Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 14 Julai 2011

Bersih 2.0

سم الله الرحمن الرحيم


Ada orang suruh saya post tentang bersih 2.0.. kalau menurut saya sudah bersih 2.0 jom kita buat bersih 5.0 plak.















Menurut saya orang yang komen tentang bersih 2.0 terlalu emosi apakata korang buat dulu bersih 5.0 sebelum melancarkan bersih 3.0. :)

Isnin, 11 Julai 2011

Hitam Putih - Muhasabah Bersama

سم الله الرحمن الرحيم


Jangan bangga sangat dengan PAKAIAN YANG CANTIK DAN MAHAL, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN

Jangan bangga dan action sangat dengan KENDERAAN YANG MEWAH, kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA

Jangan terlalu seronok dengan tempat TIDUR YANG EMPUK, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di LIANG LAHAD.

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana, Kita kena ingat, rumah terakhit kita adalah KUBUR BERTIANG DUA

Jangan terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat GELARAN AL-MARHUM.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang KACAK atau CANTIK, kerana bila kita mati nanti, wajah itu berubah menjadi TENGKORAK

Dipetik dari Majalah solusi isu no 25

MUTIARA KATA KEHIDUPAN

سم الله الرحمن الرحيم

• Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

• Seseorang manusia harus cukukp rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

• Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

• Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

• Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

• Jangan berputus asa , tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

• Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan dukungan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih dari sepantasnya.

• Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.

• Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

• Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehungga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

• Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

• Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri menusuk diri dan menyakiti orang lain.

• Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

• Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

• Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

• Saya percaya esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

• Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan.

Semoga Mutiara Kata ini menjadi ingatan dan pedoman untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan pembaca blog ini. Mungkin tidak semua kita ambil jadi ingatan tetapi jangan dibuang semua kata-kata kebenaran ini.

Ahad, 10 Julai 2011

Manusia terkutuk di sisi Allah SWT adalah manusia yang bermatlamatkan dunia

سم الله الرحمن الرحيم

Abdullah Manazil pernah berkata :

1- Manusia yang paling terkutuk adalah manusia yang mencari matlamat dunia.

2- Cintailah Allah SWT dengan sebenar-benar kecintaan.

3- Orang yang bersifat sopan santun adalah orang yang dapat merasakan kewujudan Allah SWT dihadapannya apabila bercakap.

4- Hanya orang yang fakir sahaja yang mampu mengenang Allah SWT dan bersedia untuk menuju Alam Akhirat.

5- Jangan kamu bermegah dengan ibadat mu.

6- Orang yang menyangka dirinya telah hampir dengan Allah SWT adalah sebenarnya orang yang telah jauh dengan Allah SWT.

Rujukan :

Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 131-132.

Selasa, 5 Julai 2011

Ahli dunia VS Ahli Akhirat

سم الله الرحمن الرحيم


Ada seorang laki-laki (LL) bertemu dengan orang yang alim dan soleh (OS)

LL : Aku teringin tahu, apakah aku termasuk ahli dunia atau ahli akhirat.
OS : Allah SWT sangat sayang pada hambaNya, timbangan amal seseorang bukan terletak pada orang lain tetapi pada dirinya sendiri.
LL : Kenapa ?
OS : Kerana kamu dapat menipu manusia, tetapi tidak dapat menipu dirimu, jadi timbangan amalmu ada pada dirimu sendiri. Kamu pasti mampu mengetahui apakah kamu termasuk ahli dunia atau ahli akhirat
LL : Bagaimana caranya?
OS : Jika datang kepadamu orang yang memberikan harta dan datang pula kepadamu orang yang meminta sedekah, orang mana yang paling kamu senangi?
LL : .................
OS : Jika kamu gembira kepada orang yang memberi harta, maka kamu termasuk ahli dunia. Jika kamu gembira terhadap orang yang meminta sedekah, maka kamu termasuk ahli akhirat. Sesungguhnya manusia gembira pada orang yang memberi apa yang disukainya. Orang yang memberi saya harta, tentu dia telah memberi saya dunia. Orang yang mengambil daripada saya sedekah bererti telah memberi saya akhirat. Jika kamu termasuk ahli akhirat, gembiralah pada orang yang meminta sedekah padamu lebih daripada kegembiraan kamu diberi harta.

