Ukhwah Islamiyyah

Memaparkan catatan dengan label Tafakur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tafakur. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

Melihat Wajah Setiap Hari Takut-takut Bertambah Gelap…
































Telah berkata Al-Junaid rah.a. : Aku telah mendengar Sariyy rah.a. berkata (mafhumnya): "SESUNGUHNYA DAKU PASTILAH MELIHAT KEPADA HIDUNGKU SETIAP HARI DUA KALI KERANA TAKUT KALAU-KALAU ADALAH SESUNGGUHNYA WAJAHKU TELAH MENJADI HITAM / GELAP".

Begitulah petikan (terjemahan kasar) daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al- Imaam Al-`Aalim Jamaaluddin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a., mujallad 2, halaman 376. Hidung adalah sebahagian daripada wajah. 

Memang cahaya keruhanian akan jelas kelihatan pada wajah-wajah mereka yang dekat dengan Allah swt. Cahaya keruhanian itu adalah sebagai tempias atau gambaran daripada penerimaan Allah swt terhadap amalan-amalan mereka yang bertuah itu. Sebaliknya pula, bagi mereka yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa dan maksiat, tentulah cahaya keruhanian itu akan pudar sepudar-pudarnya.

Bagi mereka yang telah berpeluang (diberi taufiiq oleh Allah swt) bertemu secara peribadi dengan mereka yang dekat dengan Allah swt itu , tentulah dapat menilai sendiri akan betapa nur keruhanian itu terpancar dari wajah-wajah mereka itu. Orang yang seperti kita ini (terutamanya ana sendirilah) yang penuh dengan dosa-dosa zahir dan batin tentu akan merasa tersangat malu bila (diberi peluang) bertemu dengan mereka itu dan kita akan tertunduk dik kehebatan ruhani yang dianugerahkan Allah swt kepada mereka .Wajah –wajah kita yang penuh kegelapan dan kehitaman pekat ini tak sanggup untuk berdepan secara terus dengan wajah-wajah yang penuh nur lagi diberkati itu. Malah Para Sahabat r.a. sendiri merasa akan kehebatan nurani dan keruhanian Baginda saw bila mereka duduk bersama-sama Baginda saw, sampai-sampai ada yang `asyik tunduk sahaja bila berdepan dengan Baginda saw lantaran kerana malu dan merasakan kehebatan Baginda saw. 

Kembali kepada amalan harian Sariyy Saqtiyy rah.a…iaitu melihat hidungnya 2 kali sehari …. takut kalau-kalau wajahnya berubah menjadi hitam dik dosa-dosa yang dilakukan pada hari itu !!

Kita pula, bagaimana? Cermin memang banyak kat rumah….. Ada check hari-hari ke nur ruhani pada wajah kita (atau sebaliknya iaitu wajah kita yang gelap lantaran dosa-dosa yang berterusan …) ? Yang pasti, makin sehari semakin bertambah gelap wajah kita !! Atau pun kita tidak check ? Atau kalau check pun tak nampak juga? Kerana suluhan hati dah memang gelap? Gelap dalam gelap memanglah tak nampak kan ? Atau pun memang kita tidak berminat untuk buat semakan ini? Ataupun kita hanya memadai dengan melihat / menyemak hidung juga kot (tapi lagi tak nampak kot) ?

kredit: rakangroup

Ahad, 5 Januari 2014

Lima Dosa Yang Mengundang Lima Bencana

SEBAB HARGA BARANG NAIK & HUJAN TURUN AIR TAK ADA:


Di penghujung usia dunia ini, pada saat akhir zaman, perkara mungkar dan maksiat yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai tanda dan alamat hampir Kiamat telah banyak dilakukan oleh manusia. Yang amat menakutkan, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya semasa di dunia ini lagi.

Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka meilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri." [HR Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978].

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemerosotan ekonomi.


3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula!

