-nabawi

Selasa, 11 Disember 2012

Pikir la sendiri teman-teman

Isu yang agak panas baru-baru ini! Seorang ahli majlis syura Ulama Muda... menyebut di dalam kuliahnya mengenai tiada jihad di bumi Palestin, rakyat Palestin mestilah keluar dari tanahairnya serta pemboikotan barangan israel adalah sia-sia. Ramai yang terkilan dengan kenyataan itu, tidak kurang yang merasa marah sehingga ke peringkat memaki hamun.

Saya tidak bermaksud untuk mengulas panjang kenyataannya, kerana saya bukanlah seorang yang berilmu. Cuma saya rasakan ia tidak wajar di ketengahkan kepada masyarakat lebih-lebih lagi di saat rakyat Palestin sedang berjuang untuk membebaskan tanahair dan kehidupan mereka.

Saksikan video ini:



Ini pula adalah hujah Dr MAZA menjawab apa yang disebut oleh ustaz berkenaan. Fikirkanlah teman-teman, manakah hujah yang lebih menepati realiti yang berlaku serta pendekatan yang seharusnya diambil.



*Bimbang kita semakin hilang sensitiviti kepada sesama ummah...

kredit: abuikhwan.blogspot.com

Ahad, 18 November 2012

Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam?






















Apa Hujah Dr MAZA dan Ustaz Nik Amar menjawab persoalan Ust Afandi (UMNO) berikut:

Hujah 1. Pernahkah Nabi s.a.w. berdoa musnah / bala kepada sesama Islam? Hatta kepada Abdullah bin Ubay, pernahkah Nabi s.a.w. doakan bala' kepadanya?

Hujah 2. Ketika Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah bertemu dengan Firaun, bersama Nabi Harun a.s. diminta supaya pergi berdakwah kepadanya dengan cara yang baik.

Saksikan...


Satu pencerahan. Dr.Maza memang hebat dan berilmu. Cara dia berhujah tidak perlu jerit2 dan ikut emosi seperti ustaz umno yang bagi soalan tu.

Isnin, 30 Julai 2012

Bolehkah atlet tangguh puasa kerana olimpik?

Isu atlet tangguh puasa kerana olimpik telah menjadi satu perbahasan di kalangan massa.

Dengarlah penerangan daripada ulama tersohor nusantara, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki mengenai perkara ini.



sumber: abuikhwan.blogspot.com

Selasa, 5 Jun 2012

Sultan Muhammad Al Fateh

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari Memperingati kemenangan Sultan Muhammad Al Fateh
 menawan kota Konstantinapole - 29 Mei 1453

Rasulullah saw pernah mengungkapkan bahawa, suatu hari mendatang kota itu pasti jatuh ke tangan seorang pemerintah yang terbaik, seorang pemimpin tentera yang perkasa. Seorang yang mempunyai budiperkerti yang mulia. Dan 800 tahun selepas sabda Nabi saw itu, ia pun menjadi realitas. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah berjaya membuka kota itu- Konstantinapole. Baginda memulakan pengepungan pada hari Khamis, tanggal 5 April 1453 dan berakhir tanggal 29 Mei 1453 dengan kemenangan - Kini 546 tahun berlalu.

Muhammad Al Fatih, saat kecilnya seorang anak nakal, sang bapa pun tahu akan kenakalan itu. Lalu bapanya memilih guru-guru yang terbaik guna mendidik anaknya. Dengan pendidikan yang sempurna dan disiplin yang ketat, akhirnya Muhammad bebas sepenuhnya dari kenakalan dan bertukar menjadi seorang yang berakhlak mulia

Sultan Muhammad dibimbing pula untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk solat malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, saat itu beliau menangis teresak-esak.


Baginda dapat menguasai lebih dari lima bahasa, termasuk bahasa Arab. Juga mahir subjek sejarah, geografi, astronomi juga ilmu ketenteraan.
Lama sebelum rencana pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar-pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimana upaya untuk mengatasi halangan-halangan dibincangkan dan disepakati.

Akhirnya dikenalpasti; dinding tembok itu terlalu tebal sedangkan saat itu belum ada teknologi yang bisa meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu. Akhirnya berjaya mencipta meriam besar dan berkuasa tinggi. Digerakkan oleh seratus ekor kuda dan seratus tentera,. Bila diletupkan bunyinya bisa didengari sehingga 18 kilometer. Tembakannya menyebabkan tembok berlubang seluas enam kaki .