Oleh kerananya sebahagian orang soleh, apabila datang kepada mereka seorang yang meminta-minta mereka berkata dengan rasa senang
" Selamat datang orang yang membawa kebahagiaan di akhirat tanpa diupah".

Petikan dari buku " Menghayati Pesan Allah dalam Ayat-Ayat Lazim" oleh Prof. Dr. Syeikh Mutawalli Sya'rawi

3 Manusia Apabila Datang Nikmat

سم الله الرحمن الرحيم


Manusia itu dalam kedatangan nikmat atas mereka adalah atas 3 bahagian:

Orang awam
Manusia yang gembira dengan nikmat, bukan dari kerana yang menciptakannya dan yang menjadikannya, dan tetapi adalah dengan terdapat kesenangannya manusia pada nikmat itu, maka manusia yang semacam ini termasuk dari orang-orang yang lalai. Di mana terbenar ke atasnya firman Allah s.w.t: "Sehingga apabila gembira mereka itu dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami ambil tindakan (siksa) terhadap mereka secara tiba-tiba." (Al-An'am: 44)

Orang Khawas
Manusia gembira melihat nikmat-nikmat kerana melihat bahawasanya manusia melihat nikmat-nikmat itu merupakan nikmat yang yang datang dari yang mengirimnya dan merupakan nikmat yang datang dari yang menyampikannya (yakni Allah). Atas manusia ini benarlah firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Dengan limpah kurnia dan rahmat Allah, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bergembira. Itulah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)
Maka dapatlah difahami dari ayat ini bahawa orang khawas itu gembira dengan nikmat Allah, kurnia Allah, di antaranya yang paling utama ialah nikmat iman. Dan apabila mereka melihat nikmat Allah, maka menarik dirinya untuk ingat kepada Allah, maka ini adalah lebih baik daripada dunia yang mereka himpunkan dan mereka kumpulkan, tetapi mereka lupa kepada Allah.

Orang Khawasul Khawas
Manusia yang bergembira dengan Allah, serta tidaklah menyibukkan kepadanya nikmat-nikmat itu, baik lahiriah keenakannya nikmat dan juga bathin dari nikmat itu sendiri, bahkan yang bersangkutan disibukkan oleh pandangan bathin kepada Allah (seperti Maha Pemurah dan Maha Penyayang), jauh dari segala sesuatu selain Allah. Dan disibukkan pula oleh kebulatan hatinya terhadap Allah. Atas manusia ini firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Allah! Kemudian biarkanalah mereka berlarut-larut dalam kesesatan mereka." (Al-An'am: 91)
Maksud ayat ini apabila dikaitkan dengan maqam khawasul khusus, ingatlah Allah atas segala sesuatu, bahawasanya semua itu akan hancur dan tidak ada yang kekal selain Dia. Tinggalkanlah semua manusia itu bermain-main dan berlarut-larut di dalam khayalan lintasan hati mereka. Inilah yang menyebabkan hilang semuanya ini dalam hati mereka apabila hati mereka senang dalam keadaan asyik melihat Allah dan bermunajat dengan Allah.
Maka adalah orang-orang Arif dalam segala hal-hal selalu dalam keadaan diliputi oleh kebesaran Allah dan sifat-sifat keagunganNya.

"Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada Allah, Dalam rahmat Allah, Atas keredhaan Allah, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Itulah perasaan mereka yang telah meliputi lahiriah dan batiniah mereka.

Isnin, 4 Julai 2011

Beza Orang Beragama dan Orang Yang Belajar Agama

سم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum...


Apa agaknya beza 2 istilah ini? Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya! Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng.

Namun begitu, orang beragama yang paling mulia ialah dia belajar ilmu agama hayati kemudian menyebarkannya sebagaimana para sahabat r.a. yang digelar sebagai Jil Qur'aniyyun Faridun oleh al-Syahid Syed Qutb iaitu Generasi Qur'an yang unik. Oleh itu, mari sama-sama kita koreksi diri kita di golongan yang mana agaknya?