Lihat Video di: Hujan Banyak Air Tak Ada

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!

5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.

Semoga Allah SWT selamatkan kita semua dari bala dan kemurkaan-Nya.

“DAN apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.”(AS SYURA: 30)

HURAIAN

Allah s.w.t. menerangkan bahawa bencana-bencana dunia yang menimpa manusia seperti peyakit, kebuluran, bencana alam dan bermacam lagi itu adalah sebahagian daripaa balasan dan hukuman bagi umat manusia yang melakukan dosa, maksiat dan kemungkaran di dunia ini. Allah s.w.t. menjadikan dosa-dosa sebagai sebab-sebab yang menghasilkan akibat-akibat yang menimpa hamba-Nya yang berdosa tersebut.Apabila terdapat orang yang melakukan maksiat di suatu tempat itu,maka Allah menurunkan bala bencana di kawasan tersebut. Ini kerana akibat perbuatan dosa oleh segelintir manusia, maka manusia lainnya juga menanggung kesusahan yang sama.

Tetapi tidak dinafikan pula, ada yang berbuat kemungkaran dan dosa tetapi boleh hidup senang lenang tanpa sebarang musibah yang menimpa mereka. Namun kita perlu ingat bahawa hukuman atau balasan itu kemungkinan dalam bentukyang lain seperti sakit, dibenci manusia, pergolakan rumahtangga dan sebagainya ataupun ditangguhkan sampai hari kiamat kelak. Di padang mahsyar nanti semuanya akan dihitung dan masing-masing akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Sesungguhnya Allah akan menghukum mereka atas dosa-dosa yang dilakukan dan jika dikehendaki, Dia akan mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya setelah mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan segala dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan.

KESIMPULAN

Segala bencana dan musibah yang dialami ini antara sebabnya adalah hasil perbuatan dosa dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia. Sesungguhnya Allah berkuasa memberi hukuman terus di dunia dan jika Allah menghendaki, Dia mengampunkan dosa-dosa tersebut. Allah menurunkan bala untuk menyedarkan umat manusia supaya menjauhi kemungkaran dan bertaubat daripada melakukan maksiat dan dosa.

sumber: http://abuanasmadani.blogspot.com/

Sabtu, 5 Januari 2013

DI DEPAN PINTU ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم


YA GHAFUR...
♥♥※::~.::※::※::~::※♥♥
Sungguh hamba sangat malu pada Mu
Betapa banyak kehinaan yang ku dapat akibat dosa
Tetapi Engkau tak pernah bosan memberiku kurnia
Dengan linangan air mata penyesalan Hamba Mu yang lemah dan hina bersimpuh di bawah keagungan dan kebesaran Mu
Memohon pada Mu untuk dibukakan pintu taubat Mu

Hamba ketuk pintu taubatmu dengan penyesalan yang terdalam.
Dengan pengharapan dibukakan,dengan kecemasan tak dikabulkan

Tak akan hamba tinggalkan pintu ini
Hingga Engkau memperbaiki dan menerima hamba
Dengan segala cacat dan aib pada diri hamba
Jika Engkau ridha, sungguh itulah kemulian dan kerinduan hamba
Jika Engkau menolak, kepada siapa hamba berharap atas segala dosa.

YA TAWWABU...

Orang–orang mengira diri hamba baik dan mulia
Padahal hamba orang terburuk andai tak Engkau maafkan.

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan.
Engkau berjanji akan mengampuni hamba Mu yang bertaubat dari dosa yang dilakukan Hamba yakin akan ampunan Mu…ya Robbi,

KERANA….

Ampunan Mu sangat luas melebihi kesalahan hamba–hamba Mu

DAN…
Pintu taubat Mu sangat besar melebihi alam semesta.

Selasa, 1 Januari 2013

Apa khabar saudaraku di Palestin di Syria?