Rantai besi yang merintangi Selat Boupouras yang dipasang tentera Romawi bagi menghalang kapal-kapal perang Daulah Uthmaniah memasuki pertahan kota Konstantinpole juga berjaya ditipudayakan. Sultan Muhammad telah mencipta satu rencana luar biasa guna mengatasi halangan ini. Ia merupakan rekod sejarah yang menakjubkan dari aspek kreativitas. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada waktu malam supaya tidak disedari musuh. 
Kapal ini kemudiannya diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Sampai ketikannya, kapal-kapal itu pun dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Hal ini memeranjatkan tentera Romawi . 400 kapal mereka musnah terbakar. Sementara serangan dari darat dilancar serentak. Akhirnya kota Konstantinapole yang dikatakan kalis serangan itu berjaya ditawan tentera Islam dibawah pimpinan Sultan Muhamad Al- Fateh.

Dari mana kekuatan seorang pemimpin ini diperolehi Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada baginda sejak kecil. tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah saw sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

oleh: Rossem

Khamis, 13 Oktober 2011

Hatimu Terasa Kosong Wahai Pemuda?

سم الله الرحمن الرحيم



jika hatimu terasa kosong
bacalah Al-Quran

jika hatimu terasa gelisah
sujudlah kepada-Nya

jika hatimu terasa bermasalah
mohonlah kepada-Nya

kerana hanya Dia yang mampu Beri ketenangan itu
apa kau tidak percaya?

tidakkah kau melihat dunia di belah sana?
bagaimana mereka hidup?

sang rockstar misal kata
mereka boleh dikata miliki segala sang nafsu mahukan

mereka ada kereta besar,duit banyak,rumah besar
dan yang paling penting mereka ada gadis yang banyak

tapi apakah mereka hidup tenang?
tidak sama sekali

jikalau tenang
kenapa ramai yang bunuh diri mengadu hidup mereka tidak tenang?

jikalau tenang
masakan ada yang bunuh diri setelah bilion dimiliki

ketahuilah engkau
hati ini fitrahnya mahu kembali kepada Maha Pencipta

kerana hakikatnya
kita ini seorang hamba

kembalilah kepada-Nya
kembalilah kepada Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam

Allahuakbar
Allah Maha Besar

Astaghfirullahalazim
kembalilah

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Rabu, 22 Jun 2011

7 Golongan yang mendapat perlindungan 'Arash

سم الله الرحمن الرحيم


Peristiwa ini telah berlalu lama namun lihat bagaimana ulama dan pimpinan yang kita sanjungi di lindungi awan sepanjang jenazahnya di terbangkan dengan pesawat sedangkan tempat lain dalam keadaan panas..SUBHANALLAH

**************************************************************************************88

Sebagaimana kita maklum bahawa betapa dahsyat huru-hara hari mahsyar, ada orang yang rapat satu jengkal sahaja letaknya matahari di atas kepala. Bagaimana panasnya. manusia pada hari itu berpeluh bahkan berasak-asak dengan tidak berpakaian.

Lalu Saidatina Aisyah bertanya Rasulullah: "Tidakkah mereka malu!" Lalu Rasulullah gambarkan bahawa mereka tidak sempat untuk mengambil tahu tentang keadaan diri mereka kerana betapa huru-haranya hari tersebut. Di dunia jika air banjir, bumi tengggelam tetapi di mahsyar peluh manusia membanjirinya, Bagaimanapun air peluh ini, bergantung kepada amalan manusia.

Walaupun duduk ditempat yang sama tetapi ini adalah kuasa Allah S.W. T. Kepanasan itu dapat dilindungi dengan naungan Allah. Oleh itu didapati hanya tujuh golongan sahaja yang dapat perlindungan Allah ini.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

  • Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT
  • Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid
  • Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
  • Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah
  • Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya
  • Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
Riwayat Muslim

Golongan pertama ialah pemimpin yang adil. Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.

Golongan kedua ialah pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. Sejak kecil lagi ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perlindungan dihari kiamat.

Golongan ketiga ialah lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid. Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.

Golongan keempat dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Golongan kelima ialah seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah. Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.

Golongan keenam ialah seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak mengistihar sedekah dikhalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini, jikalau bersedekah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedekah, itu adalah unjuran agama, cuma bersedekah secara sirr (rahsia) adalah lebih baik.

Golongan terakhir iaitulah golongan ketujuh, seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.

Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.

Kesimpulannya bahawa manusia perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.

la bergantung kepada amalan seseorang itu, sejauh mana ia menjadi pemimpin yang adil, sejauh mana menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya, sejauh mana berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah, sejauh mana pergantungan hati kepada masjid dan perkara lain yang disebut di dalam hadith ini, dilaksanakan oleh kita semua. Oleh itu kita mestilah muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan mereka berkenaan. Jika ada kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk yang dikurniakan kepada kita. Jika tidak, kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita supaya tergolong di kalangan mereka yang mendapat perlindungan itu di hari tiada pelindung yang boleh menyelamatkan diri darinya melainkan perlindungan Allah S.W.T.