Ahad, 3 Julai 2011

Sebab-sebab Kelemahan Dunia Islam

سم الله الرحمن الرحيم



1.Jauhnya mereka dari praktik akidah islamiah yang lurus.

2.Tidak berhukum dengan hukum Allah swt.

3.Jauhnya mereka dari amar makruf nahi mungkar.

4.Meninggalkan jihad,ini merupakan sebab utama dan terpenting.


Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 38;...Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

5.Perbezaan-perbezaan internal dan rakus terhadap keduniaan.

6.condong kepada sikap santai,tenang,dan kemewahan.

7.Tidak adanya upaa ijtihad dalam praktik dan uji cuba(eksperiment)ilmu pengetahuan.

8.Mengikuti Barat dengan semangat TAKLIK buta dalam urusan keduniaan.

9.Terpengaruh dengan ghazmul fikri Barat,dan arus-arus pemikiran moden yang merosak.

10.Kaum muslimin terpecah ke dalam kelompok-kelompok.

11.Usaha kearas kaum yahudi,nasrani,komunis dan pengganas dalam mengalahkan kaum muslimin dengan seluruh sarana mereka.

12.Yahudi menanam duri di dalam jantung dunia Islam(Palestina).

di no.4 haa di dalam surah ini... ingat kembali pelajar2 yang di luarsana..yang mana balik malaysia..lihat .. yang melarikan diri ..negara islam diserang..lari balik malaysia..faham kan surah ini. at-Taubah ayat 38;...Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

MLM...atas angin..tiada usaha keras..ini adalah cara yahudi... sekian..wassalam...

5F Yang Diperkenalkan Oleh Yahudi

سم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya orang Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan kata lain orang Yahudi ini mahu melihat sehingga ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu bersolat atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah umat Islam. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah SWT dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.

Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya umat Islam tergelincir daripada landasan Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, umat Islam juga turut masuk neraka bersama mereka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad SAW.

F pertama ialah FILEM

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

2 contoh filem yang jelas membuktikan artis Malaysia (Islam) tiada rasa malu lagi apabila mendedahkan aurat. Ini adalah kejayaan besar Yahudi mengubah fikiran orang Islam. Bagi sesetengah artis, mereka perlu melakukan apa saja termasuk berbogel untuk menghidupkan watak yang dilakonkan.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti ‘Akhirat’, ‘Gubra’, ‘Mukhsin’, ‘Sepet’, ‘Anak Halal’, ‘KL Menjerit’ dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah SWT, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah FAMILY

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan umat Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

Apa yang paling ditakuti sekarang ialah apabila ibu bapa tidak mengambil berat berkenaan dengan pembelajaran ilmu agama. Dan jangan terkejut jika ramai ibu bapa sekarang yang tidak mengambil tahu berkenaan solat anak-anak mereka.

F ketiga ialah FESYEN

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.


F keempat ialah FUN

Segala macam hiburan di sampaikan dalam pelbagai cara dan kaedah. Yang paling merisaukan kita apabila hiburan-hiburan melampau ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contoh hiburan terkini adalah seperti rancangan realiti tv, ‘akademi fantasia’, ‘malaysia idol’, ‘one in the million’, ‘gangstarz’, ‘sehati berdansa’ dan macam-macam lagi. Rancangan yang disusun rapi ini dapat melalaikan umat Islam sehingga ada yang tertinggal solat kerana tidak mahu ketinggalan dari menontonnya. Malah pembaziran wang ringgit juga berlaku melalui undian SMS.

F kelima ialah FOOD

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, MCdonald, Starbucks dan lain-lain.

Semoga dengan apa yang disampaikan ini menjadi satu pedoman, tembok dan penghalang kepada kita umat islam di akhir zaman ini agar tidak mudah terperangkap dan leka dengan segala macam perengkap dari musuh-musuh Allah SWT ini.

…………..

Dipetik dari Nota Facebook Farhan

Wallahualam.....

Jumaat, 1 Julai 2011

Peringatan kepada orang Islam

سم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.

Berilah berita gembira kepada hamba-hamba Allah yang bermaksiat
bahawa Allah sentiasa ada masa untuk memaafkan mereka sekiranya mereka mencari keampunanNya.