Kenapa Malaysia membenarkan lagu gangnam style berleluasa di jadikan hiburan di gemari rakyat Malaysia?? tengok video sangat-sangat memalukan! benci gangnam.anak-anak terkinja-kinja dengan lagu neraka tu.. risau hati ni.. moga anak-anak orang Islam tak terikut lagu tu dan pengaruh tak baik yang lain. insyaAllah. aamiiin.

Apa khabar saudaraku di Palestin di Syria?
Sihatkah mereka? selamatkah mereka?
Sudah makankah mereka?
Di celah runtuhan bangunan tempat saudaraku berteduh
Melindungi diri dari tentera laknatullah
Selamatkah anak-anak kecil penyambung generasi?
Selamatkah pemuda-pemudi harapan agamaku?
Selamatkah warga emas penyeri hidup saudaraku?
Maafkan kami saudaraku
Kerna kalian di sana bersusah-susah meneruskan hidup
Tapi kami di sini bersenang-lenang
Ampunkanlah kami ya Allah
Pabila saudara kami di sana berjuang demi agamaMu
Kami di sini hanyut dan alpa dari menegakkan agamaMu ya Allah
Maafkan kami ya Allah
Pabila saudara di sana bermati-matian berjuang demi hidup dan Islam
Tapi kami di sini lagha dan jauh dari Islam
Beruntunglah kamu saudaraku
Syurga, pangkat syahidin milik mutlakmu
Sedangkan kami di sini belum tentu memiliki syurga hatta syahid
Hanya doa senjata dari kami buatmu
Semoga bekalan doa pemangkin semangat juangmu
Semoga syahid milikmu dan milik kami jua, insyaAllah.
Takbir! Allahuakbar!

Rabu, 5 September 2012

Menghidupkan Jiwa dan Mata Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Islam sudah diajarkan dengan begitu sempurna oleh Baginda SAW sehingga melahirkan generasi bukan hanya bijak dan pandai tetapi hidup jiwanya dan terang mata hatinya seperti pernah diriwayatkan mengenai al-Harith bin Malik al-Ansari ketika beliau bertemu Rasulullah SAW.

Lalu Baginda bertanya kepadanya: "Wahai Harith, bagaimana keadaan iman kamu pada hari ini? Beliau menjawab: Hari ini saya beriman dengan sesungguhnya.

Kemudian Baginda bersabda: Cuba tunjukkan hakikat kebenaran yang kamu katakan, kerana segala sesuatu tentu memiliki hakikat kebenaran, jadi apakah hakikat kebenaran imanmu? Beliau menjawab: Sungguh diri saya sudah jemu dengan dunia, sehingga malam hari saya habiskan untuk beribadah dan siang hari berpuasa sehingga seolah-olah saya melihat Arasy Allah dengan sangat jelas, saya melihat ahli syurga sedang kunjung mengunjungi dan penduduk neraka merintih menahan seksa. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Harith, kamu sudah mengetahui, maka istiqamahlah, (Rasulullah SAW mengulangi sabdanya sampai tiga kali)." Hadis riwayat Ibnu Hibban.

Selepas melalui proses didikan di bawah asuhan wahyu, akhirnya sahabat tadi mencapai kemuncak ketinggian ilmunya. Jemu dengan dunia maknanya apa yang diusahakan di dunia ini sudah pun dicapai dengan jayanya, bukan bermakna beliau membenci dunia bahkan menguasai dan memegang kendali dunia. Bagaimanakah cara mencapai apa yang diperoleh sahabat Al-Harith ini?

Hakikatnya orang yang menuntut ilmu mempunyai beberapa tingkatan bergantung dengan seberapa jauh penguasaannya mengenai agama ini. Jibrail pernah mengajarkan kepada Baginda SAW asas penting mengenai Islam, iman dan ihsan.

Tingkatan pertama berada pada kelas permulaan mendapat jolokan Muslim, kemudian disebutkan ciri iman maka orang yang menuntut pada peringkat ini masuk dalam kategori mukmin dan terakhir yang paling tinggi serta sempurna ialah muhsin iaitu mereka yang bersikap ihsan.