P.S. Kuliah Maghrib tadi dari Ustaz Yusof Arbain kat Masjid An-Nahdah cerita bab ni, aku malas nak tulis, aku 'copy & paste' dari blog ni: http://refata.blogspot.com tanpa memohon kebenaran dari tuan blog. Walau bagaimana pun, aku harap pemberi tazkirah, penulis, pembaca, pengamal & diri sendiri mendapat nur hidayah dari Allah SWT.

Ahad, 17 April 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

سم الله الرحمن الرحيم




Hati sayu dengan kata-kata yang disampaikan oleh Ustaz Asri....Muhasabahlah diri...Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita...

Ingatlah...walaupun kita rasa kita disisihkan oleh manusia...ingatlah...ALLAH ada bersama kita...ingatlah.. subhanallah...sayu sangat hati ini...........

Hasbunallah Hu Waniaq mal wakil...

Rabu, 13 April 2011

Hormati Guru dan Ulama

سم الله الرحمن الرحيم






Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah :

Rasulullah SAW bersabda :"Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama" (Muttafaqun ‘Alaih dari Mu'awiyah r.a). Maka jika ingin berubah menjadi orang yang baik, kenalah belajar dan faham tentang agama.

2. Firman Allah SWT : "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”. (Surah Al-Baqarah, ayat 269)

3. Firman Allah SWT : “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat. (Ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”. (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

4. Allah angkat martabat orang yang berilmu itu pada jarak 500 tahun perjalanan menuju ke syurga mendahului orang yang tidak berilmu.

5. Apabila Allah memberikan ilmu kepada kita, maka perangai kita, tingkahlaku kita, sepatutnya sesuai dengan ilmu dan keimanan yang Allah SWT bagi. Kerana semakin orang itu berilmu, semakin tawadhu' orangnya. Semakin orang itu beriman, semakin dia merendah diri. Semakin orang itu bertambah ilmu, semakin diam mulutnya. Semakin orang itu diberikan hidayah oleh Allah, semakin insaf dirinya. Tetapi jika seseorang itu apabila semakin bertambah ilmunya, semakin sombong pula dia, maka ada sesuatu yang tidak betul dalam diri dan juga pengajiannya.

6. Guru yang mengajar itu menjadi teladan kepada orang yang diajarnya. Jika guru yang mengajar itu kasar, maka anak didiknya juga akan menjadi orang yang kasar. Tetapi apabila gurunya seorang yang tawadhu', anak didiknya juga akan menjadi orang yang tawadhu'.

7. Ilmu itu membentuk dan mendidik diri kita. Iman dan ilmu yang baik akan membentuk jiwa yang baik dan akhlak yang baik.

8. Allah SWT meletakkan iman dan ilmu itu adalah sebenar-benarnya darjat yang membezakan kedudukan setiap manusia disisi Allah. Darjat manusia disisi Allah adalah bergantung kepada tahap keimanan dan keilmuan seseorang, bukannya terletak kepada harta kekayaan, pangkat, keturunan ataupun rupa paras seseorang.

9. Yang menjadi kesedihan hari ini, terlalu banyak orang yang ingin bercakap tentang agama, yang kurang faham tentang agama pun nak bercakap tentang agama. Perkara inilah yang boleh merosakkan dan menyesatkan akidah dan akhlak umat Islam hari ini. Misalnya ditanya hukum bernyanyi kepada seorang penyanyi, ditanya hukum rasuah kepada orang yang tidak amanah. Maka, biarlah mereka yang 'ahli' sahaja yang bercakap tentang agama. Siapakah mereka yang 'ahli' itu? iaitu mereka itulah para alim dan ulama, maka rujuklah kepada mereka ini. Biarlah ulama yang menasihatkan kita.

10. Hari ini kita akan mendengar nasihat mufti atau ulama hanya jika nasihat mereka menepati kehendak dan selera kita, tetapi kita akan membelakangkan ulama apabila teguran dan nasihat mereka tidak sesuai dengan kehendak dan keinginan kita, sedangkan nasihat para ulama itu datangnya daripada sumber Al-Quran dan Hadis.

11. Orang yang berilmu itu ibarat orang yang celik, orang yang jahil itu ibarat orang yang buta.

12. Sekiranya kita meletakkan ilmu dan akhlak itu mendahului perkara-perkara lain dalam memilih sesuatu ianya akan mendatangkan kesenangan, misalnya, kalau hendak mencari suami carilah suami yang berilmu dan berakhlak, kalau hendak mencari isteri carilah isteri yang berilmu dan berakhlak, begitu juga kalau hendak memilih pemimpin atau guru atau ustaz, pilihlah pemimpin, guru dan ustaz yang berilmu dan berakhlak. Ilmu semata-mata tidak cukup, kerana berapa ramai orang yang ada ilmu seperti profesor dan pensyarah, tapi profesor dan pensyarah pun ramai yang jahat jugak. Berapa ramai ustaz-ustaz yang ada ilmu, tapi ramai jugak ustaz yang tidak betul. Tetapi kalau hanya akhlak sahaja yang baik, tetapi tidak berilmu pun tidak berguna. Sebab itulah Rasulullah SAW suruh pilih orang yang berilmu dan juga berakhlak.