Jangan lengah daripada mendapatkan keampunan Allah dari maksiat yang anda lakukan. Bahkan berlengah-lengah dengannya menyebabkan anda terus terperosok di dalam kekejian.

Berilah peringatan kepada hamba-hamba Allah yang taat
bahawa segala amalan baik mereka hanya dipandang jika hanya Allah yang menjadi tujuan.

Jangan bangga dengan kebaikan yang anda lakukan. Bahkan berasa bangga dan puas dengan amalan walaupun apa alasannya adalah bukan dari sifat yang terpuji.

Meninggal masa bagi ceramah....

سم الله الرحمن الرحيم


Rabu, 29 Jun 2011

Azab Akibat Bakhil

سم الله الرحمن الرحيم


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi ber jumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku . Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KEPADA SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"

"Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang."
Jiwa Hamba

Selasa, 28 Jun 2011

Kepentingan Menjaga Solat

سم الله الرحمن الرحيم


Salam sejahtera kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W sekalian. Semoga di bawah lindungan rahmat Allah. Semoga kita termasuk di dalam golongan yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Kali ini marilah kita sama-sama menghayati satu suruhan Allah yang diperintahkan untuk dikerjakan oleh hambaNya iaitu solat. Solat ialah amalan yang mudah dilakukan tetapi sangat susah ditunaikan oleh umat Islam pada masa sekarang. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa solat adalah amalan yang remeh sedangkan solat ialah ibadat wajib yang perlu ditunaikan. Malah solat juga adalah rukun Islam yang kedua.

Sebagai umat Islam yang yang mengucap dua kalimah syahadah, kita wajib menunaikan solat. Ini kerana solat merupakan amalan yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semasa peristiwa Isra’ dan Mikraj. Solat yang asalnya 50 rakaat telah dikurangkan kepada 5 rakaat atas permintaan Baginda Rasulullah S.a.w.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Hadith riwayat Bukhari )

Mengapa kita harus menjaga solat? Ketahuilah, bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak. Jika solat kita sempurna, berbahagialah kita di sana. Jika tidak sempurna, kita akan menerima balasan yang setimpal. Solat juga dapat menutup kekurangan kita pada amalan-amalan yang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Semasa menunaikan solat, segala rukun harus ditunaikan sesempurna mungkin. Rugilah jika kita bersolat hanya sekadar sambil lewa sahaja. Ini kerana ketika solatlah kita berhubung dengan Maha Pencipta. Ketika di dalam rukuk dan sujudlah kita mengabdikan diri kepadaNya.

Firman Allah: “Sesungguhnya Aku adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”. (Thaahaa: 14)

Seharuslah kita sedar kepentingan menjaga solat. Solat mempunyai banyak kelebihan yang kita sendiri tidak terhitung. Solat juga akan menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.” (Hadith Riwayat Muslim)

Diingatkan lagi mengapa harus kita menjaga kewajipan yang satu ini. Solat dapat mencegah kita daripada perbuatan yang mungkar. Solat dapat menghapus dosa-dosa yang lalu selagi mana kita tidak melakukan dosa besar. Dengan menunaikan solat, ia dapat menghalang kita daripada melakukan perbuatan yang mungkar.

Firman Allah: “Bacalah (selalu) Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu menghalang perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah lebih besar (faedah dan kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Al-Ankabut: 45)

Nabi S.a.w pernah bersabda bahawa bahawa kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun boleh dipukul jika tidak mahu bersolat. Tetapi bagaimana pula jika orang dewasa juga tidak mahu solat. Apakah mereka tidak merasa malu kerana tidak menunaikan perintah Allah. Tidakkah mereka merasa kerdil di sisi Allah. Allah telah memberikan begitu banyak nikmat kepada hambaNya, tetapi apakah hambaNya tidak dapat membalas rasa syukur dengan bersolat? Sesungguhnya hamba tersebut seorang yang sangat tidak bersyukur dan tanpa rasa malu menghirup nikmat yang Allah berikan, dan tidak mahu menzahirkan rasa syukur tersebut dengan solat.