Orang muhsin berada pada peringkat ilmu tertinggi, memiliki perasaan halus mengenai Allah . Dia menjadi pendengarannya dengan itu ia mendengar, menjadi penglihatannya dengan itu ia melihat dan menjadi tangannya dengannya ia memukul dan menjadi kakinya dengannya ia berjalan.

Satu lagi sifat mulia pada diri seorang yang ihsan ialah rasa diawasi Allah . Bayangkanlah bagaimana jika seseorang mengawasi kita, pasti rasa terkongkong, terpenjara dan menderita tetapi berlainan dengan rasa diawasi Allah , ia menjadi suatu kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Seolah-olah kamu melihat Allah , jika kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat kamu."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tingkatan ilmu inilah yang disebut ahli makrifah. Antara ciri orang yang diberi makrifah oleh Allah ialah berminat mencari jalan menuju Allah , dekat di sisi-Nya dan mengharap reda-Nya. Jalan menuju Allah mestilah dengan mencari ilmu, meneroka rahsia al-Quran, mengambil petunjuk hadis Rasulullah SAW.

Jika seseorang sudah meningkat kefahamannya mengenai agama, akan lahir satu perasaan halus memujuk jiwanya supaya beralih minat daripada unsur berorientasi duniawi kepada bisikan Allah yang menguasai diri. 

Anda akan merasai ketenangan apabila berzikir, juga kepuasan ketika mencapai ketinggian ilmu, bahkan kenikmatan apabila menambah yang wajib dengan amalan sunat. Ibadah bukan lagi bebanan berat bahkan cara untuk merehatkan jiwa dan raga. Sudahkah kita mencapai peringkat ini?

Untuk melonjakkan diri kita ke tingkat iman lebih tinggi, sewajarnya kita tidak berehat terlalu lama meninggalkan majlis ilmu, bagaimana mungkin kita meninggalkan proses belajar ilmu yang mengungkap rahsia khusyuk solat.

Ilmu rahsia mengenal Allah melalui ayat-Nya, ilmu mencintai dan membela Rasul SAW, ilmu mengenai akhlak yang mengajar kaedah bermuamalah dan toleransi sesama insan, ilmu jiwa yang mengungkap sifat reda, sabar, tawakal, khauf dan raja', supaya kita boleh mengawal emosi yang mempermainkan hati.

Ilmu mengenai amanah yang mengajak kita bertanggungjawab sebagai seorang bapa, ketua memimpin manusia dan anggota masyarakat yang sedar kewajipan amar makruf nahi mungkar. Islam menyediakan segala-galanya yang diperlukan manusia supaya dia boleh berdiri sebagai khalifatullah.

Islam adalah agama ilmu yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui, al-Quran memecahkan kegelapan dunia dengan cahayanya, menunjukkan kebaikan dan kejahatan supaya jelas dan terang petunjuk daripada Ilahi ke seluruh alam.

Wahyu pertama turun ialah suruhan membaca yang harus dilanjutkan dengan mengkaji, memahami, mendalami, menghayati, beriman, kemudian mengamalkan juga bersabar untuk terus istiqamah, akhirnya membela apa yang diimani itu sehingga Allah reda ke atas diri kita.

Begitulah proses perjalanan makrifah seorang hamba. Mungkin kita masih berada pada salah satu mata rantai daripada proses itu, entah naik entah turun. Ramai orang yang sudah sampai pada peringkat iman tetapi kurang sabar akhirnya jatuh kembali ke bawah.

Racun duniawi nyata memberi perlawanan hebat untuk menghancurkan binaan iman yang lama kita perjuangkan. Sekuat apapun usaha untuk mendapat makrifat, tidak akan dapat mampu dimiliki melainkan atas kehendak Allah .