13. Akhlak kini semakin luput daripada orang-orang Melayu, semakin kurang anak-anak Melayu yang hormat bila lalu depan orang-orang tua, yang diam bila orang tua bercakap, malah ramai budak-budak sekarang sudah berani bercakap kasar dengan orang-orang tua. Penghormatan sudah hilang, sopan-santun orang Melayu sudah menjadi kenangan, pepatah Melayu dan budi bahasa bangsa Melayu hanya sudah menjadi sebutan silam, kiasan-kiasan lembut orang melayu sudah bertukar dengan bahasa-bahasa yang kasar...

14. Marilah kita menghormati ulama, marilah kita menghormati ilmu, kalau kita tidak mampu menjadi ulama, jadilah orang yang belajar ilmu dengan ulama. Disiplin nak menuntut ilmu dengan alim ulama ialah, pertama, ulama mengajar ilmu kepada orang yang nak belajar, kedua, mestilah menghormati tok guru dan ulama walaupun tok guru dan ulama itu lebih muda atau lebih rendah pangkatnya berbanding kita, ketiga, mencontohi Imam Syafie iaitu Imam Syafie menuntut ilmu dengan Imam Malik, disebabkan tinggi rasa hormatnya kepada tok gurunya, Imam Syafie tidak sanggup melunjurkan kakinya ke arah rumah Imam Malik ketika dia tidur dirumahnya.

15. Dengan sebab kita menghormati ulama, menghormati majlis ilmu, Allah turunkan barakah terhadap ilmu yang kita belajar, bila ilmu itu barakah maka rumahtangga menjadi baik, anak-anak jadi baik, murah rezeki dan kesihatan menjadi baik.

Sabtu, 2 April 2011

Kanak-kanak Syurga Membaca al-Quran dengan penuh kesedihan

سم الله الرحمن الرحيم

Bismillahirrahmanirrahim.

Post kali ini asalnya daripada blog peribadirasulullah

Barisan Ulama' menangis kerana pemergian kanak-kanak pilihan Allah SWT dalam menghadapi ujian Allah yang amat berat tetapi dalam usia yang amat muda.

Kisahnya :

Kanak-kanak perempuan ini belajar tadika dan menghafaz Al-Quran dengan didikan
agama. Ibunya seorang doktor, bapanya juga seorang doktor yang bertugas di Saudi ,
Setiap hari ibunya memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada anak kesayangannya.

Namun pada suatu hari, ibunya merasakan suatu perubahan pada anak kesayangannya. Setelah dibuat pemeriksaan, anak kesayangannya disahkan menghadapi penyakit barah yang amat bahaya. Kini anak kesayangannya sudah berusia 8 tahun dan mampu
membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan merdu, namun apakan daya anak kesayangan mereka berdua akan menghadapi kematian.

Diringkaskan cerita, kedua ibunya meninggal dunia kerana terlibat dalam satu
kemalangan, ibu dan bapa meninggal dunia hanya berbeza jarak masa seminggu sahaja.

Sahabat handai kedua ibubapanya merahsiakan pemergian kedua ibubapanya.
Namun dengan kuasa Allah SWT, semasa sahabat handai kedua ibubapanya mengelilingi
nya di atas katil, setelah kedua ibubapa telah menemui Allah SWT…
Tiba-tiba dia mengeluarkan kata: "Saya telah melihat kedua ibu bapa saya yang
telah pergi menemui Allah".

Semua sahabat handai kedua ibubapanya merasa sedih kerana kecerdikan dan ketabahannya menghadapi cubaan dan ujian Allah SWT.

Akhirnya sahabat handai kedua ibubapanya dari Mesir dan Saudi mengumpul derma
dan menghantarnya ke Britain untuk mendapat rawatan terbaik di sana…

Namun apa yang anda dengar dari suara bacaan ayat suci Al-Quran (Dalam Youtube
di atas) adalah bacaannya secara langsung dari hospital di Britain dan dia telah tahu
bahawa nyawanya akan diambil oleh Allah SWT serta dia redha dengan takdir
Allah SWT…

Dengarlah suara bacaan Ayat Suci Al-Quran dan doanya kepada Allah SWT, sebelum nyawanya diangkat oleh Malikil Maut…. untuk bertemu Allah SWT serta menemui
kedua ibubapa…

Sabtu, 19 Mac 2011

TSUNAMI JEPUN PERINGATAN DAN BALASAN ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم



"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan".

(Al- An'aam ayat 44)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...