Jadi sebagai hambaNya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sebagai tanda kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Solat itu tanda kita mendapat rahmat dari Allah, dan kita bersyukur ke atasnya. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Riwayat Bukhari)

Dan ingatlah pula, selain menjaga solat, kita juga hendaklah menjaga tingkah laku kita.

Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Muslim)

Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal jika kita tidak menjaga solat. Di antaranya kita akan dibangkitkan seperti babi hutan yang hitam di hari Kiamat. Sewaktu di dalam kubur, seekor ular yang hitam akan membelit kita sehingga hancur tulang belulang kita.

Ada satu kisah tentang orang yang meninggalkan solat.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka mengadakan solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. (Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/ : Portal rasmi Jabatab Agama Islam Perak)

Harus diingatkan, tiada alasan untuk meninggalkan solat kecuali dua perkara. Pertama : perempuan yang didatangi haid dan kedua : orang yang tidak waras. Tetapi realitinya sekarang kita dapat melihat ramai lelaki yang perempuan yang tidak solat. Apakah sekalian lelaki tersebut didatangi haid ataupun telah menjadi gila, dan kerana itu dia tidak mampu melakukan solat? Dan bagaimanakah pula dengan sebahagian kaum perempuan yang tidak solat, adakah mereka didatangi haid buat selama-lamanya atau menjadi gila juga?

Solat harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun walaupun ketika sakit. Sabda Rasulullah S.a.w: “ Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Jadi wahai sekalian umat Nabi Muhammad, tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walaupun kita sakit. Solatlah walau di mana juga kita berada. Janganlah memberikan pelbagai alas an untuk tidak menunaikan solat. Sabda Rasulullah S.A.W : “Meninggalkan solat adalah unsur yang membezakan antara seorang Muslim dan seorang kafir”.

Sumber: KedahLanie

Jumaat, 24 Jun 2011

Hebahan Majlis Ilmu

سم الله الرحمن الرحيم

































Layakkah Kita Untuk Syurga Allah?

سم الله الرحمن الرحيم



Kenapa kita terasa sukar setiapkali ingin melakukan kebaikan dan perubahan? Bahkan kesukaran itu akan lebih terasa apabila kita cuba untuk istiqomah dengan kebaikan.

Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan keburukan atau sesuatu maksiat? Kalau boleh tinggalkanpun hanya sekejap saja.

Mungkin ini adalah persoalan yang sering menghantui pemikiran kita hingga kadang-kadang ada yang berputus asa. Berputus asa hingga terpaksa menjadikan dosa sebagai makanan harian.

Ya, kita semua begitu hajatkan syurga Allah dan takutkan nerakaNya. Dalam ceramah saya, kadang-kadang saya laungkan “Siapa yang nak masuk neraka sila duduk!” Anda boleh bayangkan responnya. Kalau peserta atau pendengarnya sudah agak dewasa, pun akan tersipu-sipu bangun. Tidak ada siapa yang mahu dirinya digolongkan sebagai ahli neraka. Namun persoalannya, KENAPA ramai yang masih melakukan dosa bahkan begitu sukar meninggalkannya? Bahkan kadang-kadang kita melakukan dosa-dosa yang sama.

Jawapan ringkasnya mungkin mudah saja; INILAH NILAI SYURGA.

Kata Ibnu Jauzi, mafhumnya “Orang yang memilih jalan keimanan sebenarnya telah memilih jalan yang paling sukar.” Ya kita telah memilih jalan yang paling sukar iaitu jalan yang telah dipilih oleh para nabi. Sabda Rasulullah SAW “Orang yang paling berat ujiannya ialah para nabi, kemudian orang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut kepada pengikut mereka”.

Kalau begitu, kita yang lemah jiwa ini tentu tidak layak masuk syurga? Kita tidak sehebat sahabat-sahabat yang berjuang bersama Rasul SAW. Kitapun tidak sehebat ulamak-ulamak yang hidup memperjuangkan kebenaran. Kita ini kan orang biasa, bukan sekolah agama pulak tu bahkan ada yang lahir dari keluarga yang jauh dari agama. Adakah kita nanti akan jadi ahli neraka.