"Ya Allah kuserahkan jiwa ragaku. Sebagaimana Engkau jadikannya sebagai milik-Mu maka jadilah Engkau sebagai walinya yang merahmati, menunjukkan dan menjaganya daripada kejahatan diriku sendiri."

Sabtu, 26 Mei 2012

KITA UMAT AKHIR ZAMAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Awan yang terbentuk hari ini tidaklah sama dengan awan yang
terbentuk kelmarin,
setiap detik berubah dihembus angin nan bayu,
apabila cantik dipandang indah menjadi kenangan setiap masa,
apabila tak cantik dipandang tak endah menjadilah ia dipersia,
begitulah hakikat pekerti insani,
nafas disedut bukan untuk selamanya,
kerana nafas akan
pasti akan terhembus buat selamanya tanpa kembali,
itulah takdir
insan yg telah ditentukan yang tak mampu diubah....
Wahai teman........,
sempurnakanlah
iman
buat bekalan di masa hadapan,
supaya hidup tiada penyesalan,
jadikan
ikutan zuriat keturunan,
penyambung amalan insan beriman,
semasa
hidup memegang harapan,
setelah mati menanti jawapan,
kubur
menanti jasad sasaran,
sebelum tibanya hari pembalasan,
siksanya
neraka sukar dibayangkan,
nikmatnya syurga dijadikan impian,
tenunglah
seketika sisa kehidupan,
apakah masih kekurangan iman,
tangisilah
ia dengan penyesalan,
dengan tangisan yang penuh kesyaduhan,
namun
ia bukanlah pengakhiran,
bagi insan yang niatkan perubahan,
hijrahlah
dengan kesungguhan,
dengan harapan mendapat keredahan,
dan
menjadi hamba yang beriman.....

khas buat diriku
yang sering lalai....

nukilan ikhlas . yang tak seberapa buat
keluarga, abang-abang, kakak-kakak, teman-teman, sahabat

handai, saudara-saudari, muslimin/muslimat.....

Khamis, 3 Mei 2012

Punca Masalah Ialah Tidak Kenal Tuhan Dan PerananNya

بسم الله الرحمن الرحيم
 

Ada masalah di dalam kehidupan
bukanlah satu masalah
Masalah memang sudah menjadi Sunnatullah
di dalam kehidupan di kalangan insan
yang menjadi masalah, bukan masalah itu
tetapi yang jadi masalah
orang tidak tahu peranan Tuhan

Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya
Itulah yang sebenarnya masalah
Jadi sudah jadi 2 masalah
yang bukan masalah jadi masalah
yang masalah memanglah masalah
Apabila tidak kenal peranan Tuhan
masalah itu memanglah jadi masalah

Dua kali masalah
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah
kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah
Kalaulah masalah itu adalah masalah
Rasul, Nabi, Tuhan tidak akan
timpakan mereka masalah
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah
kepada kekasih-Nya
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah
kerana itulah mereka ditimpakan masalah

Pada mereka masalah itu adalah ibadah
Masalah itu adalah pahala dan Syurga
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah
Kerana itulah maslah itu
mereka tidak jadikan masalah
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah
Dengan masalah, rasa kehambaan mereka bertambah
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka
Pangkat dan darjat di dalam Syurga

Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-
bagai masalah
Tuhan bertambah cinta kepada mereka
Dengan masalah, yang mereka anggap
Bukan masalah tetapi ibadah
Maha Suci Tuhan daripada menyiksa kekasih-kekasih- Nya
Orang yang bodoh sahaja
yang tidak faham kerja-kerja Allah
Pada Tuhan maslah yang ditimpakan
kepda keksih-kekasihnYa
bukanlah masalah
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja
mereka bermasalah
dengan maslah-masalah itulah
mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga
Sungguh pelik kerja Tuhan
payah hendak difaham oleh orang biasa

artikel: http://cahayamukmin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...