Kalau ini yang sedang anda fikirkan maka sedarlah bahawa yang sedang berbisik itu adalah syaithan yang inginkan kita putus asa dengan rahmat Allah Taala hingga akhirnya kita akan bersama-samanya didalam neraka.

Hakikat diri

Inilah hakikat diri kita: Lemah, lupa, sukar menentang arus dan berbagai kelemahan lain. Jangan kita lupa bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga manusia biasa seperti kita bahakan mereka itu kata Syed Qutub adalah serpihan masyarakat jahiliyah yang suka minum arak, membunuh anak perempuan hidup-hidup, berzina dan sebagainya.

Bukankan Allah Taala berfirman yang maksudnya “Demi jiwa dan penyempurnaannya, diilhamkannya fujur dan taqwa.” Ya kita semua memiliki kecenderungan yang sama: Ingin melakukan kebaikan dan keburukan. Bahkan kata Ibnu Jauzi “Kecenderungan melakukan kejahatan itu seperti air yang menuruni bukit manakala kecenderungan jiwa untuk melakukan kebaikan seperti air yang menaiki bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan”.

Jadi untuk melakukan perubahan dan istiqomah diatas kebenaran maka kita memerlukan proses tarbiyyah yang betul, murabbi yang boleh dijadikan contoh dan persekitaran yang akan menambah cinta dan ketaatan kepada Allah serta yakin dengan janji-janji dan ancaman-ancamanNya.

Untuk memahami proses tarbiyyah yang betul, saya selalu bergurau tetapi serius “Gilalah untuk baca sirah sebagaimana orang gila novel baca novel, bahkan jadilah lebih ‘gila’ lagi”. Ya, bacalah sirah dengan penuh rindu dan cinta pada Rasul SAW dan orang-orang yang beriman. Mereka adalah contoh-contoh keimanan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik mereka dan lihatlah bagaimana mereka menyerahkan diri mereka kepada didikan atau tarbiyyah Rasul. Inilah intipati tarbiyyah: MANHAJ (SISTEM) Tarbiyyah yang betul sepertimana yang dipamerkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan PENYERAHAN diri pada tarbiyyah sebagaimana sahabat-sahabat Rasul. Lihatlah bagaimana dengan tarbiyyah sahabat-sahabat RA mengubah diri mereka secara total dengan penuh kerendahan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Dampingilah orang-orang alim yang soleh dan ikhlas. Carilah guru atau murabbi yang ikhlas ingin membantu kita Cintailah ulamak, bacalah buku-buku mereka dan hayatilah sejarah perjuangan mereka. Ziarahilah ulamak-ulamak supaya mereka menjadi lampu-lampu penunjuk jalan kepada jiwa kita.

Dan carilah teman-teman yang soleh yang sanggup menegur kita jika kita terlanjur melakukan kesalahan. Carilah teman yang apabila kita memandang mereka maka kita teringat dan teringin melakukan kebaikan bukan sebaliknya.

Dua sayap

Perjalanan menuju kepada Allah terlalu sukar dan banyak halangannya. Kita tidak akan mampu terbang tinggi menuju redhaNya melainkan dengan dua sayap.

Sayap pertama ialah KHAUF (Takut); selalulah takut-takutkan hati kita dengan azab neraka yang jamuan keraiannya ialah buah Zaqqum, bahan bakarnya ialan manusia dan batu serta api nyalaan yang berpuluh-puluh kali ganda lebih panas dari api dunia. Takut-takutkan jiwa kita dengan saat pertemuan dimana ada wajah-wajah yang putih dan ada wajah-wajah yang hitam, ada wajah yang berseri-seri bahagia dan ada wajah yang bermuram durja. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith lalu hayatilah hakikat-hakikat ini hingga kita terasa takut dan minitiskan air mata.

Sayap yang kedua ialah Roja’ (Harap); Yakinlah dengan pengampunan Allah dan rahmatNya. Allah tentu sekali tidak akan menzalimi kita bahkan terlalu kasih kepada kita. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith, tentu hati kita akan terpegun apabila melihat betapa Allah itu maha Pengampun. Janganlah sekali-sekali kita berputu asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...